Tuesday, June 19, 2012

Euro 2012 - Second Take.




I was pleasantly surprised to learn that pay satellite TV Astro has suddenly decided to extend all its channels to its “basic subscribers” like me. Yes, all its channels. Since its for free, lets hope it will last.

This must be a new marketing strategy by the monopoly at a time of facing a fresh impending competition and dwindling subscribers. To football fans this could be a bonus in the midst of the Euro 2012 competition in Poland-Ukraine.

I have posted in my blog in Malay my outlook of the running-commentary of the competition on offer at the “basic channel” 801 in Malay. I commended Astro for its patriotism in the usage of the national language. Now with this new marketing strategy I am beginning to have my doubt.

Astro are using a few extra channels to focus on Euro 2012 on “High Definition” (HD) in English with strong following. Of course those subscribers without HD will have to fall back on 801 but with the new opening they have the choice of changing channels. I may be one of them now that I have choice.

This should be a wakeup call to those friends who are working hard to make 801 a likeable channel before their fans abandon them. I hope what I have posted would get their attention. I am quite happy to note that there are some improvements in the running commentary from an “off tube” position since my posting. I hope they continue to improve.

The crux of the matter on this new strategy is that not many of us realised that this could be taken as a measure to gauge the popularity of its channels by Astro. Astro can do it because it controls its channels via computer. It will know at certain time which channels are being watch.

So my friends at 801 has got to be vigilante on this to make sure your viewers, like yours truly, don’t “zap” to the new HD channels that are made available now.

 To those who got the new toy, happy viewing.



Thursday, June 14, 2012

Euro 2012



Analisis ringkas ulasan-selari Bahasa Melayu.

Siaran berbayar satelit Astro memperolehi monopoli menyiarkan Kejohanan Bolasepak Piala Euro 2012 (antara negara) meninggalkan RTM tanpa sebarang perlawanan untuk ditayang. 
Setelah separuh jalan peringkat kumpulan Kejohanan, eloklah kita menyingkap kembali liputan yang menarik minat pengikut bolasepak tanah air. Astro menggunakan 3 saluran untuk siarannya, 2 daripadanya dalam bentuk High Defination (HD) memberi kepuasan kepada yang menonton dari segi visual yang lebih tajam dan cerah, dengan komentari dalam bahasa Inggeris. Bagi orang yang tidak melanggan HD seperti penulis, kita hanya menyaksikan saiaran biasa melalui saluran 801 Astro dengan ulasan (dan komentari) dalam Bahasa Melayu.

Ada juga baiknya keadaan begini berlaku, kerana ia memberi peluang kepada orang lama seperti penulis untuk menyampaikan pandangan yang membina demi faedah kawan-kawan pengulas yang bertugas di Astro supaya ulasan mereka bertambah baik tanpa sebarang prejudis. Astro mempunyai ramai pengulas, komentar dan penganalisis serta pengkritik baru yang boleh dikatakan baik. Langkah Astro memperkasakan Bahasa Melayu dalam siarannya amat dialu-alukan.

