Sunday, May 20, 2012

Antara Dua Darjat – Piala FA (Malaysia) & Champion League (Eropah)


Semalam saya berpeluang menonton dua pertandingan akhir yang menarik minat ramai penonton TV di Malaysia. 

Awal malam tadi ialah Pertandingan Akhir Piala FA Malaysia antara pasukan kelab Sime Darby FC dengan Kelantan di Stadium Nasional Bukit Jalil, sementara awal pagi ini ialah Pertandingan Akhir Champion League (Eropah) antara Bayern Munich, Germany dengan Chelsea, England.

Saya sebenarnya sudah lama tidak banyak menonton permainan bolasepak yang berlambak siarannya di TV sekarang kerana menjaga kesihatan mata dan tidak sanggup menyengkang mata di awal pagi buta. Tergerak menulis ini kerana desakan kawan-kawan yang inginkan pandangan orang lama tentang kualiti liputan dan siaran TV yang kita tonton. Disini tidak perlulah saya mengulas taktik perlawanan kerana bidang itu ramai yang pakar sekarang.

Perlawanan di Stadium Nasional Bukit Jalil menarik minat penonton membanjiri Stadium hingga melempah walaupon harga tiket ialah RM 40.00. Ini petanda baik untuk masa depan bolasepak negara yang seharusnya mambuka mata dan minda pentadbir bolasepak di peringkat kebangsaan, negeri dan kelab, untuk memikir, merancang dan melaksana satu program membaiki mutu pasukan negara supaya kedudukannya di ranking FIFA meningkat dari ke 150 lebih kapada yang lebih dihormati seperti ke 50.
Saya hanya menonton siaran TV1 semalam. Dari segi liputannya tiada banyak yang boleh dicacat-cela kecuali semasa dimajlis penyampaian Piala dan pingat. Saya amat kurang faham mengapa RTM terdesak dan tergesa-gesa sangat hendak menyiarkan temuramah dengan para pengawai dan jurulatih pasukan pada ketika penyampaian hadiah berlangsung sehingga tertinggal sedikit penerimaan pingat pasukan Kelantan. Saya pasti ini mengecewakan peminat-peminat pasukan Kelantan yang menonton dirumah dan warong-warong. Temuramah itu sepatutnya dirakam dan disiarkan kemudian jika terdesak masa; yang wajibnya ialah penyampaian Piala dan hadiah. Penonton seperti saya ini ingin melihat riaksi pemain-pemain yang gembira menang dan mereka yang sedih kalah. Selepas itu TV1 mempunyai berita dan rancangan sukan yang boleh diisikan dengan "rakaman" temuramah tersebut.

Pada hemat saya liputan TV1 itu terbahagi kepada 3 komponen. Komponen yang penting ialah perlawanan itu sendiri ulasannya dikendalikan dengan sempurna oleh pengulas tersohor Dato’ Haji Hasbullah Awang. Komponen kedua ialah situasi studio untuk pengacara Hafizal Hamad memperkenal liputan dan siaran yang dilakukannya dengan baik. Komponen ketiga ialah temuramah di gelanggang yang juga dilakukan dengan baik oleh orang baru pada saya, jika tak silap Izham namanya.

Saya hairan mengapa keadaan nampak kelam-kabut dipenghujung siaran menyebabkan saya membuat hubungan dengan orang dalam RTM. Saya dimaklumkan liputan dibuat oleh pasukan sukan Astro, bermakna RTM hanya menerima visual liputan padang yang dinamakan “multi-lateral feed” iaitu untuk guna-sama oleh badan-badan penyiaran (samaada mengguna ulasan selari yang sama atau berasingan). Dalam keadaan sedemikian biasanya RTM mempunyai pasukannya sendiri untuk melaksanakan “unilateral”nya, dengaan krew kamera dan teknikal yang lengkap. Pasukan ini septutnya mempunyai kemudahan perakam untuk kemungkinan rakaman itu (dalam hal ini temuramah tadi) disiarkan kemudian. Rasanya saya tidak salah dalam hal ini, kerana inilah yang dilakukan oleh Astro dan badan-badan penyiaran Eropah saban hari, jika kita teliti siaran dari satelit.

Walau bagaimana pon diucapkan tahniah kepada pasukan Kelantan dan peminat-peminatnya kerana membawa pulang buat pertama kali Piala FA baru setelah kecewa dua kali lalu di Pertandingan Akhir.

Awal pagi ini ialah Pertandingan Akhir Champion League (Eropah) antara Bayern Munich, Germany dengan Chelsea, England  di Allianz Arena, stadium kepunyaan Bayern Munich. Saya berasa puas hati menonton siarannya melalui penyiaran berbayar Astro, kerana tiada kekecohan seperti di TV1 awal semalam.

Perlawanan yang berbeza taktik itu berkesudahan 1-1 hingga tamat waktu tamabahan 30 minit diakhir perlawanan menyebabkan sepakan penalti dikuatkuasakan untuk mencari pemenang. Dalam  keadaan dramatik Chelsea berjaya menjadi Juara buat pertama kali memenangi dengan sepakan terakhir oleh penjaring handalan Didier Drogba, menjadikan jaringan penalti 4-3 untuk Chelsea.

