Tuesday, March 8, 2011

POS MALAYSIA



This is my first posting in Malay, the national language of Malaysia. I dedicate this to the management and staff of POS MALAYSIA which was privatised for some years now:

Tokcik nak sambung Lesen Memandu di POS USJ petang kelmarin. Pelanggan ramai. Ambil no giliran dan pergi Restoran Ubi Kayu di sebelah, order "Mi Udang".

Tokey Tuan Haji bimbang terlepas giliran & sanggup pinjam cucunya untuk tunggu giliran. Tokcik bagitahu tak perlu kerana POS tu 'slow' buat kerja.

Habeh makan, giliran masih 9 nombor lagi. Tunggu sejam, tengok gelagat pelanggan-pelanggan lain gelisah. Hanya 2 kaunter sahaja beroperasi tetapi bila sampai banyak bungkusan Pos Laju satu lagi dibuka, dan yang menjaga kaunter pelbagai biasa juga turut membantu hampir 40 minit. Akhirnya bungkusan selesai.

Bila nombor giliran dipanggil 6 yang didepan tokcik tak bersahut mungkin mereka tak sabar menanti. Oleh kerana lesen memandu esuknya tak laku, tokcik terpaksa akur tunggu.

Kenalah POS ambil tindakan mengatasi keadaan sedemikian (Itupon POS USJ tak ambil kes saman Polis & JPJ kerana pencetak meragam) demi menjaga keyakinan pelanggan kepada syarikat yang berkaitan kerajaan (GLC).

No comments:

Post a Comment