Diperhatikan Astro menerima visual secara langsung dari venue perlawanan di dua negara tuan-rumah Ukraine dan Poland, sementara ulasan dan komentari Bahasa Melayunya dibuat di studio Astro di Sungai Besi. Ini adalah satu perkara biasa sekarang kerana masaalah logistik bagi badan-badan penyiaran yang memperoleh milik siaran.
Dalam hal ini nyata sekali pengulas-pengulas Astro belum matang dalam ulasan-selari yang dibuat dari “off tube”, istilah yang biasa diguna untuk keadaan sedemikian, berbeza dari melakukannya divenue perlawanan. Saya percaya kematangan ini akan mengambil masa.
Dalam ulasan-selari yang dibuat dari padang perlawanan pengulas berpeluang melihat sekitar kawasan permainan dimana kesemua pemain berada. Pengulas berasa “atmosphere” perlawanan. Dengan itu cepat pengulas mengenali dan mengecam para pemain. Rentak dan gaya ulasannya tidak terhad. Ini amat berbeza sekali dengan membuat ulasan-selari dari “off tube” dimana pengulas bergantung kepada butir, seperti senarai nombor dan nama pemain. Ia amat bergantung kepada visual yang dipaparkan diskrin. Bila visual itu menunjukkan seluruh padang kemungkinan pengulas tidak dapat mengecam atau mengenali seseorang pemain terutama yang baru dan tidak terkenal. Apabila visual itu memberi “close-up” adalah mudah bagi pengulas mengecam nombor dan nama pemain berkenaan.
Disinilah letaknya kepintaran pengulas yang banyak pengalaman dan biasa dengan operasi “off-tube”. Dinegara ini nampaknya tidak ramai pengulas yang sedemikian. 
Yang bagus dizaman kecanggihan IT sekarang ialah pengulas-pengulas mempunyai banyak bahan yang disedia untuk mereka seperti butiran setiap pemain dan pasukan untuk dihidang santapan penonton. Kelemahan pengulas ialah ia tidak berapa tahu bilakah masanya butiran itu patut disampaikan.
Setakat ini pengulas-pengulas Astro, baik yang lama atau baru, masih lagi tidak dapat memberi ulasan-selari dari “off-tube” secara licin, teratur atau baik. Mereka berusaha mengikuti aliran bola tetapi sentiasa tertinggal bila bola itu sampai kepada pemain lain atau lawan yang didapati sukar dikenali. Dalam keadaan sedemikian pengulas akan mengalih ulasan mereka kepada fakta-fakta dalam tangan meninggalkan rentak perlawanan yang dilihat dari visual. Ini membosankan kerana pengulas berusaha menghabiskan bacaan mereka dari fakta yang ada dalam tangan. 
Astro menggunakan dua orang pengulas, salah seorang darinya memain peranan pakar, tetapi dalam keadaan sedemikian pakar itu sendiri terikut-ikut dengan apa yang dilakukan oleh pengulas utama. Ini mungkin akibat fakta kurang pengalaman atau kurang menguasai Bahasa Melayu yang sesuai untuk disebut untuk mengisahkan visual yang dilihat serentak berasama penonton dirumah.
Elok juga diingatkan sekali lagi kepada pengulas-pengulas supaya tidak perlu mencerita apa yang dapat disaksikan oleh penonton diskrin. Andaian tak perlu dinyatakan berulang kali. Itu adalah sama seperti mengajar para pemain ditengah padang yang tidak tahu apakah yang dinyatakan oleh pengulas berkenaan.
Adalah diharap catatan ringkas ini mendapat perhatian supaya kita akan dapat menikmati ulasan selari yang lebih baik dan mantap. Moga persembahan rakan-rakan pengulas di Astro meningkat.


Friday, May 25, 2012

Servicing the Car




Yesterday I decided to service my 11 years old Proton Waja after a lapse of 6 months. I am one of those guys who pay particular attention to car engine. I do the regular check-up and found everything in good condition. I service the car regularly at 5,000 km but this time I decided to skip 15,000 km.

I don’t go to the regular Proton service centre since day one I bought the Waja because of bad experience right from the beginning. I went to the Glenmarie Service centre and was told they cannot accept my car as it was bought under Eon or something like that which I couldn’t understand. So I went to their service centre at Seksyen 12 Petaling Jaya, and received the same response. I was asked to go to Seksyen 14. There was a big crowd. I was kept waiting for some time. At the counter I was told to make a booking which I did. I was told I got to wait 2 weeks for the service. I was perplexed. A kind young man, a mechanic pulled me aside and enquired my problem. I told him my first service was overdue. He told me Proton has a list of service agencies should I be interested. I mentioned to him to recommend me the one nearest to my residence. After browsing through the list he made a call which sounds amiable to me as they could service my car straight away without booking.

I was given the address and phone number. My car has been handled since then by
SPIN Automotive Services Sdn Bhd at No. 18, Jalan USJ 7/3, UEP Subang Jaya.
I have no complained about their performance as my car has been behaving very well in their hands. The supervisors and mechanics have changed over the years but they have done well.

When I arrived at SPIN yesterday I noticed they have a new supervisor. He gave his name as Aidil and been with the company for the last 2 months. I told him about the car’s performance and behaviour and things needed to be done. He did the usual thing by jotting down on the job’s order. He told me the car needed a “major service” which means many things have to be changed. He informed prices of spare-parts have gone up. He quoted the service would be RM540.00, and the car would be ready around 2.30 pm.