Tiada langsung terdesaknya keadaan untuk memuatkan temuramah di hujung perlawanan sehingga sebelum penyampaian hadiah. Fokus ialah terhadap riaksi gembira pasukan yang menang dan kekecewaan pasukan yang kalah.
Saya hanya kecewa kerana penyampaian Piala dan hadiah ditempat yang cukup tinggi hingga susah hendak menangkap visual yang baik. Tambah pula pasukan Chelsea berkerumun dihadapan Presiden UEFA Michel Platini menyebab keadaan menjadi kecoh hingga mereka diberitahu supaya melapangkan kawasan itu.

Pada keseluruhannya siaran malam tadi dan pagi ini diterima dengan baik; sekadar mengemukakan komen untuk membaiki liputan dan siaran di masa depan dari orang lama.



9 comments:

  1. ..salam tc..saya juga termasuk dalam gulongan orang orang usang yang tidak lagi mengikuti pertandingan bola mahupun distadium atau pun siaran ditv..tetapi sebagai seorang yng meminati sukan, terutama bolasepak dan, saya rasa, yang sentiasa bersemangat sukan, saya mengikuti perkembagngan semasa dgan membaca berita dan blog-blog sukan saperti Loose Canon dan lain-lain..dan, saperti tuan, saya juga berpendapat mutu siaran kini tidak tunjuk sebarang kemajuan..malah, kehebatan waktu dulu, dizaman Merdeka Cup dsbnya lebih memuaskan..and I still think that FAM are behaving like spiteful kids..

    ReplyDelete
  2. Pakmat - appreciate so much your view and thought about the decaying situation at FAM viz Malaysian football. We are of the same mind. TC has confident in Loose Canon and friends in their effort of reviving the glory years. May their effort bear fruit.

    ReplyDelete
  3. but TC and PM, loose cannon and Co cannot do anything to change anything!

    ReplyDelete
  4. RTM ligan masa, tu ja pun yg bagi kalot nak siar temu ramah tu, depa nak ligan wkatu utk slot dunia hari ini, fakta! sebab apa,sebab banyak kali dah jadi lagu tu,memang untuk final, rtm cuma akan dapat hat siaran yg dirakam oleh team astro,tapi saya jadi saksi,saya tengok ikut siaran astro,astro siar dahulu 100% majlis penyampaian hadiah, gena tu?

    ReplyDelete
  5. Saya adalah bekas perkerja Astro Arena yang pioneer semasa Arena di mulakan. Telah beberapa kali kami di phiak arena telah cuba menguubah posisi camera atau cara coverage on the whole tetapi selslu di pantau oleh FAM. Saya adalh rakyat Singpaure yang telah di ambil khas untuk meniak tarafkan cara liputan luar di buat di Arena. Saya stuju degan TC, Pkamat dan juga loose canon, FAM terlampau bongkak dan tidak akan tukar cara mereka. Oleh keran ini Bolasepak malaysia tidak akan boleh naik. Kita kenlah tukar orang orang di FAM inin dengan orang yang tiada berfikiran old school dan yang slelau boleh menerima ideas. Bola bukan untuk poilitician kalau nak main politiks masuklah barisan nasional atu Pas.

    ReplyDelete
  6. LC - you & co got to continue on to make your voice and opinion heard. People like TC & PM are behind what is right for football of this country.

    Bolasepak Malaysia - RTM dan astro boleh pakat tentang liputan dan siaran - dah ada kerjasama tu baguslah. Dalam hal kalut ni, RTM sepatutnya ada crew penerbitannya sendiri untuk menguruskan "unilateral" nya.

    Akonisantini - dalam FAM nampaknya tak ramai orang politik yang jadi pegawainya - masaalahnya ialah pegawai2 FAM yang tiada tentu haluan & pendirian bagi pembangunan bolasepak negara.

    ReplyDelete
  7. Setuju dengan Bolasepak Malaysia.saya lebih berminat tgk game final FA cup kat Astro Superport HD.dari mula 8.30 terus tunjuk pemain bersiap sedia masuk ke padang berbanding RTM1 dan astro arena yang lebih banyak berceloteh di studio.tapi sayang xde option audio Bahasa Melayu untuk Astro Superport HD.jadi saya pilih RTM1 sebab Hasbullah Awang.Legend.Setuju penyampaian piala elok buat atas padang.lebih jelas dan xserabut.tapi masa penyampaian Piala FA,tetamu kehormat xsempat turun pemain dh serbu piala.jadi serabut

    ReplyDelete
  8. nu_Ox3R - FAM tiada peraturan dalam undang-undangnya pasal penyampaian hadiah agak TC - septutnya sesiapa yang bertanggungjawab bidang penyampaian hadiah misti dihukum oleh JK Tatatertib FAM kerana berlaku kekecohan dan tiada kawalan. Mungkin dia balik awal kerana lapar...

    Tentang style persembahan setiap stesen, pilihan menenton terpulang kepada kita sekiranya siaran langsung itu berjalan serentak seperti Piala FA (Malaysia) malam tu.

    ReplyDelete
  9. Assallammualaikum, saudara Amran..saya harap kalau kalau saudara boleh membuat teguran pada penerbit ketika siaran secara langsung bolasepak samada di Rtm atau astro agar bijak membuat ulang tayang ketika game sedang rancak .tak payah la membuat ulang tayang berkali ketika game sedang rancak berjalan ..cthnya pada final 1993 piala malaysia ketika itu kedah akan membuat sepakan sudut , tapi tv membuat ulang tayang percobaan sebelum itu..tiba tiba pengulas zainal abidin rawop menjerit "goool"

    ReplyDelete