Friday, March 30, 2012

Whats On the TV Screen.


Caption, Crawler dan Sarikata

Mari kita menonton Television – khususnya TV1 & TV2 RTM – dan lihat apa yang terpampang dibahagian  bawah skrin. Kita akan nampak antaranya tiga perkara yang di istilahkan “Caption”, “Crawler” dan Sarikata.

Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) menterjemah “caption” sebagai kapsyen, keterangan untuk sesuatu seperti gambar. Ini adalah keperluan dalam siaran TV, menjelaskan nama orang, tempat atau tarikh dan berbagai. Ia sudah dilaksanakan sejak mula siaran TV dan tidak perlu dipersoal kewujudannya untuk tujuan sedemikian. Apabila munculnya kepentingan politik kebelakangan ini, nyata kelihatan ia disalahguna dengan slogan-slogan dan kata-kata yang ingin mempengaruhi penonton atau orang ramai, menjadikan peranan kapsyen bercanggah dari tujuan asal, membikin skrin TV menjadi berserabut.

Bila diperkenalkan lagu-lagu untuk memperomosikan semangat kebangsaan dan cinta negara serta alam sekitar, kapsyen diguna secara berkesan sehingga adakalanya memenuhi skrin sama seperti yang terdapat dalam lagu-lagu untuk “karaoke”. Ini tidak mengapa juga, ia tidak membosankan bagi yang berminat. Namun apabila ia bertujuan politik ia terus tidak menemui selera yang tidak berminat.

Dalam liputan sukan dan seumpamanya banyak digunakan kapsyen untuk memudahkan penonton menghayati visual yang dilihat, tujuan yang kena pada tempatnya. Bagi jaringan gol atau keputusan sesuatu acara ia dipaparkan disebelah bawah skrin, selain dari yang biasa dilihat dipenjuru sebelah kiri bahagian atas skrin. Yang membosankan ialah kapsyen itu salah dilaksanakan. Salah satu daripadanya ia sukar dibaca. Setiap tulisan harus jelas. Sebaiknya tulisan kapsyen itu hendaklah diatas latar yang berbeza warna, yang membolehkannya timbul jelas. Kebelakangan ini dengan kecanggihan peralatan berbagai-bagai warna-warni dipaparkan sebagai latar hingga tujuan utama menimbulkan tulisan supaya mudah dibaca tidak lagi menjadi amalan. Kes “syok” sendiri petugas ini merugikan tujuan asal supaya penonton mudah faham dan menghayatinyanya. Elok juga diperingatkan, penonton terdiri dari berbagai jenis dan lapisan masyarakat, termasuk yang rabun-warna dan lambat sikit pemahamannya. Petugas RTM perlulah mengambil kira lebih berat keadaan sedemikian supaya hasil kerja mereka berkesan memberi kepuasan kepada karya masing-masing.

Crawler” pula ialah adik-beradik kapsyen yang duduk di bahagian bawah skrin juga biasanya. Tujuannya sama untuk memberi maklumat tambahan. Biasanya ia bergerak dari sebelah kanan kesebelah kiri skrin, memudahkan bacaan, sama seperti membaca buku.

 Zaman TV mula datang ke Malaysia benda ni memang tiada, tetapi setelah wujudnya kecanggihan peralatan ia mula digunakan. Mula-mula untuk memaklumkan rancangan atau siaran tergendala tetapi kini ia digunakan berluas-luasa untuk tujuan serba-serbi hingga memeningkan penonton.

Nampaknya “crawler” yang dimaksudkan lebih tertib penggunaannya – adakalanya ia digunakan bersendirian tanpa latar warna – tetapi sudah ada percubaan mewarnakan latar belakang dengan “font” yang lebih menonjol. “Font” juga adakalanya menggunakan warna berlainan. Nyatalah tujuan utamanya untuk menyampaikan maklumat berkesan adalah tepat.

Sejak timbul kecenderungan memaparkan kedudukan pasaran saham, “crawler” yang merangkak ini sudah menjadi kebiasaan diskrin terutama dalam rancangan berkaitan Pasaran Saham. Ia nampaknya amat dipengaruhi oleh badan-badan penyiaran ternama antarabangsa yang dilanggan melalui Astro atau Unifi TM. Cuba perhatikan terdapat  3 “crawler” berjalan serentak. Warna putih sebagai latarnya mungkin untuk senang dihayati bila font diwarnai gelap. Orang-orang yang terlibat dan minat pasaran-pasaran saham mungkin tahu matlamat setiap “crawler” tu. Biasanya ketiga-tiga itu bergerak dengan kepantasan yang berbeza. Mengikut pemerhatian yang sebelah atas itu laju sikit dari yang ditengah dan yang dibahagian bawah adalah paling perlahan. Sebagai bukan peminat pasaran saham penulis gagal menyatakan disini matlamat ketiga-tiga tulisan yang merangkak dibawah skrin itu. Samaada ia boleh dibaca, difahami dan dihayati, itu adalah soalan lain. Biarlah RTM membuat kajian melalui satu “survey” (kaji-selidik) dikalangan penonton dari berbagai demografi dalam hal ini.

Sarikata, ia itu “subtitles”,  juga jatuh dalam kategori yang duduk dibawah skrin TV. Ia adalah warisan dari filem tayangan dipanggong untuk memudahkan orang mengikuti dialog dan cerita khususnya dari bahasa asing kepada ibunda. Ia bukanlah ciri baru tetapi berada sejak filem wujud. Di Hollywood filem bermula tanpa dialog, iaitu bisu. Untuk memudahkan penonton faham diselitkan dialog bertulis. Apabila ianya dipasarkan kenegara-negara berbahasa lain semestinya dialog itu diterjemahkan kebahasa negara berkenaan. Lama kelamaan apabila sudah ada “sound track”, jika ia tidak dialih bahasakan, ia akan menggunakan sari-kata.