As it was only 10.00 am, as usual I called my good friend Haji Sidik Shamsuddin for breakfast of Roti Canai and Tosay. After that he sent me home and would fetch me when the car is ready. While in the house Aidil called me to inform that the spark plug coil has broken and asked for permission to replace. That would cost 370.00 for a Proton original. A local one cost 135.00 with no guarantee. So I went for the high bracket, and came with the RM 914.65 sen injury.

At 3.00 pm Aidil called to inform the Waja was ready. So Haji Sidik sent me to the workshop. I took the opportunity to know Aidil better while paying my bill. He said business was very slow lately. People prefer to delay the service of their cars, just like I did. I told him I noticed they don’t have many cars in their workshop like in the earlier days. He said weekdays were always slow. They would be busy on weekends, Fridays and Saturday. That’s the pattern. So the recession is hitting not only the people but the workshop.

Aidil has got good PR unlike the supervisors before him who kept to themselves and was slow to response to general talks and current conditions in the country.

I hope to be punctual for my next service so as to put the vehicle in good condition. I am one of those who believe in the saying “we take care of the car, and the car will take care of us”.



Tuesday, May 22, 2012

Kisah Benar – Kereta RTM Kena Tembak.




Kisah benar ini ditulis atas permintaan PakChu Mahady Ibrahim, bekas Pengarah RTM Kota Bharu. Pak Chu telah menalipon minta Tokcik “interview” orang lama Muhamad Hassan, orang pertama yang berbahasa loghat Kelantan di Radio RTM, kerana “Che Mat” terlibat secara langsong dalam insiden yang berlaku sebelum Pilihanraya Umum 1969.

Peluang untuk bersembang dengan Che Mat, TC perolehi ketika “Lunch Veteran RTM” yang diadakan ditempat biasa di Restoran Tappers, Bangsar South, tengah-hari tadi. Che’ Mat seronok sungguh mengenang kembali peristiwa yang hampir jadi tragedi itu. Ianya untuk memberitahu orang ramai dan staf RTM sekarang bahawa bertugas dengan RTM adakalanya menghadapi risiko tinggi.

Sebenarnya Tokcik sendiri belum pernah mendengar peristiwa ini, mungkin kerana Tokcik sendiri duduk di Pulau Pinang ketika itu, jauh dari Kota Bharu. Pada masa itu belum wujud Lebuh Raya Timur-Barat yang merentas Banjaran Titiwangsa. Lagipon dizaman darurat dulu peristiwa seperti ini tidak dihebohkan dalam media massa yang masih belum berkembang seperti sekarang. Ketika itu Tokcik belum mengenali Che’ Mat secara peribadi.

Mengikut Che’ Mat dia mewakili Bahagian Melayu Kawasan Pantai Timur yang beribu-pejabat di Kota Bharu untuk membuat liputan pelancaran kapal maritim baru di MARA Dockyard (Limbongan) di Pulau Kambing, Kuala Terengganu. Pada zaman itu majlis seperti ini biasanya diberi liputan besar-besaran.

Staf lain yang pergi besamanya dalam kenderaan pejabat jenis van kombi Volkswagen, yang tidak asing masa itu, ialah Patrick Nice bertugas BA3 di Bahagian Inggeris, Hamidon Zain dan Samad Haroun serta juruteknik. Patrick ialah pengadil bolsepak FIFA yang terkenal dizamannya.

Dalam perjalanan, biasanya Mat Hassan sebagai staf kanan dan yang mengelolakan liputan akan duduk di kerusi hadapan penumpang disebelah pemandu, sementara yang lain akan duduk dikerusi belakang, dengan peralatan diletakkan dibahagian belakang sekali.

Perjalanan dari Kuala Terengganu ke Kota Bharu pada masa itu mengambil masa yang lama dalam keadaan jalan juga sempit, tidak seperti sekarang. Selepas tamat urusan liputan, krew RTM itu telah melapangkan masa untuk menyehatkan badan dengan menikmati makanan tempatan sebelum berangkat pulang.

Keadaan mula gelap bila mereka dipertengahan jalan. Kelihatan sepanduk Pilihanraya disepanjang jalan. Itu sudah menjadi kebiasaan. Kerana keletihan kesemua penumpang telah tertidor. Pemandu amat berhati-hati.

