Wednesday, March 14, 2012

Malaysia at the Olympic Games.



Since this is the Olympic year (London 2012), I have decided to open my archive and record book of the events of Malaysia participation beginning 1956. The statistic may be of no interest to many but it will be helpful to those who support the Malaysian team. I hope they will find it useful and bring back memories to all especially the participants. I will appreciate for any corrections in the facts of this article. Your comments would be highly appreciated.

As my records were in Malay due to work commitment as a broadcaster at Radio Malaysia and later Radio-Television Malaysia (RTM), I have decided to post this in the original text (Malay):

Penyertaan Malaysia Dalam Sukan Olimpik sejak 1956.

Sebelum tertubuhnya Majlis Olimpik Persekutuan Tanah Melayu (OCM) pada tahun 1953 dan pengiktirafannya oleh Majlis Olimpik Antarabangsa IOC pada tahun 1954, beberapa peserta dari Malaya mungkin pernah mengambil bahagian dalam Sukan Olimpik, mewakili negara asal mereka, seperti China dan India. Selepas diiktiraf IOC pada tahun 1954 OCM pada masa itu buat julung kali menghantar satu kontijen seramai 33 peserta dari 6 jenis sukan untuk mengambil bahagian dalam Sukan Olimpik 1956 di Melbourne. Sejak itu Majlis Olimpik Malaysia OCM yang dikenali sejak 1964, telah mengambil bahagian dalam semua Sukan Olimpik, kecuali Moscow tahun 1980.

Melbourne 1956:

Kontijen Persekutuan Tanah Melayu (Malaya) ke Sukan Olimpik Melbourne tahun 1956 terdiri dari 6 Olahraga, 2 perenang, 18 pemain Hoki, 3 ahli Angkat Berat dan 4 penembak. Hanya seorang sahaja peserta wanita dalam kontijen ini Ms Annie Choong, ahli olahraga. Antara peserta ialah Koh Eng Tong pemenang Pingat Emas Sukan British Empire 1950 dalam bahagian Featherweight dan Tan Kim Bee Pingat Perak Light Heavyweight. Pasukan Hoki menduduki tempat ke 9 dari 12 pasukan. Chef de Mission ialah Herman Marie de Souza (Hoki) dan Pembawa Bendera ialah Tan Kim Bee (Angkat Berat)

Olahraga: M. Harichandra, S. Karuppiah Pereira, Rahim Ahmad, Raja Azlan, Lee Kah Fook, Annie Choong (W)
Angkat Berat: Chan Pak Lum, Koh Eng Tong, Tan Kim Bee.
Renang: Fong Seow Hor, Lim Heng Chek.
Menembak: Liew Foh Shin, Moe Fu Kiat, Ng Tow Foo, Joseph Chong.
Hoki:  S. Selvanayagam, Wilfred Vias, Peter Van Huizen, T. Nadarajah, N. Shanmuganathan, P.Alagendra, Chuah Eng Cheng, Gian Singh, P. Sankey, G.D. Toft, M.F. Shepherdson, Hamzah Shamsuddin, S. Devendran, Sheik Ali, T. Lawrence, A. Karim, N. Arul, Chuah Eng Kim.
[Nota: Gabuh Piging dan Sium bin Diau menyertai acara Olahraga Lompat Kijang mewakili North Borneo]


1960 -  Rome:

Terdiri dari 9 peserta dari 4 jenis sukan, ini adalah kontijen Malaysia paling kecil dalam sebarang Olimpik. Ianya mengandungi 3 olahraga, 2 perenang, 2 penembak dan 2 angkat-berat. Chef de Mission ialah Lim Kee Seong (Bolasepak) dan Pembawa Bendera ialah Shaharudin Mohd. Ali (Olahraga).

Olahraga:  Kamaruddin Maidin, M. Jegathesan, Shahrudin Mohd. Ali
Angkat Berat: Kuan King Lam, Chung Kam Weng.
Renang:  Fong Seow, Hor Fong Seow Jit.
Menermbak:  Ong Hock Eng, Chan Kooi Chye

1964 – Tokyo

Malaysia telah ditubuhkan pada September 1963, apabila bersekutunya Sabah, Sarawak dan Singapura dengan Persekutuan Tanah Melayu (Malaya). Kontijen Malaysia ke Tokyo 1964 termasuk ahli sukan dari Sabah, Sarawak dan Singapura. Kontijen  seramai 66 ahli sukan itu masih lagi yang paling ramai menyertai Sukan Olimpik hingga kini. Ianya terdiri dari 12 olahraga termasuk seorang wanita, 7 perenang 3 darinya wanita, 18 pemain hoki, 2 peninju, 6 angkat  berat, 7 penembak, 9 pelumba basikal, seorang pelawan pedang dan 2 orang mewakili tiap satu acara Judo dan Gusti. Pasukan Hoki sekali lagi menduduki tempat ke 9.

M.Jegathesan ialah ahli olahraga Malaysia yang pertama layak ke Separuh-Akhir dalam acara 200 meter. Dalam saringan 5 Pusingan Pertama dia mencatat 20.9 saat, yang masih lagi rekod Malaysia hingga sekarang. Dalam saringan masa 21.2 saat melayakkannya ke Separuh Akhir.Dia mencatat 21.4 dalam separuh-Akhir tetapi tersingkir. Chef de Mission ialah Dato’ Donald Stephen. Pembawa Bendera ialah Kuda Ditta (Olahraga).