Di Malaysia terdapat filem dari berbagai bahasa yang disarikatakan kedalam bahasa Melayu. Ada juga filem berbahasa Inggeris disarikata ke bahasa China dan Melayu serentak sahingga memenuhi suku bahagian bawah skrin. Ada juga gambar Hindi yang datang kesini sedia dengan sarikata Inggeris dan dipaparkan juga bahasa Melayu. RTM menayangkan filem-filem berkenaan sehingga skrin TV dirumah berserabut dengan sarikata bahasa-bahasa yang dimaksudkan. Mungkin ini salah satu jalan singkat yang menjatuhkan kualiti tayangan. Kita tunggulah masanya tindakan diambil untuk memersihkan keadaan.

Pada satu masa dahulu sarikata dalam bahasa Melayu adalah diberi keutamaan menjadikan filem itu sebahagian dari menigkatkan peratusan bahasa Melayu dalam siaran TV-RTM.

Bila dikaji komen-komen negatif dalam media dan bualan biasa orang ramai nyata mutu sarikata masih ditahap lemah sejak mula lagi. Sarikata ini dianggap sebagai terjemahan dialog yang didengar diskrin. RTM telah melaksanakan dasar sarikata juga melibatkan penjelasan jalan cerita supaya penontonnya lebih faham maksud cerita. Masaalah yang dihadapi oleh RTM mungkin mendapatkan orang-orang yang betul-betul pakar dalam kedua-dua bahasa yang terlibat. Rasanya orang-orang yang pakar itu mungkin menerima tawaran yang lebih lumayan dalam bidang terjemahan dibidang lain seperti penerbitan buku atau syarikat yang memerlukan banyak terjemahan termasuk antaranya dibidang pemasaran dan penerbitan iklan.

Kemungkinan besar yang tinggal melakukan sarikata untuk RTM ialah lepasan baru dari sekolah dan mereka yang tidak menerima tawaran yang disebutkan itu, kurang pengalaman dan hasil kerja tidak tinggi mutu. Kerana kurang pengalaman dan kurang mendalam dalam bahasa yang terlibat khususnya Bahasa Melayu dan Inggeris, terjadilah salah terjemahan yang tidak tepat maksud dalam bahasa asal, sehingga melucukan. Antara contoh kelasik ialah cerita jenayah apabila kerekter disuruh menembak “fire fire” disebut dalam bahasa Melayu “api api” yang sepatutnya dicatat “tembak tembak”. Kes seperti ini bukan sahaja membebankan RTM kerana ianya berlaku juga di badan-badan penyiaran lain, Media Prima dan Astro, sebagai satu yang berkekalan.

Oleh kerana bahagian bawah skrin itu telah digunakan ketahap maksimum untuk tujuan yang disebutkan, ada usaha dibuat untuk menggunakan bahagian atas pula. Namun ini kurang popular, mungkin pemandangan mata penonton lebih mudah menangkap gambar dan paparan dibawah. Sungguhpon begitu masih diperaktikkan juga penggunaan bahagian atas itu untuk paparan yang ringkas seperti pengenalan stesen penyiaran melalui logonya serta menyatakan siaran yang ditonton adalah dibuat “live” atau secara langsung diletak dipenjuru atas sebelah kanan. Kini sudah menjadi kebiasaan dalam liputan sukan khususnya untuk memberi keputusan, kedudukan perlawanan, pasukan yang terlibat serta waktu berlangsung termasuk baki perlawanan. Tanpa maklumat ini adakalanya penonton tidak puas hati. Ini adalah hasil kecanggihan peralatan teknikal.

Dengan tujuan meningkatkan peratusan penggunaan bahasa Melayu di RTM usaha dibuat untuk mengalih-bahasakan filem-filem dan penerbitan negara-negara luar kedalam bahasa Melayu. Pada mulanya RTM mempunyai unit tersendiri untuk tujuan alih-bahasa tetapi kini nampaknya unit itu kurang aktif kecuali untuk mengalih-bahasa penerbitan dokumentari bahasa asing. Dulu RTM rajin mengalih-bahasa cerita-cerita katun, drama-drama dan selainya. Mungkin masaalah lojistik khususnya dalam bidang bakat menyebabkannya lebih cenderong lapangan alih-bahasa diswastakan. Ini berlaku ketika RTM menggalakkan penerbitan swasta yang sudah menjadi sebahagian dari bidang penyiaran. Pengswastaan kini ialah satu industri yang lumayan. Terdapat banyak syarikat yang mempunyai studio sendiri untuk tujuan “dubbingalih-suara. Kini penerbitan asing khususnya dari Korea, Jepun, China, Asia-Barat, negara Latin dan Barat sudah banyak dialih-bahasa, memberi pekerjaan kepada ramai bakat-bakat lakonan dan penerbitan serta teknikal.

Perkara yang kurang mendapat perhatian oleh yang berkuasa dan dipandang ringan ini banyak membantu penonton menghayati apa yang terpampang diskrin. Dengan demikian wajarlah RTM mengambil berat keatasnya demi menjaga marwah serta kualiti siarannya.