Kenderaan telah masuk kenegeri Kelantan. Che’ Mat telah tertidor dengan meletakkan kakinya ke atas “dashboard” untuk lebih selesa. Bila menyusuri tepi padang di Peringat berhampiran Pasir Putih tiba-tiba terdengar kereta dihentak, seakan-akan kena tembak. Terus pemandu memberhentikan kenderaan kerana dia mengalami kesakitan dikaki sebelah kirinya. Apabila pemeriksaan dibuat didapati banyak darah mengalir dan bergenang dikawasan bawah pemandu.

Pemandu telah diberi rawatan segera oleh krew RTM yang tahu sedikit sebanyak “first aid”. Dia dibawa ke hospital untuk rawatan sepenuhnya. Patrick mengambil alih peranan pemandu; mereka membuat laporan di Balai Polis.

Mengikut Che’ Mat, Pasukan Polis telah pergi ke tempat kejadian dan memanggil orang-orang kampong untuk memberi keterangan. Malang sekali orang yang melakukan kesalahan tidak dapat dikesan.

Che’ Mat amat bersyukur kerana terlepas dari kecedaraan dan tragedi hingga berusia 79 tahun sekarang. Alhamdulillah.

Moga staf RTM dan penggiat penyiaran kini mengambil iktibar diatas pengalaman yang dialami Che’ Mat. Berhati-hati dan waspada dalam menjalankan tugas.



Sunday, May 20, 2012

Antara Dua Darjat – Piala FA (Malaysia) & Champion League (Eropah)


Semalam saya berpeluang menonton dua pertandingan akhir yang menarik minat ramai penonton TV di Malaysia. 

Awal malam tadi ialah Pertandingan Akhir Piala FA Malaysia antara pasukan kelab Sime Darby FC dengan Kelantan di Stadium Nasional Bukit Jalil, sementara awal pagi ini ialah Pertandingan Akhir Champion League (Eropah) antara Bayern Munich, Germany dengan Chelsea, England.

Saya sebenarnya sudah lama tidak banyak menonton permainan bolasepak yang berlambak siarannya di TV sekarang kerana menjaga kesihatan mata dan tidak sanggup menyengkang mata di awal pagi buta. Tergerak menulis ini kerana desakan kawan-kawan yang inginkan pandangan orang lama tentang kualiti liputan dan siaran TV yang kita tonton. Disini tidak perlulah saya mengulas taktik perlawanan kerana bidang itu ramai yang pakar sekarang.

Perlawanan di Stadium Nasional Bukit Jalil menarik minat penonton membanjiri Stadium hingga melempah walaupon harga tiket ialah RM 40.00. Ini petanda baik untuk masa depan bolasepak negara yang seharusnya mambuka mata dan minda pentadbir bolasepak di peringkat kebangsaan, negeri dan kelab, untuk memikir, merancang dan melaksana satu program membaiki mutu pasukan negara supaya kedudukannya di ranking FIFA meningkat dari ke 150 lebih kapada yang lebih dihormati seperti ke 50.
Saya hanya menonton siaran TV1 semalam. Dari segi liputannya tiada banyak yang boleh dicacat-cela kecuali semasa dimajlis penyampaian Piala dan pingat. Saya amat kurang faham mengapa RTM terdesak dan tergesa-gesa sangat hendak menyiarkan temuramah dengan para pengawai dan jurulatih pasukan pada ketika penyampaian hadiah berlangsung sehingga tertinggal sedikit penerimaan pingat pasukan Kelantan. Saya pasti ini mengecewakan peminat-peminat pasukan Kelantan yang menonton dirumah dan warong-warong. Temuramah itu sepatutnya dirakam dan disiarkan kemudian jika terdesak masa; yang wajibnya ialah penyampaian Piala dan hadiah. Penonton seperti saya ini ingin melihat riaksi pemain-pemain yang gembira menang dan mereka yang sedih kalah. Selepas itu TV1 mempunyai berita dan rancangan sukan yang boleh diisikan dengan "rakaman" temuramah tersebut.

Pada hemat saya liputan TV1 itu terbahagi kepada 3 komponen. Komponen yang penting ialah perlawanan itu sendiri ulasannya dikendalikan dengan sempurna oleh pengulas tersohor Dato’ Haji Hasbullah Awang. Komponen kedua ialah situasi studio untuk pengacara Hafizal Hamad memperkenal liputan dan siaran yang dilakukannya dengan baik. Komponen ketiga ialah temuramah di gelanggang yang juga dilakukan dengan baik oleh orang baru pada saya, jika tak silap Izham namanya.

