Ismail Long passed away in his sleep on a Friday morning two years ago in 2009 at Dato’ Keramat, Kuala Lumpur. He was buried at the AU cemetery after Friday prayer. His death was a shock to many who knew him personally. Although not in good health he has been jovial all the time.
At the time of his passing he was staying with his spouse in the village of Karak Jaya along the old main trunk road between KL and Kuantan. He came to KL to accompany his wife who was due for a medical check-up at the hospital that day.
It was a sad personal loss for me. I have heard of his name when I joined Radio Malaysia in 1963. He has been with the Malay Service in Melaka long before I became a staff at Federal House, KL. Prior to that he was an office hand in Penang. I met him on several occasion on official duty in Penang when he was posted there as a BA3. By that time he was a well known announcer there.
When I was transferred to Penang as the Malay Programme Organiser in 1966, Ismail and Nor Hashimah Ismail were the only staff I had in the service. Our job at that time was to feed local reports and recording to the headquarters at Federal House as well as participating in inter-stations programme. Life was quite easy going then.
When we started the Regional Broadcasts of 3 hours daily following the aftermath of Hartal, 13 May and the Big Flood which drown the national broadcast at Federal House in KL for 3 days, life became more hectic. Penang was instructed to take the lead to make sure the national broadcast was not interrupted. We pass the test with flying colour. It was Ismail who played a major role in its success. He was very good at selecting songs to keep the listeners following the broadcast. He was never short of ideas for interviews and keeping the public inform.
Ismail was willing to try his hand at everything, including live report and running commentary, including sports especially football matches.
He is well known for being jovial and enjoying life to the fullest. We had understanding on that. Whatever he did he must make sure there is no casualty as far as our transmission was concern. I am proud to say we keep our clean slate with flying colour until I got to return to KL in 1972.
When I arrived in Penang Ismail and family was renting a house in Tanjung Tokong. Later he moved to the government quarters at Lorong Selamat, all along the bus route.
Later he was transferred on promotion to the Perak Station in Ipoh. I visited him there and his wife prepared the best oxtail I have ever tasted. Not long after that he was stationed in Kuala Terengganu. I didn’t follow his activities there but being a dedicated broadcaster he came out top among the pack.
In the 80s he came to Angkasapuri. We met again in the same division when I became the Head of the newly created Sport Department. He was place in the Radio Section as one of the Supervisor. I knew it was in safe hand.
He retired as Programme Assistant in early 90s after I left the Sports Department. That was quite an achievement from a general staff to rise to such a high post.
After retirement he settled down in Kampong Seronok, Bayan Lepas, Penang, playing active leading roles in social work there especially in promoting local cultures that attracted the local and foreign tourists visiting the place. Being a man who thirsts for peace and quietness, Ismail finally decided to lead a quite life in the remote area of Karak Jaya in central Pahang with his second wife.
He would travel once in a while to KL to meet old friends and relatives. I happened to keep in touch with him via phone which he never forgot to inform me the latest number wherever he was. I made an effort to visit him at his place in Karak Jaya on many occasions when I passed there on my journey. It was convenient when the new highway KL-Kuantan was not around.
I purposely avoid mentioning the happy and hilarious moment and occasions we shared together with friends whether at work or leisure. Perhaps on another occasion.
Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan mokmin yang soleh.
Alfatihah.
Following is the Malay version of this article that was posted in the SUARA PVRTM Newsletter:
Ismail Long Dalam Kenangan
Ismail Long yang dikenali sebagai Che Mey dikalangan yang
rapat dengannya menghembus nafas yang terakhir pada pagi satu Jumaat 2009 di
Dato’ Keramat Kuala Lumpur. Jenazahnya dikebumikan selapas solat Jumaat di
tanah perkuburan AU. Pemergiannya sungguh mengejutkan mereka yang mengenalinya.
Sungguhpon kesihatannya terganggu Ismail terus menunjukkan semangat periang
yang tidak mengenal penat lelah.
Semasa peninggalannya dia menetap di Kampong Karak Jaya,
Pahang bersama isteri mudanya yang berasal dari situ. Karak Jaya terletak di
tepi jalanraya Persekutuan lama antara Kuala Lumpur dan Kuantan. Dia datang ke
KL menemani isterinya untuk pemeriksaan doktor yang dijadual pada hari itu.
Pemergiannya adalah satu kehilangan besar kepada saya
yang mendengar nama dan mengenali suaranya sejak mula menyertai Radio Malaysia
pada tahun 1963. Dia telah menjadi staf di Melaka jauh sebelum saya melaporkan
diri di Rumah Persektuan KL. Sebelum itu Ismail pernah berkhidmat di Pulau
Pinang sebagai kakitangan pejabat pentadbiran Radio. Saya sering menemui dan
berhubung dengan nya semasa menjalankan tugas resmi di Pulau Pinang ketika dia
menjawat jawatan Pembantu Siaran Gred 3 (BA3). Masa itu dia sudah menjadi
juruhebah dikenali ramai.
Bila saya ditukar ke Pulau Pinang untuk mengetuai siaran
sebagai Pengelola Rancangan Melayu (MPO) Kawasan Utara, hanya Ismail Long dan
Norhashimah Ismail sahaja yang berkhidmat disana untuk mengendalikan siaran
Melayu. Tugas utama kami pada masa itu ialah menyumbang laporan dan rakaman
tempatan meliputi empat negeri terdiri dari Pulau Pinang, Perak, Kedah dan
Perlis kepada ibu pejabat di Rumah Persekutuan KL, selain dari menyertai
rancangan antara setesen yang sangat popular ketika itu. Keadaan kerja pada
masa itu boleh dikata ringan dan relaks.
