Diawal tahun 2014 ini berita pertembungan budaya diantara
masyarakat dari negara yang berbeza amalan menjadi bahan perbincangan dalam
media massa dan sosial. Malaysia tidak ketinggalan dalam hal ini. Antara yang
sedang hangat diperkatakan ialah kes pegawai dari badan Pelancungan Malaysia
dan isterinya yang masih ditahan reman di Sweden atas “tuduhan” memukul anak
mereka kerana enggan bersolat.
Kes ini dikatakan berlaku dipenghujung 2013 (18 Disember),
tetapi beritanya merebak hanya diawal tahun ini. Tidak diketahui bagaimana
proses penahanan suami isteri itu berlaku. Ada yang mengatakan tangan anak itu
ditepis sahaja tanpa berlaku sebarang kesan kecderaan. Namun anak itu didapati
dalam keadaan “murung” apabila berada dalam kelas menyebabkan gurunya mengambil
tindakan membuat laporan polis, berakhir dengan penahanan ibu-bapa itu. Apa
yang diketahui ialah Sweden adalah antara negara mengamalkan Undang-Undang Hak
Asasi Manusia yang diluluskan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, meliputi
hak anak-anak. Sweden ialah negara pertama mengamalnya sejak 1979. Kes seperti
ini adalah perkara biasa di Sweden, hingga tidak membenarkan ikat jamin keatas
mereka yang dalam tahanan reman untuk memudahkan siasatan dibuat.
Sebagai penyokong kuat hak asasi manusia Sweden juga
berada dalam keadaan “delima” kerana menerima pendatang dari negara-negara yang
menghadapi kucar-kacir akibat “perang saudara” menjadikan sebahagian dari
masyarakatnya kehilangan mata pencarian hidup hingga terpaksa hidup dalam
“kem-kem pelarian”, seperti yang berlaku di benua Afrika dan tempat-tempat lain.
Ramai “pelarian” ini diberi status “rakyat” Sweden. Ini menjerumuskannya
berdepan dengan berbagai-bagai masaalah sosial kerana pendatang ini adalah dari
kelompok pendapatan rendah, kurang terpelajar, budaya dan agama berbeza dari
Sweden yang dianggap berstatus maju. Ramai juga yang lari sebagai swaka politik
dari negara asal. Sungguhpon tujuan Sweden mengambil mereka ini adalah satu
amalan murni, diakhirnya ia menimbulkan masaalah “sosial” untuk Sweden dan
masyarakat asal kulit putihnya. Bebannya sebagai negara kebajikan sosial
bertambah berat. Jurang perbezaan antara kedua masyarakat itu semakin ketara.
Kawasan-kawasan yang dianggap setinggan dan ditinggalkan, kini menjadi tempat
kediaman pendatang. Pertembungan budaya ini menimbulkan keresahan, hingga
berlaku tunjuk perasaan di kedua-dua belah menyebabkan banyak harta awam rosak.
Sebagai rakyat, pendatang mula mendesak hak-hak mereka dalam bidang eknomi dan
sosial. Perbezaan agama dan budaya ini menimbulkan “persengketaan” antara
masyarakat lama yang sukar menerima agama yang dibawa oleh sebahagian besar
pendatang baru, menganggapnya sebagai mengancam khusus dikalangan orang-orang
muda.
Dalam keadaan dan sinario sedemikianlah suami-isteri
Azizul Raheem Awalludin & Shalwati Nurshal dan empat anak mereka sampai ke
Stockholm, ibu negara Sweden. Bapa bertugas dengan Perbadanan Pelancungan
Malaysia sementara ibu ialah seorang guru sekolah yang mengambil cuti tanpa
gaji untuk bersama-sama keluarga. Sepatutnya masyarakat Malaysia yang berbilang
etnik, agama dan budaya tidak menghadapi masaalah sosial dinegara seperti
Sweden. Apakan daya undang-undang yang berbeza menjadi penghalang.
Di Malaysia juga pelancong dan pelawat dari negara luar
adakalanya didapati melanggarkan peraturan dan undang-undang yang memang mereka
tidak ketahui. Malaysia mengamalkan Undang-undang Sivil dan Syariah seiring.