Saya hairan mengapa keadaan nampak kelam-kabut dipenghujung siaran menyebabkan saya membuat hubungan dengan orang dalam RTM. Saya dimaklumkan liputan dibuat oleh pasukan sukan Astro, bermakna RTM hanya menerima visual liputan padang yang dinamakan “multi-lateral feed” iaitu untuk guna-sama oleh badan-badan penyiaran (samaada mengguna ulasan selari yang sama atau berasingan). Dalam keadaan sedemikian biasanya RTM mempunyai pasukannya sendiri untuk melaksanakan “unilateral”nya, dengaan krew kamera dan teknikal yang lengkap. Pasukan ini septutnya mempunyai kemudahan perakam untuk kemungkinan rakaman itu (dalam hal ini temuramah tadi) disiarkan kemudian. Rasanya saya tidak salah dalam hal ini, kerana inilah yang dilakukan oleh Astro dan badan-badan penyiaran Eropah saban hari, jika kita teliti siaran dari satelit.

Walau bagaimana pon diucapkan tahniah kepada pasukan Kelantan dan peminat-peminatnya kerana membawa pulang buat pertama kali Piala FA baru setelah kecewa dua kali lalu di Pertandingan Akhir.

Awal pagi ini ialah Pertandingan Akhir Champion League (Eropah) antara Bayern Munich, Germany dengan Chelsea, England  di Allianz Arena, stadium kepunyaan Bayern Munich. Saya berasa puas hati menonton siarannya melalui penyiaran berbayar Astro, kerana tiada kekecohan seperti di TV1 awal semalam.

Perlawanan yang berbeza taktik itu berkesudahan 1-1 hingga tamat waktu tamabahan 30 minit diakhir perlawanan menyebabkan sepakan penalti dikuatkuasakan untuk mencari pemenang. Dalam  keadaan dramatik Chelsea berjaya menjadi Juara buat pertama kali memenangi dengan sepakan terakhir oleh penjaring handalan Didier Drogba, menjadikan jaringan penalti 4-3 untuk Chelsea.

Tiada langsung terdesaknya keadaan untuk memuatkan temuramah di hujung perlawanan sehingga sebelum penyampaian hadiah. Fokus ialah terhadap riaksi gembira pasukan yang menang dan kekecewaan pasukan yang kalah.
Saya hanya kecewa kerana penyampaian Piala dan hadiah ditempat yang cukup tinggi hingga susah hendak menangkap visual yang baik. Tambah pula pasukan Chelsea berkerumun dihadapan Presiden UEFA Michel Platini menyebab keadaan menjadi kecoh hingga mereka diberitahu supaya melapangkan kawasan itu.

Pada keseluruhannya siaran malam tadi dan pagi ini diterima dengan baik; sekadar mengemukakan komen untuk membaiki liputan dan siaran di masa depan dari orang lama.



Friday, April 27, 2012

Salah Sebut



Ini cerita lama sejak Radio dan TV bermula di negara kita. SALAH SEBUTAN dalam pertuturan, salah ejaan dan salah penggunaan perkataan amat menjadi-jadi sekarang dikalangan personaliti Radio dan TV khususnya dikalangan penyampai berita dan juruacara rancangan. Setiap waktu dan setiap hari ada sahaja kesilapan berlaku. Termasuk juga di TV ialah sarikata dan “caption” (Kepsyen) disepanjang siarannya,  hingga menjadi bahan kelakar, ketawa dan senda gurau dikalangan orang ramai, baik di media mahupon laman sosial.

Dizaman dahulu perkara ini jarang sekali berlaku mungkin kerana bilangan stesen Radio dan TV amat terhad, berkemungkinan kawal-selianya lebih ketat dan mudah kerana waktu siaran tidak meluas seperti sekarang. Zaman monopoli RTM dahulu pembaca berita dan komentator siaran langsung menempuhi ujian ketat sebelum dibenar keudara. Mungkin ini membikin mereka lebih berhati-hati dalam tugas masing-masing. Jika berlaku kesilapan yang tidak sengaja dan tidak ketara, mereka dengan cekap menutupnya. Jika kesilapan itu dianggap berat, mereka tidak segan silu mengguna perkataan “maaf” dalam penyampain dengan penoh sopan membuat pembetulan.