Bila bermulanya Siaran Daerah atau Tempatan selama 3 jam
sehari berikutan peristiwa “Hartal”, “13 Mei” dan “banjir besar di Kuala Lumpur”
budaya kerja kami bertambah dan sungguh berbeza dari apa yang kami tempuhi
selama ini. Banjir besar telah melumpuhkan siaran Radio kebangsaan dari Rumah
Persekutuan selama 3 hari. Pulau Pinang yang mempunyai beberapa pemancar
gelombang pendek yang boleh didengar diseluruh negara, telah diarah untuk
mengambil alih siaran kebangsaan bagi memastikan ianya tidak terputus. Kami
lulus ujian itu dengan cemerlang. Ismail Long memainkan peranan penting dalam
kejayaan itu. Dia sungguh bijak memilih lagu-lagu yang memukau pendengar kepada
siaran. Dia juga cekap membuat temuramah dan tidak kurang dengan idea untuk
memberi maklumat terkini untuk pendegar yang ingin tahu apa yang berlaku.
Saya dapati Ismail adalah seorang yang berani mencuba
segala bidang lapangan penyiaran, termasuk membuat laporan langsung dan
ulasan-selari apa jua peristiwa dan acara, termasuk sukan khususnya bolasepak
yang digemarinya.
Ismail adalah seorang yang periang dan kehadirannya
sentiasa membikin sesiapa bersamanya tidak kering gusi. Jarang sekali saya
lihat dia muram atau bersedih, apatah lagi “naik angin”. Prinsip hidup adalah
kegembiraan. Berdasarkan itu kami berdua mempunyai falsafah yang sama: apa juga
yang berlaku dia wajib memastikan siaran dan rancangan tiada tergendala. Saya
amat megah falsafah itu berjaya kami pertahankan sehingga saya meninggal Pulau
Pinang untuk kembali ke ibu pejabat di KL pada tahun 1972.
Bila saya sampai Pulau Piunang untuk melaporkan diri
tahun 1966 Ismail dan keluarganya menyewa rumah di Tanjong Tokong. Kemudian dia
menginap di rumah pegawai kerajaan di Lorong Selamat, Pulau Pinang.
Kedua-duanya berhampiran laluan perkhidmatan bas yang efisen di P.Pinang masa
itu.
Kemudian dia ditukar kestesen negeri Perak di Ipoh kerana
naik pangkat. Saya melawatnya disana dan isterinya menyediakan sup ekor lembu
yang paling enak pernah saya rasa. Kemudian dia ditukar ke Kuala Trengganu.
Saya tidak berjumpa dia disana kerana saya sendiri berhadapan dengan
peningkatan beban kerja. Saya tidak mengikuti kemajuan kerjanya disana, namun
sebagai penyiar yang penuh dedikasi dia sentiasa bersaing berada didepan untuk
meningkat imej jabatan. Saya mendengar khabar dia bertemu isteri mudanya di
sana.
Pada tahun 80an dia berpindah ke Angkasapuri KL. Kami
berjumpa semula dalam bahagian yang sama bila saya dilantik Ketua Bahagian
Sukan yang baru ditubuh. Beliau ditempatkan disayap Radio dimana Ismail
mengetuai sebahagian dari siarannya. Saya tidak perlu bimbang kerana mengetahui
ianya dalam penyeliaan yang baik.
Ismail pencen pada jawatan Pegawai Penolong Rancangan
(PA) diawal tahun 90an lama selepas saya meninggal Bahagian Sukan. Itu adalah
satu kejayaan besar bagi seorang staf yang memulakan kerjanya dari jawatan yang
paling rendah dalam hiraki perkhidmatan kerajaan kepada jawatan gred tinggi.
Selepas berasara, Ismail kembali menetap di Kampong
Seronok. Dia memain peranan aktif dalam aktibiti sosial membikin kampong itu
menjadi destinasi seni dan budaya bagi pelancung yang berkunjung ke Pulau
Pinang.
Setelah beberapa tahun kesibukan dunia mula menggugat dia
untuk mencarai kedamaian dan ketenangan. Mungkin itulah sebabnya dia mengambil
keputusan menetap di tempat terpencil Kampong Karak Jaya yang terletak di
tengah Negeri Pahang bersama isteri mudanya.
Sering juga dia berkunjung ke Kuala Lumpur untuk menemui
saudara-masa dan kawan-kawan lama. Kami sentiasa berhubung kerana Ismail tidak
lupa meninggalkan nombor taliponnya dimana saja dia berada. Saya sentiasa
berusaha melawatnya di Karak Jaya bila ada peluang, jika saya melalui tempatnya
dalam perjalan ke Kuantan atau Pantai Timur. Ia lebih mudah lagi sebelum
wujudnya Lebuhraya Karak – Kuantan yang baru.
Saya sengaja tidak menyebut disini zaman gembira yang
sukar dilupa yang kami alami bersama kawan-kawan lain – mungkin di ruang yang
lain.
Semoga
rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan mokmin yang soleh.
Alfatihah.