Olahraga:   A. Victor,  C. Kunalan,  Dilbagh Singh Kler, John Dukom,  M. Jegathesan,  K.Selvaratnam,  Kuda Ditta,  M. Rajamani (W),  Mazlan Hamzah,  Mohd. Abdul Rahman, Nashatar Singh Sidhu,  R. Subramaniam.
Angkat Berat:  Boo Kim Siang,  Chua Phung Kim,  Chung Kum Eng,  Leong Chin Seong,  Lim Hiang Kok,  Tan Howe Liang.
Menembak:   Dennis Filmer, Goh Tai Yong,  Kok Kum Woh,  Loh Ah Chee,  Tang Peng Choy,  Weng Foo Wah,  Yap Pow Thong.
Renang:  Bernand Chan Cheng Wah,  Cheah Tong Kim,  Michael Eu Seong Chin,  Tan Thuan Heng,  Jovina Tseng (W),  Molly Tay Chin Say (W),  Mriana Jolly (W ).
Tin ju:  G.Ramkrishnan,  Jumaat Ibrahim.
Basikal:  Andrew Michael,  Choy Mow Thin,  Supaat Hamid,  Salam Kamsari,  Ng Joo Pong , N.A. Rosli,  Zain Safaruddin,  Stephen Lim Tian San,  Tuow Choon Boon.
Lawan Pedang:  Ronnie Ignatius Theseira.
Hoki:  Arumugam Sabapathy,  Kartar Singh s/o Chandra Singh,  Chelliah Paramalingam,  Ranjit Singh s/o Gurdit Singh,  Ho Kok Chye,  Kandiah Anandarajah,  Koh Hock Seng,  Kumaratnam Alagaratnam,  Lim Fung Chong,  Manikam Shanmuganathan , Manir Uddin  Anwarul Haq,  Michael Arulraj,  Munusamy  Doraisamy,  Nonis Douglas Paul,  Rajaratnam Yogeswaran,  Sinnathamy Kanangalingam,  Tara Singh Sidhu,  Lawrence J. Van Huizen.
Judo:  Ang Teck Bee,  Moorthy Kanapathy Sathia.
Gusti:  Liang Soon Hin,  Tham Kook Chin.

1968 – Mexico

 Kontijen Malaysia ke Mexico 1968 berjumlah 33 orang dari 4 jenis sukan. Tiada peserta dari Singapura kerana ia keluar dari Malaysia pada tahun 1965 untuk menjadi negara berasingan. Kontijen Malaysia terdiri dari 11 Olahraga, 18 pemain Hoki, 2 Basikal dan 2 Angkat Berat. Tiada penyertaan wanita. Pasukan Hoki menduduki tempat ke 15 dari 16 pasukan.

M. Jegathesan mengulangi kebolehan 4 tahun dahulu di Rome, melayakkan diri ke Separuh-Akhir 200 meter. Masanya di Pusingan Pertama 20.9 saat, Pusingan Kedua 21.0 saat dan di Separuh Akhir juga 21.00 saat. Chef de Mission ialah Khaw Kai Boh (Bola Keranjang). Pembawa Bendera ialah Nashatar Singh Sidhu.

Olahraga:   M. Jegathesan,  Rajalingam Gunaratnam,  Arirvatham Victor,  Ramasamy Subramaniam,  Ishtiaq Mubarak,  Ahmad Zambrose Abdul Rahman,  Tambusamy Krishnan,  Ooi Hock Lim,  Nashatar Singh Sidhu,  Mohd. Ariffin , Anthony Chong.
Angkat Berat:   Leong Chin Seong,  Eun Tin Loy.
Basikal:  Ng Joo Pong,  Johari Ramli,
Hoki:   Ho Kok Chye,  Loong Whey Pyu,  A. Velavantheran,  Sri Shanmuganathan,  Ranjit Singh,  Michael Arul Raj,  K. Alagaratnam,  J. Johnson,  Savinder Singh,  Ameenuddin Bin Md. Ibrahim,  A. Sabapathy,  Kuldip Singh,  Yang Siow Meng,  Koh Chong Jin,  Koh Hock Seng,  Harnahal Singh,  R. Yogeswaran,  S. Jeevajothy.

Munich - 1972

Kontijen Malaysia ke Munich 1972 terdiri dari 57 peserta ialah jumlah kedua terbesar dalam penyertaan Olimpik setakat ini. Pertama kali dalam sejarah Malaysia, pasukan Bolasepak layak ke Sukan Olimpik. Badminton diperkenal sebagai pertunjukkan, 3 pemain mengambil bahagian. Olahraga terdiri 11 peserta dengan 2 wanita, perenang terdiri seorang lelaki dan seorang wanita, seorang penembak dan 4 pelumba basikal. Pasukan Hoki menduduki tempat ke-8 dari 12 pasukan. Pasukan Bolasepak bermain dalam Kumpulan A bersama German Barat, Maghribi dan USA. Setelah kalah kalah 0-3 kepada Germany, menang 3-0 keatas USA dan akhirnya kalah kepada Maghribi 0-6, pasukan bolasepak telah tersingkir. Chef de Mission ialah Dato’; Harun Idris (Bolasepak). Pembawa Bendera ialah Mohamad Bakar (Bolasepak)