Wednesday, March 28, 2012

Dont Waste Time & Effort RTM



Jangan Buang Masa dan Kudrat RTM

Hampir masuk setengah abad Televisyen-RTM masih berpegang kuat pada tradisi lama sejak ia wujud pada tahun 1963 dalam bidang Penerbitan rancangan dan siarannya. Menjelang sambutan Hari RTM ke 66 pada bulan April ini mari kita kaji satu cabang dalam bidang ini yang dianggap sebagai “Standard Operating Procedure” (SOP), iaitu keperluan mengadakan “credit line” (penghargaan) kepada yang menyumbang kepada sesuatu penerbitan dan siaran dikalangan staf.

Bidang penghargaan ini nampaknya sudah melarat kepada cabang Radio RTM secara meluas juga.

Perkara ini perlu dikaji semula dan diperbetul dalam keadaan yang serba canggih dimana manusia mengejar masa, bukannya nama.

“Credit line” amat penting dalam bidang “marketing” (pemasaran) untuk memperomosikan produk tetapi untuk RTM ia tidak perlu berbuat demikian untuk nama-nama dibelakang tabir yang begitu ramai bertugas sepanjang hari dan malam dalam berbagai jenis rancangan dan siarannya. Ini sudah tidak sesuai dengan keadaan semasa.

Satu masa dahulu ia digalakkan supaya semua yang menonton tahu siapa yang bertugas. Itu zaman dimana siaran amat terbatas waktunya. Dalam keadaan siaran sepanjang hari dan malam ini sudah tentu ia tidak menjadi perhatian lagi kecuali kepada saudara-mara, sahabat-taulan atau bos-bos yang mungkin tiada masa membaca senarai penghargaan itu.

Sebagai jabatan kerjaan mungkin senarai itu difikirkan penting oleh petugas untuk mempromosi imej masing-masing khususnya apabila tiba urusan naik pangkat. Nyata penilaian sedemikian meleset dari segi asset waktu siaran dan tenaga kerja sendiri. Jika dikaji betul-betul sesetengah pekerja hanya memberi sumbangan  segelintir sahaja kepada penebitan yang dirakam tetapi nama mereka tetap berada disitu sebaris senarai tulang belakang penerbitan walaupon tanpa kehadiran dikeseluruhan penerbitan.

Yang nyata apabila senarai penghargaan itu panjang berjela atau sudah kesempitan masa, ia akan bergerak begitu pantas hingga tidak dapat dibaca walaupon oleh mereka yang dikata “fast reader”. Inilah yang menyebabkan timbul pertanyaan apakah perlu terus diwujudkan senarai penghargaan apabila tiada siapa yang dapat membaca, menilai dan menghayatinya.

Menyediakan senarai itu untuk rakaman atau siaran mengambil masa yang menjadi beban kepada staf yang bertanggung-jawab melaksananya. Dia terpaksa mencari-cari butiran tepat. Jika tidak besar kemungkinan orang yang tidak terlibat dalam produksi itu yang terpampang namanya diskrin. Tak perlulah disebut perumpamaan yang bersabit. Sudah tentu menimbulkan kekecohan dan masam muka antara petugas.

Untuk menyelesaikan perkara ini, eluklah diteruskan amalan menyedia buku “log” (catatan) dimana nama setiap petugas dicatat sendiri oleh tuan punya nama. Buku catatan ini boleh lah diperiksa oleh bos-bos untuk tujuan yang dikenal pasti mereka. Mungkin dizaman canggih yang tidak memerlukan “paper work” ada cara lain melaksananya. Namun yang penting disini ialah membersihkan skrin penerbitan dan siaran dari senarai yang dianggap sebagai “redundant” (tak berguna) ketinggalan zaman.

Penyakit ini sudah menjangkit ke Radio-RTM dimana tidak berhenti-henti juruhebah menyebut nama-nama pembantunya serta juruteknik bertugas dengannya. Bagi Pembaca Berita pula ia menyebut nama Penyunting Berita. Zaman dahulu dan dibadan penyiaran Radio utama dunia nama-nama sedemikian tidak pernah terdengar. Hairan juga mengapa Radio RTM perlu berlainan. Ia lebih membazir waktu sahaja atau mungkin Radio RTM ingin mengisi masa terluang tetapi setiap berita nampaknya mereka sungguh mengejar masa kerana terlalu banyak sangat berita perlu disampaikan.

Sebagai nota terakhir lihatlah badan penyiaran berbayar satelit ASTRO. Ia tidak menyelitkan “credit line” pekerja-pekerjanya dalam penerbitan dan siaran, mungkin kerana bahan-bahan itu adalah hak mutlak badan itu. Ia hanya mencatat dipenghujung rancangan atau siaran hanya “copyright reserved ASTRO”. Ia TV-RTM juga berbuat demikian tetapi hanya selepas berserabut dengan “credit line” yang entah apa tujuan.

Sempena Ulangtahun Hari RTM ke 66, mohon moga RTM mengorak langkah meninggalkan amalan “credit line” dari penerbitan dan siarannya supaya ianya lebih bersih dan serba canggih, seterusnya tidak membuang masa dan kudrat.

Selamat menyambut Ulangtahun Hari RTM.



Wednesday, March 14, 2012

Malaysia at the Olympic Games.



Since this is the Olympic year (London 2012), I have decided to open my archive and record book of the events of Malaysia participation beginning 1956. The statistic may be of no interest to many but it will be helpful to those who support the Malaysian team. I hope they will find it useful and bring back memories to all especially the participants. I will appreciate for any corrections in the facts of this article. Your comments would be highly appreciated.

As my records were in Malay due to work commitment as a broadcaster at Radio Malaysia and later Radio-Television Malaysia (RTM), I have decided to post this in the original text (Malay):

Penyertaan Malaysia Dalam Sukan Olimpik sejak 1956.

