Wednesday, March 28, 2012

Dont Waste Time & Effort RTM



Jangan Buang Masa dan Kudrat RTM

Hampir masuk setengah abad Televisyen-RTM masih berpegang kuat pada tradisi lama sejak ia wujud pada tahun 1963 dalam bidang Penerbitan rancangan dan siarannya. Menjelang sambutan Hari RTM ke 66 pada bulan April ini mari kita kaji satu cabang dalam bidang ini yang dianggap sebagai “Standard Operating Procedure” (SOP), iaitu keperluan mengadakan “credit line” (penghargaan) kepada yang menyumbang kepada sesuatu penerbitan dan siaran dikalangan staf.

Bidang penghargaan ini nampaknya sudah melarat kepada cabang Radio RTM secara meluas juga.

Perkara ini perlu dikaji semula dan diperbetul dalam keadaan yang serba canggih dimana manusia mengejar masa, bukannya nama.

“Credit line” amat penting dalam bidang “marketing” (pemasaran) untuk memperomosikan produk tetapi untuk RTM ia tidak perlu berbuat demikian untuk nama-nama dibelakang tabir yang begitu ramai bertugas sepanjang hari dan malam dalam berbagai jenis rancangan dan siarannya. Ini sudah tidak sesuai dengan keadaan semasa.

Satu masa dahulu ia digalakkan supaya semua yang menonton tahu siapa yang bertugas. Itu zaman dimana siaran amat terbatas waktunya. Dalam keadaan siaran sepanjang hari dan malam ini sudah tentu ia tidak menjadi perhatian lagi kecuali kepada saudara-mara, sahabat-taulan atau bos-bos yang mungkin tiada masa membaca senarai penghargaan itu.

Sebagai jabatan kerjaan mungkin senarai itu difikirkan penting oleh petugas untuk mempromosi imej masing-masing khususnya apabila tiba urusan naik pangkat. Nyata penilaian sedemikian meleset dari segi asset waktu siaran dan tenaga kerja sendiri. Jika dikaji betul-betul sesetengah pekerja hanya memberi sumbangan  segelintir sahaja kepada penebitan yang dirakam tetapi nama mereka tetap berada disitu sebaris senarai tulang belakang penerbitan walaupon tanpa kehadiran dikeseluruhan penerbitan.

Yang nyata apabila senarai penghargaan itu panjang berjela atau sudah kesempitan masa, ia akan bergerak begitu pantas hingga tidak dapat dibaca walaupon oleh mereka yang dikata “fast reader”. Inilah yang menyebabkan timbul pertanyaan apakah perlu terus diwujudkan senarai penghargaan apabila tiada siapa yang dapat membaca, menilai dan menghayatinya.

Menyediakan senarai itu untuk rakaman atau siaran mengambil masa yang menjadi beban kepada staf yang bertanggung-jawab melaksananya. Dia terpaksa mencari-cari butiran tepat. Jika tidak besar kemungkinan orang yang tidak terlibat dalam produksi itu yang terpampang namanya diskrin. Tak perlulah disebut perumpamaan yang bersabit. Sudah tentu menimbulkan kekecohan dan masam muka antara petugas.

Untuk menyelesaikan perkara ini, eluklah diteruskan amalan menyedia buku “log” (catatan) dimana nama setiap petugas dicatat sendiri oleh tuan punya nama. Buku catatan ini boleh lah diperiksa oleh bos-bos untuk tujuan yang dikenal pasti mereka. Mungkin dizaman canggih yang tidak memerlukan “paper work” ada cara lain melaksananya. Namun yang penting disini ialah membersihkan skrin penerbitan dan siaran dari senarai yang dianggap sebagai “redundant” (tak berguna) ketinggalan zaman.

Penyakit ini sudah menjangkit ke Radio-RTM dimana tidak berhenti-henti juruhebah menyebut nama-nama pembantunya serta juruteknik bertugas dengannya. Bagi Pembaca Berita pula ia menyebut nama Penyunting Berita. Zaman dahulu dan dibadan penyiaran Radio utama dunia nama-nama sedemikian tidak pernah terdengar. Hairan juga mengapa Radio RTM perlu berlainan. Ia lebih membazir waktu sahaja atau mungkin Radio RTM ingin mengisi masa terluang tetapi setiap berita nampaknya mereka sungguh mengejar masa kerana terlalu banyak sangat berita perlu disampaikan.