Olahraga:    Ishtiaq Mobarak,  Zainuddin Abd. Wahab,  S. Sabapathy,  S. Sivaraman,  Mohd. Hassan Bin Osman,  P. Peyadesa,  T. Krishnan, Gladys Chai Ng Mei (W),  Junaidah Aman (W).
Badminton:   Ng Boon Bee,  P. Gunalan,  Tan Aik Mong.
Basikal:   Daud Ibrahim,  A. B. Rahim,  Saad Fadzin,  Omar Haji Saad.
Menembak:   Wong Foo Wah.
Renang:   Chiang Jin Choon,  Ong Mei Lin.
Hoki:   Khairuddin Zainal,  Takbir Ahmad,  A. Belvantheran,  N. Sri Shanmuganathan,  Brian Sta Maria,  S. Balasigam,  Wong Choon Hin  Phang Poh Meng,  R. Ramakrishnan,  Randir Singh,  Harnabal Singh,  Yang Siow Ming,  Ausop Bin Maidin,  Franco De Cruz,  Samat Sayed,  M. Mahendran,  Mohd. Razali,  Sulaiman Saibot,  R. Pathmarajah.
Bolasepak:   M. Chandran,  Bahwandi Hiralal,  Osman Abdullah,  Salleh Ibrahim, Mohd. Bakar,  Zawawi Yusoff,  Harun Jusoh,  Shaharuddin Abdullah,  V. Krishnasamy,  Ali Bakar,  Rahim Abdullah,  Wong Kam Fook,  Looi Loon Teik,  Khoo Luan Khen,  Lim Fung Kee,  Soh Chin Aun,  Wong Choom Wah,  Namat Abdullah,  Hamzah Hussein.

Montreal 1976

Kontijen seramai 23 orang boleh dikira kecil, terdiri 3 Olahraga, seorang perenang, 2 penembak dan seorang berbasikal. Tiada wanita dalam kontijen. Pasukan Hoki menduduki tempat ke-9. Ishtiaq Mubarak ialah ahli Olahraga Malaysia kedua yang melayakkan diri ke Saparuh-Akhir. Dalam acara 110 meter Lompat Pagar mencatat masa  14.27 saat dan Saringan ke-2 untuk ke Separuh-Akhir, dimana dia mencatat masa 14.21 saat dan tersingkir. Chef de Mission ialah DYMM Sultan Azlan Shah (Hoki). Pembawa Bendera ialah Ishtiaq Mubarak (Olahraga)

Olahraga:   Ishtiaq Mobarak,  Ramli Ahmad,  Khoo Chong Beng.  
Renang:    Chiang Jin Choon .
Basikal:   Yahya Ahmad.
Menembak:   Ally Ong Tai Hong, E. J. H. Yong.
Hoki:    N. Sri Shanmuganathan,  Khairuddin   A. Francis,  S. Balasingam  M. Mahendran , Wong Choon Hin  R. Ramakrishnan,  R. Pathmarajah,  N. Padanisamy  Poon Fook Loke,  Ow Soon Kooi,  Lam Kok Meng,  Azaari Mohd. Zain,  Mohinder Singh,  Anthony Leon Ignas Cruz,  Avtar Singh Gill.

Moscow 1980 – Pemulauan.

Malaysia tidak mengambil bahagian dalam Olimpik Moscow 1980 atas sebab yang tidak dapaty dielak. Bagaimanapon, perlu dicatatkan bahawa pasukan Bolsepak dan Hoki kebangsaan telah layak untuk menyertai Olimpik 1980 itu.

Los Angeles 1984

Malaysia menghantar kontijen kecil ke Los Angeles 1984, sejumlah 20 ahli sukan. Hoki mendominasi kontijen dengan 16 pemain. Olahraga, Renang (wanita), Menembak, dan Basikal masing-masing diwakili oleh seorang peserta. Pasukan Hoki menduduki tempat ke 11 dari 12 peserta. Chef de Mission ialah Tunku Adnan bin Tunku Besar Burhanuddin. Pembawa Bendera ialah Sabiahmad Abdul Ahad (Menembak)

Olahraga:   B. Rajakumar.
Basikal:  Rosman Alwi,
Menembak:  Sabiahmad Abd. Ahad.
Renang:  Helen Chow (W).
Hoki:  Ahmad Fadzil,  Colin Santa Maria,  Foo Keat Seong,  Jagjit Singh,  Kevin Nunis,  Michael Chew,  Ow Soon Kooi,  Poon Fook Loke,  S. Murugasen,  Stephen Van Huizen, Sarjit Singh,  Sukhvinderjeet Singh,  Tam Chew Seng.  Soon Mustafa,  Yahya Atan,  Zulkifli Abbas.
.
Seoul 1988

Buat kali kedua dalam sejarah Olimpik Malaysia pasukan Hokinya tidak layak ke Sukan Olimpik. Dengan itu kontijen Malaysia ialah yang paling kecil sejak 1960, terdiri dari 2 olahraga (seorang wanita), 2 Renang ( seorang wanita), 2 Basikal, 1 Tembak dan 2 pemain Ping Pong wanita. Badminton dan Taekwando ialah 2 sukan pertunjukkan. 2 pemain Badminton dan 4 pakar Taekwando mengambil bahagian. Chef de Mission ialah Tunku Imran (Squasy). Pembawa Bendera ialah Nordin Jadi (Olahraga).