Sebelum tertubuhnya Majlis Olimpik Persekutuan Tanah Melayu (OCM) pada tahun 1953 dan pengiktirafannya oleh Majlis Olimpik Antarabangsa IOC pada tahun 1954, beberapa peserta dari Malaya mungkin pernah mengambil bahagian dalam Sukan Olimpik, mewakili negara asal mereka, seperti China dan India. Selepas diiktiraf IOC pada tahun 1954 OCM pada masa itu buat julung kali menghantar satu kontijen seramai 33 peserta dari 6 jenis sukan untuk mengambil bahagian dalam Sukan Olimpik 1956 di Melbourne. Sejak itu Majlis Olimpik Malaysia OCM yang dikenali sejak 1964, telah mengambil bahagian dalam semua Sukan Olimpik, kecuali Moscow tahun 1980.

Melbourne 1956:

Kontijen Persekutuan Tanah Melayu (Malaya) ke Sukan Olimpik Melbourne tahun 1956 terdiri dari 6 Olahraga, 2 perenang, 18 pemain Hoki, 3 ahli Angkat Berat dan 4 penembak. Hanya seorang sahaja peserta wanita dalam kontijen ini Ms Annie Choong, ahli olahraga. Antara peserta ialah Koh Eng Tong pemenang Pingat Emas Sukan British Empire 1950 dalam bahagian Featherweight dan Tan Kim Bee Pingat Perak Light Heavyweight. Pasukan Hoki menduduki tempat ke 9 dari 12 pasukan. Chef de Mission ialah Herman Marie de Souza (Hoki) dan Pembawa Bendera ialah Tan Kim Bee (Angkat Berat)

Olahraga: M. Harichandra, S. Karuppiah Pereira, Rahim Ahmad, Raja Azlan, Lee Kah Fook, Annie Choong (W)
Angkat Berat: Chan Pak Lum, Koh Eng Tong, Tan Kim Bee.
Renang: Fong Seow Hor, Lim Heng Chek.
Menembak: Liew Foh Shin, Moe Fu Kiat, Ng Tow Foo, Joseph Chong.
Hoki:  S. Selvanayagam, Wilfred Vias, Peter Van Huizen, T. Nadarajah, N. Shanmuganathan, P.Alagendra, Chuah Eng Cheng, Gian Singh, P. Sankey, G.D. Toft, M.F. Shepherdson, Hamzah Shamsuddin, S. Devendran, Sheik Ali, T. Lawrence, A. Karim, N. Arul, Chuah Eng Kim.
[Nota: Gabuh Piging dan Sium bin Diau menyertai acara Olahraga Lompat Kijang mewakili North Borneo]


1960 -  Rome:

Terdiri dari 9 peserta dari 4 jenis sukan, ini adalah kontijen Malaysia paling kecil dalam sebarang Olimpik. Ianya mengandungi 3 olahraga, 2 perenang, 2 penembak dan 2 angkat-berat. Chef de Mission ialah Lim Kee Seong (Bolasepak) dan Pembawa Bendera ialah Shaharudin Mohd. Ali (Olahraga).

Olahraga:  Kamaruddin Maidin, M. Jegathesan, Shahrudin Mohd. Ali
Angkat Berat: Kuan King Lam, Chung Kam Weng.
Renang:  Fong Seow, Hor Fong Seow Jit.
Menermbak:  Ong Hock Eng, Chan Kooi Chye

1964 – Tokyo

Malaysia telah ditubuhkan pada September 1963, apabila bersekutunya Sabah, Sarawak dan Singapura dengan Persekutuan Tanah Melayu (Malaya). Kontijen Malaysia ke Tokyo 1964 termasuk ahli sukan dari Sabah, Sarawak dan Singapura. Kontijen  seramai 66 ahli sukan itu masih lagi yang paling ramai menyertai Sukan Olimpik hingga kini. Ianya terdiri dari 12 olahraga termasuk seorang wanita, 7 perenang 3 darinya wanita, 18 pemain hoki, 2 peninju, 6 angkat  berat, 7 penembak, 9 pelumba basikal, seorang pelawan pedang dan 2 orang mewakili tiap satu acara Judo dan Gusti. Pasukan Hoki sekali lagi menduduki tempat ke 9.

M.Jegathesan ialah ahli olahraga Malaysia yang pertama layak ke Separuh-Akhir dalam acara 200 meter. Dalam saringan 5 Pusingan Pertama dia mencatat 20.9 saat, yang masih lagi rekod Malaysia hingga sekarang. Dalam saringan masa 21.2 saat melayakkannya ke Separuh Akhir.Dia mencatat 21.4 dalam separuh-Akhir tetapi tersingkir. Chef de Mission ialah Dato’ Donald Stephen. Pembawa Bendera ialah Kuda Ditta (Olahraga).

