Caption, Crawler dan Sarikata
Mari kita menonton Television – khususnya TV1 & TV2
RTM – dan lihat apa yang terpampang dibahagian
bawah skrin. Kita akan nampak antaranya tiga perkara yang di istilahkan
“Caption”, “Crawler” dan Sarikata.
Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) menterjemah “caption” sebagai kapsyen, keterangan untuk sesuatu seperti gambar. Ini adalah keperluan
dalam siaran TV, menjelaskan nama orang, tempat atau tarikh dan berbagai. Ia
sudah dilaksanakan sejak mula siaran TV dan tidak perlu dipersoal kewujudannya
untuk tujuan sedemikian. Apabila munculnya kepentingan politik kebelakangan
ini, nyata kelihatan ia disalahguna dengan slogan-slogan dan kata-kata yang
ingin mempengaruhi penonton atau orang ramai, menjadikan peranan kapsyen bercanggah dari tujuan asal,
membikin skrin TV menjadi berserabut.
Bila diperkenalkan lagu-lagu untuk memperomosikan
semangat kebangsaan dan cinta negara serta alam sekitar, kapsyen diguna secara berkesan sehingga adakalanya memenuhi skrin
sama seperti yang terdapat dalam lagu-lagu untuk “karaoke”. Ini tidak mengapa juga, ia tidak membosankan bagi yang
berminat. Namun apabila ia bertujuan politik ia terus tidak menemui selera yang
tidak berminat.
Dalam liputan sukan dan seumpamanya banyak digunakan kapsyen untuk memudahkan penonton
menghayati visual yang dilihat, tujuan yang kena pada tempatnya. Bagi jaringan
gol atau keputusan sesuatu acara ia dipaparkan disebelah bawah skrin, selain
dari yang biasa dilihat dipenjuru sebelah kiri bahagian atas skrin. Yang
membosankan ialah kapsyen itu salah
dilaksanakan. Salah satu daripadanya ia sukar dibaca. Setiap tulisan harus
jelas. Sebaiknya tulisan kapsyen itu
hendaklah diatas latar yang berbeza warna, yang membolehkannya timbul jelas.
Kebelakangan ini dengan kecanggihan peralatan berbagai-bagai warna-warni
dipaparkan sebagai latar hingga tujuan utama menimbulkan tulisan supaya mudah
dibaca tidak lagi menjadi amalan. Kes “syok”
sendiri petugas ini merugikan tujuan asal supaya penonton mudah faham dan
menghayatinyanya. Elok juga diperingatkan, penonton terdiri dari berbagai jenis
dan lapisan masyarakat, termasuk yang rabun-warna dan lambat sikit
pemahamannya. Petugas RTM perlulah mengambil kira lebih berat keadaan
sedemikian supaya hasil kerja mereka berkesan memberi kepuasan kepada karya
masing-masing.
“Crawler” pula
ialah adik-beradik kapsyen yang duduk
di bahagian bawah skrin juga biasanya. Tujuannya sama untuk memberi maklumat
tambahan. Biasanya ia bergerak dari sebelah kanan kesebelah kiri skrin,
memudahkan bacaan, sama seperti membaca buku.
Zaman TV mula
datang ke Malaysia benda ni memang tiada, tetapi setelah wujudnya kecanggihan
peralatan ia mula digunakan. Mula-mula untuk memaklumkan rancangan atau siaran
tergendala tetapi kini ia digunakan berluas-luasa untuk tujuan serba-serbi
hingga memeningkan penonton.
Nampaknya “crawler”
yang dimaksudkan lebih tertib penggunaannya – adakalanya ia digunakan bersendirian
tanpa latar warna – tetapi sudah ada percubaan mewarnakan latar belakang dengan
“font” yang lebih menonjol. “Font” juga adakalanya menggunakan warna
berlainan. Nyatalah tujuan utamanya untuk menyampaikan maklumat berkesan adalah
tepat.