Olahraga:   Nordin Mohd. Jadi ,  Josepheine Mary (W).
Basikal:   Kumaresan M.,  Rosman Alwi.
Menembak:  Jimmy Chin.
Renang:   Nurul Huda Abdullah (W),  Jeffrey Ong Kuan Seng.
Ping Pong:  Leong Mee Wan (W),  Lau Wai Cheng (W).
Taekwando:   Ong Bee Eng,  Chai Saew Yuen,  Vasugi M. (W),  Yong Po Po (W).
Badminton:  Mohd Razif Hj Mohd Sidek,  Mohd Jalani Hj Mohd Sidek.

Barcelona 1992

Badminton dengan resmi menjadi acara Sukan Olimpik buat pertama kalinya di Barcelona 1992. Pemain badminton telah diduga memenangi pingat pertama Sukan Olimpik untuk Malaysia. Menguatkan lagi harapan ini apabila Malaysia memenangi Piala Thomas, Kejohanan Badminton Berpasukan Dunia yang ulung 4 bulan dahulu setelah 26 tahun.
Pemain badminton tidak mengecewakan penyokong-penyokong nya dan Malaysia memenangi pingat Olimpiknya yang pertama. Pingat Gangsa dimenangi oleh adik beradik Razif dan Jalani Sidek dalam acara Bergu Lelaki.
Pasukan Hoki kembali ke Sukan Olimpik. Kontijen terdiri dari 16 pemain Hoki, 1 Olahraga, 1 Renang,1 Tembak, 1 Basikal, dan 6 Badminton. Sekali lagi Taekwando menjadi sukan demonstrasi. 2 pakar wanita mengambil bahagian di Barcelona. Pasukan Hoki menduduki tempat ke 9 dari 12 pasukan. Chef de Mission ialah Tan Sri Elyas Omar (Badminton) dan Pembawa Bendera ialah Razif Sidik (Badminton)

Olahraga:   Nur Herman Majid.
Basikal:   Kumaresan M..
Menembak:   Kaw Fun Ying.  
Renang:   Jeffrey Ong Kuan Seng.
Taekwando:   Hii King Hung,  Sarah Chung Pit Jin.  
Badminton:   Rashid Sidek,  Foo Kok Keong,  Razif Sidek,  Jalani Sidek,  Cheah Soon Kit,  Soo Beng Kiang.
Hoki:   Gary Vernon Fidelis,  Lim Chiow Chuan,  Minarwan Nawawi,  Mohamad Abdul Hadi,  Nor Saiful Zaini,  Paul Lopez,  Sarjit Singh,  Soon Mustafa Karim,  Tai Beng Hai,  Shankar Ramu,  Lailin Abu Hassan,  A. Anantha Sambu Mayavo,  Ahmad Fadzil Zainal Abidin,  Dharma Raj Kanniah,  S. Suria Ghandi.

Atlanta 1996:

Buat pertama kali dalam Sukan Olimpik Malaysia mengambil bahagian dalam acara Kapal Layar dan Salom Canoeing, masing-masing diwakili oleh seorang peserta. Kontijen teridiri dari 4 Olahraga, 5 Renang (1 wanita), 16 pemain Hoki, 1 Tinju, 1 Tembak dan 7 pemain Badminton (1 wanita) menjadikan jumlahnya 36 peserta. Seperti dijangkan Malaysia menang Pingat Perak melalui pasangan Bergu lelaki Cheah Soon Kit dan Yap Kin Hock, serta Pingat Gangsa di acara Persaorangan lelaki melalui Rashid Sidek. Chef de Mission ialah Dato’ Dr. Abdullah Fadzil Che’ Wan (Badminton) dan Pembawa Bendera ialah Nor Saiful Zaini Nasir-ud-Din, ketua pasukan Hoki.

Olahraga:    Nur Herman Majid, Watson Nyambek, Loo Kum Zee, Annastasia Karen Raj.  
Badminton:    Rashid Sidek, Ong Ewe Hock, Cheah Soon Kit, Yap Kim Hock, Soo Beng Kiang, Tan Kim Her, Chan Chia Fong.  
Menembak:   Kaw Fun Ying.  
Renang:   Anthony Ang Kang Keam, Elvin Chia Tshun Thau, Wan Azlan Abdullah, Alex Lim Keng Liat, Tay Li Leng.
Kapal Layar:    Kevin Lim Leong Keat.   
Tinju:   Sapol Biki.  
Canoe:   Salehhuddin Ayob.
Hoki (Lelaki):   Brian Jaya Siva,  Lam Mun Fatt,  Shankar Ramu,  Mirnawan Nawawi,  Hamdan Hamzah,  Chairil Anwar Abdul Aziz,  Lailin Abu Hassan,  Kuhan Shanmuganathan,  Calvin Ronnie Fernandez,  Nor Saiful Zaini Nasiruddin,  Kaliswaran Muniandy,  Mohd Nasihin Nubli Ibrahim,  Lim Chiow Chuan,  Charles Aitken David,  Maninderjit Singh,  Aphtar Singh.