Olahraga:   A. Victor,  C. Kunalan,  Dilbagh Singh Kler, John Dukom,  M. Jegathesan,  K.Selvaratnam,  Kuda Ditta,  M. Rajamani (W),  Mazlan Hamzah,  Mohd. Abdul Rahman, Nashatar Singh Sidhu,  R. Subramaniam.
Angkat Berat:  Boo Kim Siang,  Chua Phung Kim,  Chung Kum Eng,  Leong Chin Seong,  Lim Hiang Kok,  Tan Howe Liang.
Menembak:   Dennis Filmer, Goh Tai Yong,  Kok Kum Woh,  Loh Ah Chee,  Tang Peng Choy,  Weng Foo Wah,  Yap Pow Thong.
Renang:  Bernand Chan Cheng Wah,  Cheah Tong Kim,  Michael Eu Seong Chin,  Tan Thuan Heng,  Jovina Tseng (W),  Molly Tay Chin Say (W),  Mriana Jolly (W ).
Tin ju:  G.Ramkrishnan,  Jumaat Ibrahim.
Basikal:  Andrew Michael,  Choy Mow Thin,  Supaat Hamid,  Salam Kamsari,  Ng Joo Pong , N.A. Rosli,  Zain Safaruddin,  Stephen Lim Tian San,  Tuow Choon Boon.
Lawan Pedang:  Ronnie Ignatius Theseira.
Hoki:  Arumugam Sabapathy,  Kartar Singh s/o Chandra Singh,  Chelliah Paramalingam,  Ranjit Singh s/o Gurdit Singh,  Ho Kok Chye,  Kandiah Anandarajah,  Koh Hock Seng,  Kumaratnam Alagaratnam,  Lim Fung Chong,  Manikam Shanmuganathan , Manir Uddin  Anwarul Haq,  Michael Arulraj,  Munusamy  Doraisamy,  Nonis Douglas Paul,  Rajaratnam Yogeswaran,  Sinnathamy Kanangalingam,  Tara Singh Sidhu,  Lawrence J. Van Huizen.
Judo:  Ang Teck Bee,  Moorthy Kanapathy Sathia.
Gusti:  Liang Soon Hin,  Tham Kook Chin.

1968 – Mexico

 Kontijen Malaysia ke Mexico 1968 berjumlah 33 orang dari 4 jenis sukan. Tiada peserta dari Singapura kerana ia keluar dari Malaysia pada tahun 1965 untuk menjadi negara berasingan. Kontijen Malaysia terdiri dari 11 Olahraga, 18 pemain Hoki, 2 Basikal dan 2 Angkat Berat. Tiada penyertaan wanita. Pasukan Hoki menduduki tempat ke 15 dari 16 pasukan.

M. Jegathesan mengulangi kebolehan 4 tahun dahulu di Rome, melayakkan diri ke Separuh-Akhir 200 meter. Masanya di Pusingan Pertama 20.9 saat, Pusingan Kedua 21.0 saat dan di Separuh Akhir juga 21.00 saat. Chef de Mission ialah Khaw Kai Boh (Bola Keranjang). Pembawa Bendera ialah Nashatar Singh Sidhu.

Olahraga:   M. Jegathesan,  Rajalingam Gunaratnam,  Arirvatham Victor,  Ramasamy Subramaniam,  Ishtiaq Mubarak,  Ahmad Zambrose Abdul Rahman,  Tambusamy Krishnan,  Ooi Hock Lim,  Nashatar Singh Sidhu,  Mohd. Ariffin , Anthony Chong.
Angkat Berat:   Leong Chin Seong,  Eun Tin Loy.
Basikal:  Ng Joo Pong,  Johari Ramli,
Hoki:   Ho Kok Chye,  Loong Whey Pyu,  A. Velavantheran,  Sri Shanmuganathan,  Ranjit Singh,  Michael Arul Raj,  K. Alagaratnam,  J. Johnson,  Savinder Singh,  Ameenuddin Bin Md. Ibrahim,  A. Sabapathy,  Kuldip Singh,  Yang Siow Meng,  Koh Chong Jin,  Koh Hock Seng,  Harnahal Singh,  R. Yogeswaran,  S. Jeevajothy.

Munich - 1972

Kontijen Malaysia ke Munich 1972 terdiri dari 57 peserta ialah jumlah kedua terbesar dalam penyertaan Olimpik setakat ini. Pertama kali dalam sejarah Malaysia, pasukan Bolasepak layak ke Sukan Olimpik. Badminton diperkenal sebagai pertunjukkan, 3 pemain mengambil bahagian. Olahraga terdiri 11 peserta dengan 2 wanita, perenang terdiri seorang lelaki dan seorang wanita, seorang penembak dan 4 pelumba basikal. Pasukan Hoki menduduki tempat ke-8 dari 12 pasukan. Pasukan Bolasepak bermain dalam Kumpulan A bersama German Barat, Maghribi dan USA. Setelah kalah kalah 0-3 kepada Germany, menang 3-0 keatas USA dan akhirnya kalah kepada Maghribi 0-6, pasukan bolasepak telah tersingkir. Chef de Mission ialah Dato’; Harun Idris (Bolasepak). Pembawa Bendera ialah Mohamad Bakar (Bolasepak)

Olahraga:    Ishtiaq Mobarak,  Zainuddin Abd. Wahab,  S. Sabapathy,  S. Sivaraman,  Mohd. Hassan Bin Osman,  P. Peyadesa,  T. Krishnan, Gladys Chai Ng Mei (W),  Junaidah Aman (W).
Badminton:   Ng Boon Bee,  P. Gunalan,  Tan Aik Mong.
Basikal:   Daud Ibrahim,  A. B. Rahim,  Saad Fadzin,  Omar Haji Saad.
Menembak:   Wong Foo Wah.
Renang:   Chiang Jin Choon,  Ong Mei Lin.
Hoki:   Khairuddin Zainal,  Takbir Ahmad,  A. Belvantheran,  N. Sri Shanmuganathan,  Brian Sta Maria,  S. Balasigam,  Wong Choon Hin  Phang Poh Meng,  R. Ramakrishnan,  Randir Singh,  Harnabal Singh,  Yang Siow Ming,  Ausop Bin Maidin,  Franco De Cruz,  Samat Sayed,  M. Mahendran,  Mohd. Razali,  Sulaiman Saibot,  R. Pathmarajah.
Bolasepak:   M. Chandran,  Bahwandi Hiralal,  Osman Abdullah,  Salleh Ibrahim, Mohd. Bakar,  Zawawi Yusoff,  Harun Jusoh,  Shaharuddin Abdullah,  V. Krishnasamy,  Ali Bakar,  Rahim Abdullah,  Wong Kam Fook,  Looi Loon Teik,  Khoo Luan Khen,  Lim Fung Kee,  Soh Chin Aun,  Wong Choom Wah,  Namat Abdullah,  Hamzah Hussein.