Sejak wujudnya badan-badan penyiaran swasta dan perkembangan Radio RTM disetiap negeri yang ada antaranya bersiaran sepanjang 24 jam tanpa henti setiap hari, rasanya kawal-selia sudah tidak lagi diutamakan, mengizinkan petugas-petugas yang keudara mempunyai lapangan luas untuk beraksi tanpa kawalan dan panduan. Jika dizaman dahulu adalah menjadi amalan untuk merakamkan sepanjang siaran, kini rasanya amalan itu tidak dipraktikkan lagi. Dengan demikian tidak mungkin sebarang kesilapan dapat dikesan.

Salah penggunaan perkataan juga amat menjadi-jadi sekarang seolah-olah Bahasa Melayu amat terhad perkataan dan nahunya. Salah satu perkataan yang disalah guna kini ialah “NOBAT”. Kamus Dewan (Dewan Bahasa dan Pustaka DBP) menyebutnya “pancaragam Melayu yang bermain  ketika Raja ditabalkan”. Kini perkataan Nobat telah hilang seri dan kedaulatan sebagai bahasa yang dikhaskan untuk istana. Setiap pengisytiharan khususnya dalam acara sukan dan pertandingan seni nyanyi, sekarang menggunakan istilah ini secara meluas untuk pemenang atau johan. Nyata benar penganjur dan badan-badan penyiaran amat cetek sekali dalam istilah yang tepat dalam Bahasa Melayu. Mengapakah tidak diguna istilah yang biasa diguna seperti “Umum” (mengumumkan, diumukan), “Isytihar” atau “diangkat”. Tak lama lagi mungkin ada bijak-pandai yang akan menggunakan istilah “tabal” untuk tujuan yang sama. Biarlah perkataan Nobat digunakan khusus untuk peristiwa di istana-istana. Sekiranya perlakuan ini dianggap sebagai keterlaluan mungkin Kabinet atau Persidangan Raja-Raja Melayu, terpaksa mengeluarkan perintah supaya media tidak menggunakan perkataan yang dikhaskan untuk istana bagi tujuan lain.

Kebanyakan salah sebutan berlaku sejak peralihan ejaan hasil persefahaman penyeragaman antara negara-negara serantau yang mengguna “Bahasa Melayu”.

Kebanyakan kesilapan melibatkan nama-nama orang. Yang ketara sekali ialah nama “SYED” dalam ejaan lama yang sekarang di sebut “shed” (seperti sebutan dalam bahasa Inggeris) oleh kebanyakan pembaca berita yang lahir selepas peralihan. Adakalanya perkataan itu disebut “shit”, satu perkataan yang menjijikan dalam bahasa Inggeris. Rasanya dalam hal ini pengarang yang menyediakan skrip eloklah mengingatkan pembaca sebutannya ialah “Sa-yed”.

Satu lagi perkataan yang kerap disalah sebut dalam kategori ini ialah Sukan “Skuasy” (dalam bahasa Inggeris “Squash”). Apabila ianya mengikut ejaan baru, pembaca sering silap menyebutnya “Skua-si”, menukar “sy” yang sepatutnya berbunyi “sh” (seperti menyuruh orang senyap). Yang peliknya bagaimana “sy” boleh bertukar kepada “si”.

Dizaman dahulu satu nama yang hangat di perbincangkan ialah nama pembangkang Pakistan bernama Zulfikar Ali Bhuto. Perkataan Bhuto itu disebut oleh pembaca berita RTM sebagai “Bato”. Pada masa itu Pakistan adalah anti Malaysia menyebelahi Konfrantasi Ganyang Malaysia oleh Sukarno. Perdana Menteri pertama, Tengku Abdul Rahman Putra, menegur RTM secara terbuka menyatakan sebutan yang sebenarnya ialah “Butoh”. Hanya selepas teguran keras dari Perdana Menteri barulah sebutan itu bertukar kepada yang sebenarnya. Apabila anak Zulfikar, Benazir dipilih Perdana Menteri Pakistan barulah sebutan sebenarnya kekal. Nyata sekali dizaman itu RTM menjaga budaya kesopanan sehingga sebutan nama orang dan tempat ditukar kepada yang lebih tertib, supaya tidak terdengar perkataan-perkataan yang dianggap lucah, mencarut dan seumpamanya.