Sydney 2000

Malaysia mengambil bahagian dalam 9 jenis sukan dengan 41 peserta di Sydney 2000. Badminton diwakili 6 peserta gagal menunjukkan kecemerlangan di Atlanta 1996, dengan Chong Tan Fook dan Lee Wan Wah gagal di perlawanan menentukan Pingat Gangsa. Peserta acara Sukan lain: Olahraga 2, Menembak 1, Renang 9, Kapal Layar 1, Jimnastik 1, Diving 4, Hoki 16 dan Tekwando 1. Pasukan Hoki hanya menduduki tempat ke 11. Chef de Mission ialah Tan Sri P. Alagendra sementara Pembawa Bendera ialah Minarwan Nawawi (Hoki)

Olahraga:  Watson Nyambek, Yuen Yu Fang.  
Badminton:   Ong Ewe Hock, Cheah Soon Kit, Yap Kim Hock, Wong Choong Hann, Lee Wan Wah, Choong Tan Fook.  
Menembak:   Irina Maharani.  
Renang:    Elvin Chia Tshun Thau, Wan Azlan Abdullah, Alex Lim Keng Liat, Anthony Ang Kang Keam, Allen Ong Hou Ming, Dieung Anak Mannang, Sia Wai Yen, Siow Yi Ting, Marilyn Chua Yu Ching.  
Kapal Layar:   Kevin Lim Leong Keat.  
Jimnastik:     Au Li Yen.
Diving:     Yeoh Ken Nee, Azreen Bahari, Leong Mun Yee, Farah Begum Abdullah (tidak amnbil bahagian – kerana cedera).
Hoki (Lelaki):    Jiwa Mohan,  K. Keevan Raj,  Suhaimi Ibrahim,  Mirnawan Nawawi,  Chua Boon Huat,  Maninderjit Singh,  Kuhan Shanmuganathan,  Calvin Ronnie Fernandez,  Roslan Jamaluddin,  Mohd. Nasihin Nubli,  Chairil Anwar A. Aziz,  Shaiful Azli Bin Abdul Rahman,  Nor Azlan Bakar,  Nor Saiful Zaini,  K. Gobinathan,  Mohd. Madzli Ikmar .
Taekwando:    Lee Wan Yuen.

Athens 2004

Penyertaan di Athens 2004 ialah dalam 11 jenis sukan diwakili 26 peserta. Tempat kelahiran Sukan Olimpik ini gagal membawa sebarang kejayaan kepada kontijen Malaysia. Perwakilan Malaysia ialah: Basikal 1, Badminton 9, Menembak 2, Renang 4, Kapal Layar 1, Artistik Jimnastik Lelaki 1, Diving 3, Memanah 1 Taekwando 1, Angkat Berat 1 dan Olahraga 2.  Dato’ Dr. M. Jegathesan bekas jagoh pelari pantas Malaysia di Sukan Olimpik ialah Chef de Mission bersempena ulangtahun ke 100 Sukan Olimpik di Athens . Pembawa Bendera pula ialah Bryan Nickson Lomas (Diving).

Basikal:  Josiah Ng Oon Lam (Track). 
Badminton:   Lee Chong Wei, Roslin Hashim, Wong Choong Hann, Chan Chong Ming & Chew Choon Eng,  Choong Tan Fook & Lee Wan Wah, Wong Pei Tty & Chin Eei Hui (F). 
Menembak:   Ricky Teh Chee Fei (Skeet), Bernard Yeoh Cheng Han (Trap). 
Renang:   Lim Keng Liat, Saw Yi Khy, Allen Ong Hou Ming, Siow Yi Teng (F). 
Kapal Layar:   Kevin Lim Leong Keat (Laser). 
Artistik Jimnastik Lelaki:   Ng Shu Wai. 
Diving:    Leong Mun Yee (F), Gracie Junita Terry Pego (F), Bryan Nickson Lomas. 
Memanah:  Mon Redee Sut Txi (F). 
Taekwando:   Elaine Teo Shueh Fhern (F). 
Angkat Berat:    Muhammad Faizal Baharom. 
Olahraga:     Nazmizan Muhammad,  Yuan Yu Fang (F).

Beijing 2008

Malaysia di wakili 33 peserta dalam 9 jenis sukan, ialah kontijennya yang  terbesar sejak Melbourne 1956. Lee Chong Wei berjaya memenangi Pingat Perak setelah kalah kepada jaguh tuan rumah Lin Dan di perlawanan akhir Perseorangan Lelaki acara Badminton. Ini adalah pingat yang pertama sejak 12 tahun yang lalu, menjadi jumlah pungutan pingat negara 4 semua sekali. Ia juga ialah Pingat Perak kedua dalam sejarah penyertaan Malaysia di Sukan Olimpik sejak menyertainya 1956. Penyertaan Malaysia di Beijing ialah: Renang 5, Diving 4, Memanah 3, Olahraga 3,  Badminton 9, Basikal 4, Kapal Layar 1, Menembak 1. Taekwando 2, dan Angkat Berat1. Chef de Mission ialah Dato Ho Koh Chye seorang lagi bekas jagoh Olimpik Malaysia dalam acara Hoki. Pembawa Bendera ialah Mohd Azizulhasni Awang (Basikal).