Montreal 1976

Kontijen seramai 23 orang boleh dikira kecil, terdiri 3 Olahraga, seorang perenang, 2 penembak dan seorang berbasikal. Tiada wanita dalam kontijen. Pasukan Hoki menduduki tempat ke-9. Ishtiaq Mubarak ialah ahli Olahraga Malaysia kedua yang melayakkan diri ke Saparuh-Akhir. Dalam acara 110 meter Lompat Pagar mencatat masa  14.27 saat dan Saringan ke-2 untuk ke Separuh-Akhir, dimana dia mencatat masa 14.21 saat dan tersingkir. Chef de Mission ialah DYMM Sultan Azlan Shah (Hoki). Pembawa Bendera ialah Ishtiaq Mubarak (Olahraga)

Olahraga:   Ishtiaq Mobarak,  Ramli Ahmad,  Khoo Chong Beng.  
Renang:    Chiang Jin Choon .
Basikal:   Yahya Ahmad.
Menembak:   Ally Ong Tai Hong, E. J. H. Yong.
Hoki:    N. Sri Shanmuganathan,  Khairuddin   A. Francis,  S. Balasingam  M. Mahendran , Wong Choon Hin  R. Ramakrishnan,  R. Pathmarajah,  N. Padanisamy  Poon Fook Loke,  Ow Soon Kooi,  Lam Kok Meng,  Azaari Mohd. Zain,  Mohinder Singh,  Anthony Leon Ignas Cruz,  Avtar Singh Gill.

Moscow 1980 – Pemulauan.

Malaysia tidak mengambil bahagian dalam Olimpik Moscow 1980 atas sebab yang tidak dapaty dielak. Bagaimanapon, perlu dicatatkan bahawa pasukan Bolsepak dan Hoki kebangsaan telah layak untuk menyertai Olimpik 1980 itu.

Los Angeles 1984

Malaysia menghantar kontijen kecil ke Los Angeles 1984, sejumlah 20 ahli sukan. Hoki mendominasi kontijen dengan 16 pemain. Olahraga, Renang (wanita), Menembak, dan Basikal masing-masing diwakili oleh seorang peserta. Pasukan Hoki menduduki tempat ke 11 dari 12 peserta. Chef de Mission ialah Tunku Adnan bin Tunku Besar Burhanuddin. Pembawa Bendera ialah Sabiahmad Abdul Ahad (Menembak)

Olahraga:   B. Rajakumar.
Basikal:  Rosman Alwi,
Menembak:  Sabiahmad Abd. Ahad.
Renang:  Helen Chow (W).
Hoki:  Ahmad Fadzil,  Colin Santa Maria,  Foo Keat Seong,  Jagjit Singh,  Kevin Nunis,  Michael Chew,  Ow Soon Kooi,  Poon Fook Loke,  S. Murugasen,  Stephen Van Huizen, Sarjit Singh,  Sukhvinderjeet Singh,  Tam Chew Seng.  Soon Mustafa,  Yahya Atan,  Zulkifli Abbas.
.
Seoul 1988

Buat kali kedua dalam sejarah Olimpik Malaysia pasukan Hokinya tidak layak ke Sukan Olimpik. Dengan itu kontijen Malaysia ialah yang paling kecil sejak 1960, terdiri dari 2 olahraga (seorang wanita), 2 Renang ( seorang wanita), 2 Basikal, 1 Tembak dan 2 pemain Ping Pong wanita. Badminton dan Taekwando ialah 2 sukan pertunjukkan. 2 pemain Badminton dan 4 pakar Taekwando mengambil bahagian. Chef de Mission ialah Tunku Imran (Squasy). Pembawa Bendera ialah Nordin Jadi (Olahraga).

Olahraga:   Nordin Mohd. Jadi ,  Josepheine Mary (W).
Basikal:   Kumaresan M.,  Rosman Alwi.
Menembak:  Jimmy Chin.
Renang:   Nurul Huda Abdullah (W),  Jeffrey Ong Kuan Seng.
Ping Pong:  Leong Mee Wan (W),  Lau Wai Cheng (W).
Taekwando:   Ong Bee Eng,  Chai Saew Yuen,  Vasugi M. (W),  Yong Po Po (W).
Badminton:  Mohd Razif Hj Mohd Sidek,  Mohd Jalani Hj Mohd Sidek.

Barcelona 1992

Badminton dengan resmi menjadi acara Sukan Olimpik buat pertama kalinya di Barcelona 1992. Pemain badminton telah diduga memenangi pingat pertama Sukan Olimpik untuk Malaysia. Menguatkan lagi harapan ini apabila Malaysia memenangi Piala Thomas, Kejohanan Badminton Berpasukan Dunia yang ulung 4 bulan dahulu setelah 26 tahun.
Pemain badminton tidak mengecewakan penyokong-penyokong nya dan Malaysia memenangi pingat Olimpiknya yang pertama. Pingat Gangsa dimenangi oleh adik beradik Razif dan Jalani Sidek dalam acara Bergu Lelaki.
Pasukan Hoki kembali ke Sukan Olimpik. Kontijen terdiri dari 16 pemain Hoki, 1 Olahraga, 1 Renang,1 Tembak, 1 Basikal, dan 6 Badminton. Sekali lagi Taekwando menjadi sukan demonstrasi. 2 pakar wanita mengambil bahagian di Barcelona. Pasukan Hoki menduduki tempat ke 9 dari 12 pasukan. Chef de Mission ialah Tan Sri Elyas Omar (Badminton) dan Pembawa Bendera ialah Razif Sidik (Badminton)