Adakalanya terdapat juga orang-orang dari negara luar ini terperangkap dalam
serbuan yang kerap dilakukan oleh Jabatan Agama Islam Negeri kerana wajah
mereka mirip kepada kaum Melayu (beragama Islam). Namun kes seperti ini diselesaikan
atas budi bicara Mahkamah dan pihak yang berkenaan. Kesannya menimbulkan kisah
tidak menyenangkan kepada mereka yang menjadi mangsa yang menceritakannya bila
pulang ketanah air masing-masing.
Kita tidak tahu apakah penyudahnya kes keluarga ini yang
sudah masuk bulan kedua. Ibu dan bapa masih dalam tahanan reman didua tempat
berasingan, sementara empat orang anak itu ditempatkan oleh Mahkamah Sweden
dibawah jagaan keluarga “angkat” yang berlainan agama, budaya dan cara hidup.
Pada mulanya mereka tidak dibenar bertemu saudara-mara yang datang berkunjung.
Disinilah timbulnya pertelingkahan budaya antara dua etnik dari dua benua
berlainan.
Kes ini telah dibawa kemahkamah tetapi ia tidak dapat
membuat keputusan kerana tidak cukup bukti. Suami-isteri telah ditahan reman
selanjutnya sehingga kes mereka didengar lagi. Undang-undang Sweden dikatakan
tidak membenarkan mereka diikat jamin. Mereka juga tidak dibenarkan bersatu
semula dengan anak-anak apabila kes ini selesai.
Mengikut berita yang dilaporkan anak-anak itu, kini
menghadapi situasi “trauma” sejak berada dibawah jagaan “keluarga angkat” yang
berlainan agama, budaya-hidup dan fahaman. Persatuan Islam disana telah
mengemukakan syor mereka ditempatkan dengan keluarga beragama Islam supaya
amalan keagamaan mereka terpelihara dan tidak terabai. Anak yang tua berumur 14
tahun mengadu mereka tidak selesa tinggal dengan “keluarga angkat” yang
memelihara anjing dan makan makanan yang tidak halal. Walaupon mereka tidak
diberi makanan tidak halal tersebut namun perkakas masakan dan makanan yang
didigunakan adalah sama. Tidaklah diketahui apakah riaksi mahkamah terhadap
aduan anak terebut.
Kes tahanan yang melibatkan pegawai perkhidmatan awam
diluar negara menjadi masaalah dan beban kepada tempat dia berkerja kerana dia
mungkin pegawai kanan yang menguruskan pejabat itu. Dalam kes ini sudah tentu
urusan promosi dan penggalakan pelancongan negara terencat, sekaligus ia tidak
memberi imej tinggi kepada pengendali penggalakan pelancungan negara. Keduataan
Malaysia di Sweden telah mengambil tindakan yang diperlukan untuk memberi
segala bantuan kepada yang berkenaan, khususnya bantuan guaman. Tumpuan juga
diberi kedutaan kepada psikologi anak-anak yang masih muda diperantauan.
Sukar juga bagi kita memahami bagaimana peristiwa ini
boleh berlaku. Sudah semestinya setiap pegawai yang ditempatkan dinegara asing
diberi panduan memahami undang-undang dan cara-hidup negara berkenaan. Namun
oleh kerana kebiasaan dinegara sendiri dilanjutkan kenegara yang dihuni, secara
tidak disedari sebahagiannya adalah bertentangan dengan peraturan negara tuanrumah.
Bagi badan-badan kerajaan yang terlibat dengan penghantaran pegawai-pegawainya
kenegara-negara asing terpaksalah ianya menegaskan perbezaan seperti ini dalam
siri orientasi dan taklimat yang diadakan supaya tidak lagi berulang.
Situasi ini menimbulkan pertelingkahan apabila anak-anak
berkenaan mengaku bahawa mereka amat merindui ibu-bapa mereka dan tidak selesa
dengan keluarga angkat. Dengan demikian bertambah rumit lagi pengumpulan bukti
oleh pihak pendakwa.
Kedutaan Malaysia di Sweden memberi perhatian berat
kearah kes ini terutama kebajikan 4 orang anak itu, selain dari suami-isteri yang
terlibat supaya mereka berada dalam keadaan selesa. Di Kuala Lumpur badan-badan
bukan kerajaan NGO tertentu telah membuat representasi ke Keduataan Sweden
untuk membantu menyelesainya. Kita berharap usaha-usaha ini berkesudahan dengan
keadaan yang baik supaya keluarga ini dapat disatukan semula untuk meneruskan
kehidupan berkeluarga. Moga ianya selesai pada kadar segera.