Renang:   Daniel William Henry Bego, Stow Yi Ting (F), Khoo Cai Lin (F), Lew Yih Wey (F), Leung Chii Lin (F.)
Diving:   Bryan Nickson Lomas, Leong Mun Yee (F), Elizabeth Jimie (F), Pandelela Rinong (F),
Memanah:   Cheng Chu Sian, Muhammad Marbawi Sulaiman,  Wan Mohd Khalmizam Wan Ab. Aziz.
Olahraga:   Lee Hup Wei, Roslinda Binti Samsu (F),  Yuan Yu Fang (F),
Badminton:   Lee Chong Wei, Wong Choong Hann, Koo Kien Keat, Tan Boon Heong, Choong Tan Fook, Lee Wan Wah, Wong Mew Choo (F),  Wong Pei Tty (F), Chin Eei Hui (F).
Basikal:   Mohd Azizulhasni Awang,  Josiah Ng Onn Lam, Mohd Rizal Tisin, Muhammad Edrus Md Yunos.
Kapal Layar:   Dr. Kevin Lim Leong Keat.
Menembak:   Hasli Izwan Amir Hasan.
Taekwando:  Elaine Teo Shueh Fhern (F), Che Chew Chan (F).
Angkat Berat:   Amirul Hamizan Ibrahim.

London 2012

Chef de Mission: Tun Ahmad Sarji bin Abdul Hamid.

Pungutan Pingat Malaysia di Sukan Olimpik.

Pada tahun 1956 hingga 1988, 2000 dan 2004 kontijen Malaysia tidak memenangi sebarang pingat.

Sukan Olimpik XXV – Barcelona 1992.
Adik beradik Radzif Sidek dan Jalani Sidek memenagi pingat Olimpik untuk Malaysia yang ulung bila berjaya memungut Pingat Gangsa dalam acara Bergu Lelaki.

Sukan Olimpik XXVI – Atlanta 1996.
Cheah Soon Kita dan Yap Kim Hock berjaya memenagi pingat Olimpik kedua untuk Malaysia apabila mereka memperolehi Pingat Perak dalam acara Badminton Bergu Lelaki. Rashid Sidik berjaya mengikuti jejak abang-abangnya 4 tahun dahulu apabila dia memungut Pingat Gangsa dalam acara Badminton Persaorangan Lelaki.
Sukan Olimpik XXIX – Beijing 2008.

Lee Chong Wei berjaya memenangi pingat Olimpik yang ke empat untuk Malaysia bila dia memperolehi Pingat Perak dalam acara Badminton Lelaki Persaorangan.



Saturday, March 10, 2012

Kisah Pak Pacak




Ini bukan cerita lucu. Ianya kisah penglibatan penulis dalam bidang Drama sejak dibangku sekolah hingga pencen. Walaupon tiada memainkan peranan penting dalam sebarang persembahan, penulis tidak ketinggalan memainkan peranan dalam mengemudikan bidang Drama sepanjang tugasnya. Sudah tentu ianya membosankan bagi yang tidak memahaminya.

Penulis ke sekolah Inggeris dizaman penjajah dulu, Sekolah Anderson di Ipoh. Sejak di Tingkat Dua hingga Tingkat Lima dari tahun 1952 hingga 56, salah satu sabjek yang diajar ialah “English Literature” (Sastera Inggeris). Selain dari nobel-nobel Inggeris dari penulis yang terkenal pada zaman itu, kami juga membaca karya Shakespearre. Antaranya ialah “Hamlet”, “Julius Caeser” dan “Merchant of Venice”. Yang menariknya murid-murid disuruh berlakon dalam kelas masing-masing memegang watak dalam karya-karya itu. Wah, ramai yang berebut mahu memegang peranan penting tetapi guru sabjek itu bijak menggilir-gilirkan muridnya memegang setiap peranan. Dari sini ramai yang menunjukkan bakat lakonan, disamping menghafal kata-kata “hikmat” Shapespearre. Antara rakan kelas penulis yang amat bijak dalam lakonan ini ialah Rahim Razali (kini Dato’) yang masih menjadi pelakon handalan tanah air. Rasanya yang menarik dalam hal ini ia membaiki kecekapan kami semua berbahasa Inggeris, sambil bijak pula memetik kata-kata hikmat Shakespearre.

Semasa melanjutkan pelajaran dalam Tingkatan Enam, dikala Tanah Melayu mencapai Kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 atas semangat patriotik kelas kami telah mempersembahkan satu sandiwara mengesahkan riwayat “Hang Tuah”. Rahim telah melakar skripnya dan menjadi pengarah disamping memain pernanan utama Hang Tuah. Semua dalam kelas Tingkatan Enam telah diberi peranan. Penulis telah diberi tugas sebagai Hulubalang Istana, tak lebih dari “Pak Pacak” kerana dialognya singkat sahaja. Persembahan itu menarik peminat-peminat sandiwara dibandar Ipoh ketika itu dan mendapat liputan meluas dalam akhbar termasuk “The Straits Times”. Sebenarnya penulis tidak begitu minat dalam lakonan. Yang lucunya bila gambar keluar Rahim menegur tentang pakaian penulis yang tidak seragam, berbaju hitam berseluar cerah. Sampai hari ini Dato Rahim masih tak lupa hal itu, sambil melawak berkata “tiada disiplin”.