Olahraga:   Nur Herman Majid.
Basikal:   Kumaresan M..
Menembak:   Kaw Fun Ying.  
Renang:   Jeffrey Ong Kuan Seng.
Taekwando:   Hii King Hung,  Sarah Chung Pit Jin.  
Badminton:   Rashid Sidek,  Foo Kok Keong,  Razif Sidek,  Jalani Sidek,  Cheah Soon Kit,  Soo Beng Kiang.
Hoki:   Gary Vernon Fidelis,  Lim Chiow Chuan,  Minarwan Nawawi,  Mohamad Abdul Hadi,  Nor Saiful Zaini,  Paul Lopez,  Sarjit Singh,  Soon Mustafa Karim,  Tai Beng Hai,  Shankar Ramu,  Lailin Abu Hassan,  A. Anantha Sambu Mayavo,  Ahmad Fadzil Zainal Abidin,  Dharma Raj Kanniah,  S. Suria Ghandi.

Atlanta 1996:

Buat pertama kali dalam Sukan Olimpik Malaysia mengambil bahagian dalam acara Kapal Layar dan Salom Canoeing, masing-masing diwakili oleh seorang peserta. Kontijen teridiri dari 4 Olahraga, 5 Renang (1 wanita), 16 pemain Hoki, 1 Tinju, 1 Tembak dan 7 pemain Badminton (1 wanita) menjadikan jumlahnya 36 peserta. Seperti dijangkan Malaysia menang Pingat Perak melalui pasangan Bergu lelaki Cheah Soon Kit dan Yap Kin Hock, serta Pingat Gangsa di acara Persaorangan lelaki melalui Rashid Sidek. Chef de Mission ialah Dato’ Dr. Abdullah Fadzil Che’ Wan (Badminton) dan Pembawa Bendera ialah Nor Saiful Zaini Nasir-ud-Din, ketua pasukan Hoki.

Olahraga:    Nur Herman Majid, Watson Nyambek, Loo Kum Zee, Annastasia Karen Raj.  
Badminton:    Rashid Sidek, Ong Ewe Hock, Cheah Soon Kit, Yap Kim Hock, Soo Beng Kiang, Tan Kim Her, Chan Chia Fong.  
Menembak:   Kaw Fun Ying.  
Renang:   Anthony Ang Kang Keam, Elvin Chia Tshun Thau, Wan Azlan Abdullah, Alex Lim Keng Liat, Tay Li Leng.
Kapal Layar:    Kevin Lim Leong Keat.   
Tinju:   Sapol Biki.  
Canoe:   Salehhuddin Ayob.
Hoki (Lelaki):   Brian Jaya Siva,  Lam Mun Fatt,  Shankar Ramu,  Mirnawan Nawawi,  Hamdan Hamzah,  Chairil Anwar Abdul Aziz,  Lailin Abu Hassan,  Kuhan Shanmuganathan,  Calvin Ronnie Fernandez,  Nor Saiful Zaini Nasiruddin,  Kaliswaran Muniandy,  Mohd Nasihin Nubli Ibrahim,  Lim Chiow Chuan,  Charles Aitken David,  Maninderjit Singh,  Aphtar Singh.

Sydney 2000

Malaysia mengambil bahagian dalam 9 jenis sukan dengan 41 peserta di Sydney 2000. Badminton diwakili 6 peserta gagal menunjukkan kecemerlangan di Atlanta 1996, dengan Chong Tan Fook dan Lee Wan Wah gagal di perlawanan menentukan Pingat Gangsa. Peserta acara Sukan lain: Olahraga 2, Menembak 1, Renang 9, Kapal Layar 1, Jimnastik 1, Diving 4, Hoki 16 dan Tekwando 1. Pasukan Hoki hanya menduduki tempat ke 11. Chef de Mission ialah Tan Sri P. Alagendra sementara Pembawa Bendera ialah Minarwan Nawawi (Hoki)

Olahraga:  Watson Nyambek, Yuen Yu Fang.  
Badminton:   Ong Ewe Hock, Cheah Soon Kit, Yap Kim Hock, Wong Choong Hann, Lee Wan Wah, Choong Tan Fook.  
Menembak:   Irina Maharani.  
Renang:    Elvin Chia Tshun Thau, Wan Azlan Abdullah, Alex Lim Keng Liat, Anthony Ang Kang Keam, Allen Ong Hou Ming, Dieung Anak Mannang, Sia Wai Yen, Siow Yi Ting, Marilyn Chua Yu Ching.  
Kapal Layar:   Kevin Lim Leong Keat.  
Jimnastik:     Au Li Yen.
Diving:     Yeoh Ken Nee, Azreen Bahari, Leong Mun Yee, Farah Begum Abdullah (tidak amnbil bahagian – kerana cedera).
Hoki (Lelaki):    Jiwa Mohan,  K. Keevan Raj,  Suhaimi Ibrahim,  Mirnawan Nawawi,  Chua Boon Huat,  Maninderjit Singh,  Kuhan Shanmuganathan,  Calvin Ronnie Fernandez,  Roslan Jamaluddin,  Mohd. Nasihin Nubli,  Chairil Anwar A. Aziz,  Shaiful Azli Bin Abdul Rahman,  Nor Azlan Bakar,  Nor Saiful Zaini,  K. Gobinathan,  Mohd. Madzli Ikmar .
Taekwando:    Lee Wan Yuen.

