Wednesday, January 15, 2014

Kangkung Song Power




Tiba-tiba minggu ini “kangkung” jadi perkataan Melayu tersohor satu dunia apabila Perbadanan Penyiaran British BBC mengemukanya dalam ulasan ekonomi antarabangsa dari Malaysia. Sekurang-kurangnya kangkung sekarang mengatasi istillah “Allah” yang menjadi rebutan puak gereja Kristian, dalam senarai penggunaan masyarakat media social dan seangkatan.

Dalam kehebohan kenaikkan harga barang-barang dipasaran sejak bermulanya tahun baru 2014, Perdana Menteri Dato Sri Najib Tun Razak tampil kedepan menegur puak perniagaan yang dianggap sebagai punca, ketika masyarakat dan rakyat menyalahkan kelemahan jentera kerajaan bertindak mengawal harga pada kadar berpatutan. Najib menyatakan bila harga kangkung turun, tiada siapa memberi sebarang pujian kepada kerajaan. Masyarakat menganggapnya sebagai kata-kata dingin seseorang hingga dijadikan kelakar betapa cetek pemikiran pemimpin.

Media sosial memberi sambutan hangat kepada topik yang berkaitan kenaikan barang-barang harian hingga merebak begitu cepat dikalangan pengguna-penggunanya. Kalangan kreatif telah mengambil kesempatan mencipta lagu berkaitan turunnya harga kangkung dengan rentak dangdut yang digemari ramai hingga merebak kedalam “i-pad” yang diusung penggunanya keasana kemari, memainkan untuk pendengaran rakan-rakan. Nyata sekali “song power” yang begitu gagah sekali menyemarak semangat patriotik dalam kempen ketika negara mengalami ancaman musuh serta menyatu padukan masyarakat dengan semangat muhibah masih subur dan mendapat sambutan.

Rasanya inilah peluang yang wajib diambil oleh badan-badan kerajaan serta swasta yang berkenaan untuk mencanangkan keistimewaan menu masakan “kangkung” hingga menjadikannya lebih hebat dari teh tarik atau roti canai, nasi lemak dan satay. Sudah pasti kita berasa megah apabila  pelancung luar datang kenegara kita mencari masakan kangkung dalam menu makan.



3 comments:

  1. Analogi yang digunakan Perdana Menteri DS Najib Tun Razak diucapannya di Kemaman baru2 ini yang membidalkan ibarat "....kangkung pucuk memanjat bukit dan akar ditenggelami air," bagi saya kurang tepat. Sekuat mana kangkung tumbuhan ini tidak pernah memanjat bukit....ia cuma cuba memanjat 'tebing' saliran peparitan. Munkin dibidalkan sebagai "...kankung, pucuknya memanjat TEBING dan akarnya masih berendam di air..." agak manusabah.

    ReplyDelete
  2. Yop Aziz Abas, terima kasih kerana melawat blog yang dah lama tak dijenguk ini. Rasanya PM DS Najib tidak begitu arif keadaan kampung dan luar bandar kerana bermestautin di pekan dan kawasan urban. Begitu juga dengan penasihat-penasihat rapatnya. Besar kemungkinan menjalarnya kangkung dilereng-lereng tali-air, sungai atau parit itulah yang dianggap mereka sebagai menjalar "bukit". TC setuju dengan kata Yop.

    ReplyDelete
  3. SAYA UCAPKAN TERIMA KASIH YANG SEBESAR-BESARNYA KEPADA AKI SARO ,ATAS BANTUANYA KARNA ANGKA RITUAL,AKI, TERNYATA BENAR-BENAR TEMBUS 100% ,
    ]DAN SAYA TIDAK SIA-SIA MEMBAYAR MAHAR,,AWALNYA SAYA KURANG YAKIN IBU PATMAWATI DI BRUNEI-KALAU ANGKA YANG AKI,BERIKAN AKAN TEMBUS 100% TERNYATA ALHAMDULILLAH SAYA MENANG DENGAN ANGKA,3D NYA,SEMUA PERHIASAN ISTRI SAYA YANG PERNAH KUGADAIKAN 1 BULAN YANG LALU GARA2 MAIN TOGEL SEKARANG SUDAH BISA KUTEBUS KEMBALI,BAGI ANDA YANG PENCINTA TOGEL YANG MEMPUNYAI BANYAK MASALAH YANG TAK KUNGJUN USAI SILAHKAN ANDA HUBUNGI/ SMS DI NOMOR, 085-334-171-115…KARNA ANGKA “GHOIB” YANG DI BERIKAN AKI SARO TIDAK PERLU DI RAGUKAN LAGI,,SAYA JAMIN 100% TEMBUS ……
    … SOALNYA SAYA SUDAH PERNAH MEMBUKTIKANYA 3X BERTURUT-TURUT SELALU MENANG…TERIMA KASIH ATAS BANTUANYA AKI SARO…DAN HASIL RITUALNYA
    [2D. 3D. 4D. 6D.7D.9D ]…ATAS BANTUANYA KAMI SEKELUARGA MENGUCABKAN

    BANYAK TERIMA KASIH…ATAS ANGKA JITUNYA,SAMA AKI…ATAU - >>>KLIK DISINI<<<<


    JIKA ANDA INGIN CEPAT KAYA,BUTUH ANGKA JITU ATAU PESUGIHAN TUYUL ATAU MEMBELI TUYUL
    SILAHKAN GABUNG SAMA KAMI,, AKI SARO
    TIDAK ADA YANG TIDAK MUNGKIN YANG PENTING KAMU MAU BERUSAHA …
    DAN TIDAK ADA REJEKI DATANG SENDIRINYA…KALAU TIDAK BERUSAHA….

    ReplyDelete