Ketika memohon jawatan Pembantu Siaran Gred II Sementara (BA2) di Radio Malaysia pada tahun 1963 antara ujian yang ditempuhi ialah melakon bualan talipon diatas skrip yang telah disediakan. Rasanya penulis lulus ujian tersebut menyebabkan ianya berkarya dalam bidang penyiaran. Pada masa itu siaran radio negara bersekutu Malaysia baru berkembang. Hampir setiap petugas terlibat dalam berbagai-bagai bidang, termasuk lakonan drama. Sebagai orang baru penulis diberi peranan kecil seperti sarjan atau korporal, tiada banyak bezanya dengan “Pak Pacak”. Penglibatan ini memberi banyak pengalaman. Dari sini penulis belajar berbagai-bagai seluk-beluk mengindah sesuatu penerbitan radio. Tambah pula penerbit-penerbit zaman itu semuanya handal belaka termasuk Arwah Haji Azhar Ahmad dan Zulkifli Amin. Membantu mereka ialah Arwah Nordin Buyong yang cukup cekap mengadun kesan bunyi dan muzik untuk setiap penerbitan. Penulis berasa penglibatan dalam drama menambahkan lagi pengetahuannya dalam bidang penerbitan.

Bila ditukar ke Pulau Pinang sebagai Pengelola Rancangan Melayu Kawasan Uitara barulah penulis ada peluang menunjukkan apa yang dipelajarinya di Rumah Persekutuan apabila Pulau Pinang diminta menerbitkan Sandiwara Radio. Rupanya banyak yang perlu diberes dari memperolehi skrip yang sesuai hingga bidang lakonan yang memerlukan lathian rehearsal dan memilih kesan bunyi dan muzik. Tugas kami adalah mencungkil bakat-bakat tempatan diKawasan Utara. Sebagai penerbit Arwah Ismail Long telah memainkan peranan yang baik. Selain dari itu kami juga berjaya menerbitkan beberapa rancangan Bangsawan melalui usaha karyawan bangsawan lama yang menetap di Pulau Pinang, Abdullah Sani dan isterinya satu masa dulu primadona Mak Minah.

Hubungan penulis dalam bidang Drama terputus bila kembali ke KL pada tahun 1972 kerana terlibat dengan siaran luar negara “Suara Malaysia” dan kemudian dalam bidang Hal Ehwal Awam pada tahun 1980 dan akhirnya Sukan pada tahun 1982.

Diwaktu ini penulis telah menjalankan tugas Pengarah TV ketika pemegang jawatan hakikinya bertugas diluar negara selama dua minggu. Ketika inilah ia didatangani oleh Pengawal Drama meminta penilaian drama berjodol “Guru Yahaya” yang dianggap mempunyai jalan cerita dan persembahan yang kontroversial dipadankan  pada kisah serangan oleh kumpulan fanatik agama keatas Balai Polis Batu Pahat. Penulis telah meminta sahabat baik, pegawai kanan Bahagian Agama, Ustaz Osman Fauzi untuk membantu penilaian dari aspek keagamaan. Ustaz Osman memaklum tiada apa yang bercanggah. Penerbitan itu telah diluluskan tanpa pindaan atau suntingan. Bila disiarkan, akhbar Utusan Malaysia telah memberi pujian atas keberanian RTM menyiarkan cerita peristiwa yang kontroversi.

Berikutan sambutan yang baik dari penaja dan pengiklan pada tahun 1985 Kementerian Kewangan telah bersetuju dengan penubuhan akaun khas “Akaun Amanah Tajaan” (AAT) Rancangan Sukan. Ini ialah akibat peraturan ketat mendapat perbelanjaan untuk liputan khususnya diluar negara dan keperluan mendapatkan perlatan teknikal terkini yang cepat berubah mengganggu rentak perancangan. Penulis adalah antara 3 pegawai yang mentadbirkan AAT. Dengan begitu banyak acara sukan popular berlaku ketika itu AAT mempunyai simpanan berpuloh juta ringgit.

Pada ketika itu juga telah diperkenalkan “Drama Swasta” untuk menggalakkan penerbit-penerbit swasta berkarya demi menghidupkan semula bidang filem Melayu yang sudah hampir pupus. Dimasa inilah orang-orang yang tiada pengalaman dalam sebarang penerbitan melibat diri dalam Drama Swasta kerana kemampuan mereka mendapatkan pinjaman dari sumber-sumber kewangan, membelakangkan sasaran asalnya dikalangan karyawan filem temapatan. Sekaligus keadaan ini mengusutkan kualiti penerbitan. Ini amat membimbangkan pihak yang berkuasa di RTM. AAT telah diminta memasukkan pembelian Drama Swasta dalam aktibitinya. Ini adalah satu keputusan yang menyukarkan tugas pengendali AAT yang berkeadaan selesa selama ini.