Athens 2004

Penyertaan di Athens 2004 ialah dalam 11 jenis sukan diwakili 26 peserta. Tempat kelahiran Sukan Olimpik ini gagal membawa sebarang kejayaan kepada kontijen Malaysia. Perwakilan Malaysia ialah: Basikal 1, Badminton 9, Menembak 2, Renang 4, Kapal Layar 1, Artistik Jimnastik Lelaki 1, Diving 3, Memanah 1 Taekwando 1, Angkat Berat 1 dan Olahraga 2.  Dato’ Dr. M. Jegathesan bekas jagoh pelari pantas Malaysia di Sukan Olimpik ialah Chef de Mission bersempena ulangtahun ke 100 Sukan Olimpik di Athens . Pembawa Bendera pula ialah Bryan Nickson Lomas (Diving).

Basikal:  Josiah Ng Oon Lam (Track). 
Badminton:   Lee Chong Wei, Roslin Hashim, Wong Choong Hann, Chan Chong Ming & Chew Choon Eng,  Choong Tan Fook & Lee Wan Wah, Wong Pei Tty & Chin Eei Hui (F). 
Menembak:   Ricky Teh Chee Fei (Skeet), Bernard Yeoh Cheng Han (Trap). 
Renang:   Lim Keng Liat, Saw Yi Khy, Allen Ong Hou Ming, Siow Yi Teng (F). 
Kapal Layar:   Kevin Lim Leong Keat (Laser). 
Artistik Jimnastik Lelaki:   Ng Shu Wai. 
Diving:    Leong Mun Yee (F), Gracie Junita Terry Pego (F), Bryan Nickson Lomas. 
Memanah:  Mon Redee Sut Txi (F). 
Taekwando:   Elaine Teo Shueh Fhern (F). 
Angkat Berat:    Muhammad Faizal Baharom. 
Olahraga:     Nazmizan Muhammad,  Yuan Yu Fang (F).

Beijing 2008

Malaysia di wakili 33 peserta dalam 9 jenis sukan, ialah kontijennya yang  terbesar sejak Melbourne 1956. Lee Chong Wei berjaya memenangi Pingat Perak setelah kalah kepada jaguh tuan rumah Lin Dan di perlawanan akhir Perseorangan Lelaki acara Badminton. Ini adalah pingat yang pertama sejak 12 tahun yang lalu, menjadi jumlah pungutan pingat negara 4 semua sekali. Ia juga ialah Pingat Perak kedua dalam sejarah penyertaan Malaysia di Sukan Olimpik sejak menyertainya 1956. Penyertaan Malaysia di Beijing ialah: Renang 5, Diving 4, Memanah 3, Olahraga 3,  Badminton 9, Basikal 4, Kapal Layar 1, Menembak 1. Taekwando 2, dan Angkat Berat1. Chef de Mission ialah Dato Ho Koh Chye seorang lagi bekas jagoh Olimpik Malaysia dalam acara Hoki. Pembawa Bendera ialah Mohd Azizulhasni Awang (Basikal).

Renang:   Daniel William Henry Bego, Stow Yi Ting (F), Khoo Cai Lin (F), Lew Yih Wey (F), Leung Chii Lin (F.)
Diving:   Bryan Nickson Lomas, Leong Mun Yee (F), Elizabeth Jimie (F), Pandelela Rinong (F),
Memanah:   Cheng Chu Sian, Muhammad Marbawi Sulaiman,  Wan Mohd Khalmizam Wan Ab. Aziz.
Olahraga:   Lee Hup Wei, Roslinda Binti Samsu (F),  Yuan Yu Fang (F),
Badminton:   Lee Chong Wei, Wong Choong Hann, Koo Kien Keat, Tan Boon Heong, Choong Tan Fook, Lee Wan Wah, Wong Mew Choo (F),  Wong Pei Tty (F), Chin Eei Hui (F).
Basikal:   Mohd Azizulhasni Awang,  Josiah Ng Onn Lam, Mohd Rizal Tisin, Muhammad Edrus Md Yunos.
Kapal Layar:   Dr. Kevin Lim Leong Keat.
Menembak:   Hasli Izwan Amir Hasan.
Taekwando:  Elaine Teo Shueh Fhern (F), Che Chew Chan (F).
Angkat Berat:   Amirul Hamizan Ibrahim.

London 2012

Chef de Mission: Tun Ahmad Sarji bin Abdul Hamid.

Pungutan Pingat Malaysia di Sukan Olimpik.

Pada tahun 1956 hingga 1988, 2000 dan 2004 kontijen Malaysia tidak memenangi sebarang pingat.

Sukan Olimpik XXV – Barcelona 1992.
Adik beradik Radzif Sidek dan Jalani Sidek memenagi pingat Olimpik untuk Malaysia yang ulung bila berjaya memungut Pingat Gangsa dalam acara Bergu Lelaki.

Sukan Olimpik XXVI – Atlanta 1996.
Cheah Soon Kita dan Yap Kim Hock berjaya memenagi pingat Olimpik kedua untuk Malaysia apabila mereka memperolehi Pingat Perak dalam acara Badminton Bergu Lelaki. Rashid Sidik berjaya mengikuti jejak abang-abangnya 4 tahun dahulu apabila dia memungut Pingat Gangsa dalam acara Badminton Persaorangan Lelaki.
Sukan Olimpik XXIX – Beijing 2008.

Lee Chong Wei berjaya memenangi pingat Olimpik yang ke empat untuk Malaysia bila dia memperolehi Pingat Perak dalam acara Badminton Lelaki Persaorangan.