Sejak timbul kecenderungan memaparkan kedudukan pasaran
saham, “crawler” yang merangkak ini
sudah menjadi kebiasaan diskrin terutama dalam rancangan berkaitan Pasaran
Saham. Ia nampaknya amat dipengaruhi oleh badan-badan penyiaran ternama
antarabangsa yang dilanggan melalui Astro atau Unifi TM. Cuba perhatikan
terdapat 3 “crawler” berjalan serentak. Warna putih sebagai latarnya mungkin
untuk senang dihayati bila font
diwarnai gelap. Orang-orang yang terlibat dan minat pasaran-pasaran saham
mungkin tahu matlamat setiap “crawler”
tu. Biasanya ketiga-tiga itu bergerak dengan kepantasan yang berbeza. Mengikut
pemerhatian yang sebelah atas itu laju sikit dari yang ditengah dan yang
dibahagian bawah adalah paling perlahan. Sebagai bukan peminat pasaran saham
penulis gagal menyatakan disini matlamat ketiga-tiga tulisan yang merangkak
dibawah skrin itu. Samaada ia boleh dibaca, difahami dan dihayati, itu adalah
soalan lain. Biarlah RTM membuat kajian melalui satu “survey” (kaji-selidik) dikalangan penonton dari berbagai demografi
dalam hal ini.
Sarikata, ia itu
“subtitles”, juga jatuh dalam kategori yang duduk dibawah
skrin TV. Ia adalah warisan dari filem tayangan dipanggong untuk memudahkan
orang mengikuti dialog dan cerita khususnya dari bahasa asing kepada ibunda. Ia
bukanlah ciri baru tetapi berada sejak filem wujud. Di Hollywood filem bermula
tanpa dialog, iaitu bisu. Untuk memudahkan penonton faham diselitkan dialog bertulis. Apabila ianya
dipasarkan kenegara-negara berbahasa lain semestinya dialog itu diterjemahkan kebahasa negara berkenaan. Lama kelamaan
apabila sudah ada “sound track”, jika
ia tidak dialih bahasakan, ia akan menggunakan sari-kata.
Di Malaysia terdapat filem dari berbagai bahasa yang disarikatakan kedalam bahasa Melayu. Ada
juga filem berbahasa Inggeris disarikata
ke bahasa China dan Melayu serentak sahingga memenuhi suku bahagian bawah
skrin. Ada juga gambar Hindi yang datang kesini sedia dengan sarikata Inggeris dan dipaparkan juga
bahasa Melayu. RTM menayangkan filem-filem berkenaan sehingga skrin TV dirumah
berserabut dengan sarikata bahasa-bahasa yang dimaksudkan. Mungkin ini salah
satu jalan singkat yang menjatuhkan kualiti tayangan. Kita tunggulah masanya
tindakan diambil untuk memersihkan keadaan.
Pada satu masa dahulu sarikata
dalam bahasa Melayu adalah diberi keutamaan menjadikan filem itu sebahagian
dari menigkatkan peratusan bahasa Melayu dalam siaran TV-RTM.
Bila dikaji komen-komen negatif dalam media dan bualan
biasa orang ramai nyata mutu sarikata
masih ditahap lemah sejak mula lagi. Sarikata
ini dianggap sebagai terjemahan dialog
yang didengar diskrin. RTM telah melaksanakan dasar sarikata juga melibatkan penjelasan jalan cerita supaya penontonnya
lebih faham maksud cerita. Masaalah yang dihadapi oleh RTM mungkin mendapatkan
orang-orang yang betul-betul pakar dalam kedua-dua bahasa yang terlibat.
Rasanya orang-orang yang pakar itu mungkin menerima tawaran yang lebih lumayan
dalam bidang terjemahan dibidang lain seperti penerbitan buku atau syarikat
yang memerlukan banyak terjemahan termasuk antaranya dibidang pemasaran dan
penerbitan iklan.