Kami telah mengadakan perbincangan dengan penaja utama rancangan sukan di TV, salah satu dari syarikat rokok, yang diwakili oleh Pengerusinya sendiri, seorang berbangsa Inggeris. Dia terus terang menyatakan syarikatnya mengutamakan yang terbaik tidak dapat bersekutu dengan produk yang berkualiti rendah seperti Drama Swasta. Kenyataan ini telah kami duga dari awal lagi. Penulis telah diminta memaklum-balas kenyataan yang sememangnya ada kebenaran itu. Kami menyatakan bukanlah niat kami menurunkan darjat jenama produk syarikat yang terkenal itu. Kami hanya mahu menyekutukan produk kami dengan produk yang terbaik kerana sambutan penontonnya adalah tergulung dalam demografi sasaran jenama rokok tersebut. RTM pasti mengambil tindakan sewajarnya memastikan kualiti Drama Swasta dipertingkatkan dalam semua bidang untuk slot tajaan jenama rokok terkenal itu dan bersedia membincang apa yang diperlukan oleh syarikat pengiklan itu. Setelah mendengar jaminan yang diberi, wakil syarikat itu telah bersetuju menaja pada tempuh tertentu; sekiranya tiada juga tajaan akan dihentikan.

Dengan itu Jawatankuasa Penilaian Drama Swasta telah dimaklumkan tentang apa yang telah dipersetujui. Sejak itu slot Drama Swasta yang ditaja semakin meningkat kualitinya, sementara penerbit Drama Swasta yang disiarkan tanpa tajaan telah mengambil langkah membaiki kualiti produk mereka demi berusaha mendapat tempat di slot yang ditaja. Semakin banyak jenama yang datang membeli “airtime” untuk produk masing-masing, setelah melihat kesungguhan jenama rokok ternama itu menajanya.

Tidak lama selepas itu penulis telah dilantik Timbalan Pengarah TV (Penerbitan). Antara bidang tugasnya termasuk Drama terbitan dalaman RTM. Akibat kekurangan kakitangan, hampir kesemua pegawai di Bahagian Drama ketika itu sebuk mengendalikan segala aspek bidang Drama Swasta menyebabkan tidak banyak penerbitan dalaman diterbitkan. Lagipon penulis skrip dan pelakon-pelakon lebih ghairah melibatkan diri dengan penerbitan Drama Swasta yang dianggap tidak banyak kerenah disiplin.

Ketika inilah penulis didatangi oleh Pengawal Bahagian Agama ketika itu Puan Hajah Aminah Mohd Nor yang menyatakan Bahagiannya berhasrat menerbitkan Drama bercorak dakwah diberi nama “Yang Arif” dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Wilayah Persektuan dengan kisah berasaskan kes-kes di Mahkamah Syariah. Penulis tertarik dengan cadangan ini kerana ia adalah satu cara terbaik menyampaikan maklumat keagamaan secara tidak langsung. Beberapa perbincangan telah diadakan dengan pihak yang berkenaan yang sanggup menyediakan salah satu Mahkamahnya sebagai lokasi. Penyediaannya mengambil masa juga. Penerbitnya Ngani Annuar pernah terlibat dengan penerbitan Drama ketika bertugas di Bahagian Drama telah berkerja dengan tekun untuk memastikan kejayaannya. Musim pertamanya sebanyak 13 episod mendapat sambutan diluar dugaan kerana penonton ingin tahu selok belok keagamaan dalam kes-kes yang dipaparkan yang banyak memberi pengajaran. Penerbitan itu diteruskan selanjutnya. Kini sudah ada beberapa penerbitan swasta mencontohinya.

Apabila penulis memegang jawatan Pengarah TV pada tahun 1994 Bahagian Drama telah ditugaskan menerbitkan Drama Khas berkualiti yang menjadi contoh kepada penerbit-penerbit swasta. Diwaktu yang sama perolehan rancangan-rancangan penerbitan swasta diperketatkan bidang kualitinya. Pada hemat penulis Drama Swasta ini dimonopoli oleh beberapa syarikat atau penerbit yang kuat sumber kewangannya, sementara yang lain mengharapkan belas ikhsan mereka dari segi kemudahan kelengkapan dan teknikal. Umpamanya, pada satu ketika Pengarah TV telah didatangani oleh seorang tuan punya bengkel kereta yang baru menceburi bidang penerbitan Drama Swasta mengadu penerbitannya yang tidak diluluskan oleh Jawatankuasa Penilaian RTM telah disiarkan dengan pindaan kepada nama penerbit dan syarikat penerbitan yang lain. Ringkasnya, Pengarah TV telah memanggil kedua-dua penerbit dan penulis skrip masing-masing untuk bersemuka. Malang sekali penerbit dan syarikat yang menyediakan kelengkapan dan alat penerbitan enggan hadir. Dia telah datang secara peribadi mengaku kesalahannya. Dia telah bersetuju mengembalikan bayaran yang diterimanya kepada penerbit hakiki dan tidak melakukan perkara yang sama lagi.

Itu adalah antara kisah tentang seluk beluk dunia perniagaan Drama Swasta yang mempunyai berbagai kerenah yang diketahui oleh “Pak Pacak”.