Sebagai nota terakhir lihatlah badan penyiaran berbayar satelit ASTRO. Ia tidak menyelitkan “credit line” pekerja-pekerjanya dalam penerbitan dan siaran, mungkin kerana bahan-bahan itu adalah hak mutlak badan itu. Ia hanya mencatat dipenghujung rancangan atau siaran hanya “copyright reserved ASTRO”. Ia TV-RTM juga berbuat demikian tetapi hanya selepas berserabut dengan “credit line” yang entah apa tujuan.

Sempena Ulangtahun Hari RTM ke 66, mohon moga RTM mengorak langkah meninggalkan amalan “credit line” dari penerbitan dan siarannya supaya ianya lebih bersih dan serba canggih, seterusnya tidak membuang masa dan kudrat.

Selamat menyambut Ulangtahun Hari RTM.



3 comments:

  1. credit line memang tidak perlu lagi dizaman siber ini, para penerbit harus memikirkannya terutama sekali apabila melangkah kepada umur 66 tahun nanti. Saya ingin menyentuh mengenai subtitles pada rancangan2 TV yg bukan berbahasa melayu, didapati terlalu laju sehingga tak sempat bagi yg average reader membacanya - kalau dah begitu tak perlu lah membaca subtitles yg tidak dapat membantu penonton, lebih baik lagi tak payah diadakan, lagi jimat belanja. Nampak sangat subtitles itu satu terjemahan word by word, rasanya tak perlu begitu cukup sekadar memberi makna amnya sahaja.
    Setuju dengan pandangan TokCik, RTM perlu buckup dan berjalan seiring kalau pon tak boleh dihadapan dengan pemain2 lain.

    ReplyDelete
  2. Tokcik,
    Maybe its not too late for RTM to look at itself from an outsider's perspective. RTM have been around for 66 yrs and some of its glitters have vanished and even its relevant questioned vis-a-vis the present day broadcasting landscape.Its like an old school bus plying the same routes - despite changing drivers many times, it is still the same boring old school bus..I have never question the important of RTM's role in disseminating public information but some of the methods use in this aspect have not changed over the years despite the advent of the new media technology.The result of any media survey is always an embarrassment to RTM. We've heard of many gallant attempts to rebrand RTM but the outcomes are not much to shout about.
    Perhaps RTM is getting too bloated for its own good.Can we not down-size RTM by unloading some of its costly programs and focus on what it does best i.e producing credible news and sports programs? Religious programs,warisan & budaya,Kempen Keselamatan,Anti-Dadah,Agriculture,Economics and others CAN be farmed out to other agencies responsible for these activities.Nothing wrong for every relevant ministry/agency to have its own in-house broadcasting division taking care of its own media requirement.They too become a content provider just like RTM under KPKK.Dulu memang la semua berebut nak masa siaran sebab hanya RTM saja lah yg boleh buat penyiaran tetapi keadaan sudah berubah sekarang dgn adanya teknologi digital yg lebih efisien utk tujuan ini.The adage that RTM have many constrains as it is required to perform social obligations exist only in the minds of the small-minded executives seeking excuses for their own shortcomings.The powers-that-be in RTM/Govt. need to think outside the box and create long term transformation strategies if RTM wish to remain a player.Go for the jugular in the broadcasting world. RTM must not take for granted that the Govt.will continue funding it as it has done so for the last 66 yrs.Huge yearly financial outlay to RTM does not commensurate with the expected returns in real terms to the Govt.(Yes,you may dispute this)
    That is why I ask how can we turn around a once iconic organisation into a smaller,lean,healthy outfit that can brave the many pitfalls of present day broadcasting challenges.

    "HAPPY 66TH BIRTHDAY RTM"
    - SRi Zainudin

    ReplyDelete
  3. terima kasih Pak Chu atas pandangan - sarikata tu memang satu bidang yang banyak diperkata sejak mula TV Malaysia wujud lagi. TC pon pernah diupah menulis sarikata - leceh punya kerja!

    "Unknown" - thats quite a piece you have there. Lets hope the power that be on the hill take seriously what you have penned. The problem everyone want to have a hand on the pie - the bigger it is, the spread would be better for all.

    ReplyDelete