Kemungkinan besar yang tinggal melakukan sarikata untuk RTM ialah lepasan baru
dari sekolah dan mereka yang tidak menerima tawaran yang disebutkan itu, kurang
pengalaman dan hasil kerja tidak tinggi mutu. Kerana kurang pengalaman dan
kurang mendalam dalam bahasa yang terlibat khususnya Bahasa Melayu dan
Inggeris, terjadilah salah terjemahan yang tidak tepat maksud dalam bahasa
asal, sehingga melucukan. Antara contoh kelasik ialah cerita jenayah apabila
kerekter disuruh menembak “fire fire”
disebut dalam bahasa Melayu “api api”
yang sepatutnya dicatat “tembak tembak”.
Kes seperti ini bukan sahaja membebankan RTM kerana ianya berlaku juga di
badan-badan penyiaran lain, Media Prima dan Astro, sebagai satu yang
berkekalan.
Oleh kerana bahagian bawah skrin itu telah digunakan
ketahap maksimum untuk tujuan yang disebutkan, ada usaha dibuat untuk
menggunakan bahagian atas pula. Namun ini kurang popular, mungkin pemandangan
mata penonton lebih mudah menangkap gambar dan paparan dibawah. Sungguhpon
begitu masih diperaktikkan juga penggunaan bahagian atas itu untuk paparan yang
ringkas seperti pengenalan stesen penyiaran melalui logonya serta menyatakan siaran yang ditonton adalah dibuat “live” atau secara langsung diletak dipenjuru
atas sebelah kanan. Kini sudah menjadi kebiasaan dalam liputan sukan khususnya
untuk memberi keputusan, kedudukan perlawanan, pasukan yang terlibat serta
waktu berlangsung termasuk baki perlawanan. Tanpa maklumat ini adakalanya
penonton tidak puas hati. Ini adalah hasil kecanggihan peralatan teknikal.
Dengan tujuan meningkatkan peratusan penggunaan bahasa
Melayu di RTM usaha dibuat untuk mengalih-bahasakan
filem-filem dan penerbitan negara-negara luar kedalam bahasa Melayu. Pada
mulanya RTM mempunyai unit tersendiri untuk tujuan alih-bahasa tetapi kini nampaknya unit itu kurang aktif kecuali
untuk mengalih-bahasa penerbitan dokumentari bahasa asing. Dulu RTM rajin mengalih-bahasa cerita-cerita katun,
drama-drama dan selainya. Mungkin masaalah lojistik khususnya dalam bidang
bakat menyebabkannya lebih cenderong lapangan alih-bahasa diswastakan. Ini berlaku ketika RTM menggalakkan
penerbitan swasta yang sudah menjadi sebahagian dari bidang penyiaran. Pengswastaan
kini ialah satu industri yang lumayan. Terdapat banyak syarikat yang mempunyai
studio sendiri untuk tujuan “dubbing”
alih-suara. Kini penerbitan asing
khususnya dari Korea, Jepun, China, Asia-Barat, negara Latin dan Barat sudah
banyak dialih-bahasa, memberi
pekerjaan kepada ramai bakat-bakat lakonan dan penerbitan serta teknikal.
Perkara yang kurang mendapat perhatian oleh yang berkuasa
dan dipandang ringan ini banyak membantu penonton menghayati apa yang
terpampang diskrin. Dengan demikian wajarlah RTM mengambil berat keatasnya demi
menjaga marwah serta kualiti siarannya.
apa yang dikatakan oleh Tokcik itu banyak kebenarannya, cuma Pakchu ingin menarik pandangan para terakhir tulisan Tokcik "membantu penonton menghayati apa yang terpampang diskrin". Kerapkali sarikata tidak dapat membantu malah menaikkan 'angin' penonton kerana tidak sempat membaca sarikata yang terlalu cepat macam ekspres train, rasanya salah satu cara supaya crawling itu dapat dibaca ialah merengkaskan sarikata tidak perlu diterjemahkan ayat by ayat sesuai dengan kata Tokcik penonton kita dari pelabagai latarbelakang cukup terjemahannya sekadar membawa erti secara am.
ReplyDeletePakchu.
harini first time assignment kena buat crawler & info tambahan..hihih
ReplyDeletehttp://www.rinaprettyhealthy.com
harini first time assignment kena buat crawler & info tambahan..hihih
ReplyDeletehttp://www.rinaprettyhealthy.com