Bila Malaysia ditubuhkan pada tahun 1963 perkara yang sama timbul. Beberapa nama tempat di Sarawak adalah unik (luar biasa) kepada orang-orang di Semenanjung. Antaranya ialah “Nonok” yang membawa makna lucah. Nama tempat seperti ini diubah secara resmi kepada yang lebih memberansangkan seperti “Sri Aman” dan sebagainya. Dengan demikian ia tidak lagi menjadi bahan jenaka. Nama tempat di Sabah seperti “Menggatal” juga dianggap luar biasa pada mulanya tetapi sudah diterima umum. Di Semenanjung sendiri terdapat nama tempat yang menjadi bahan ketawa seperti “Batang Berjuntai” di Selangor. Sudah ada usaha dibuat  untuk menukar nama tempat itu kepada “Bestari Jaya” tetapi diatas papan-papan tanda, nama asalnya masih tercatat dalam kurungan kerana orang-orang tempatan sudah biasa dengan nama yang dikenali mereka sejak lahir.

Nama-nama tempat di Semenanjung sendiri juga sering disalah sebut. Antaranya Alor Merah di Kedah  yang sentiasa disebut dengan nama warna “me-rah”. Orang ditempat itu menyebut “Merah” dengan ejaan e-tanda. Ini adalah keunikan vokal Bahasa Melayu apabila kedua-dua “e” itu TIDAK dibezakan dalam ejaan. Begitu juga nama tempat “Yen” di Kedah yang sentiasa disebut oleh pembaca dan pengulas Radio dan TV seperti yang di eja, walhal sebutan sebenarnya ialah “Yan”. Sudah tiba masanya Kerajaan mewartakan ejaan tempat itu sebagaimana sebutan, iaitu “Yan”.

Kesilapan sebutan kerap berlaku dalam nama-nama yang dipinjam dari bahasa lain, terutama dari bahasa Inggeris. Antara yang ketara ialah nama tempat di Sabah, seperti Beaufort. Sebutan betul ialah “Bo-fert” (dengan e-tanda) tetapi pembaca berita dan pengulas yang tidak mengetahui pasti menyebut “Bi-u-fort”.

Sejak berita dunia menjadi tumpuan zaman sekarang, sudah pasti banyak nama orang dan tempat dari berbagai-bagai bahasa disalah sebut. Kesilapan ini melucukan khususnya bahasa Sepanyol, seperti nama tempat di Latin Amerika yang dieja “Cartagena” tetapi sebutannya ialah “Kar-ta-he-na”.

Kini bidang sukan bolasepak menjadi tumpuan. Semasa Piala Dunia Mexico dulu nama tempat “Guadalajara” sering disalah sebut dari yang sebenarnya dalam bahasa Sepanyol iaitu “Gu-a-da-la-ha-ra”. Nama orang atau pemain juga sering disalah sebut terutama yang berbangsa Sepanyol atau Portugis di Brazil.

Di Malaysia ramai yang minat bolasepak Inggeris melalui propaganda bertubi negara British itu untuk melariskan salah satu ekspot mereka. Orang Inggeris mempunyai cara ejaan dan sebutan yang berbeza dan pelik yang juga menjadi bahan polimik, umpamanya pasukan “Tottenham Hotspurs” sebutan betulnya ialah “Tot-nem” bukan seperti yang dieja. Banyak lagi contoh yang  terdapat.

Ejaan dan sebutan nama-nama orang dan tempat di Indonesia yang banyak dipakai disini juga tidak kurang kelirunya. Perkataan loghat daerah yang dinaik taraf ketahap nasional untuk memperkayakan Bahasa Indonesia adakala dianggap pelik di Malaysia. Sebelum penyelarasan dahulu ejaan Bahasa Indonesia adalah mengikut ejaan Belanda, umpamanya huruf berbunyi “y” di eja dengan “j” seperti “Kemayoran” dieja “Kemajuran”. Begitu juga “Yokyakarta”. “Acheh” dahulu dieja “Atjeh”. Nama-nama orang juga dahulu mengikut ejaan Belanda, seperti “Junus” untuk “Yunus” dan sebagainya. Bertambah lucu kepada kita di Malaysia ialah perkataan tertentu seperti “Butuh”, “membutuhkan” yang lebih membawa makna perlu atau hajat. Dalam ulasan sukan pula pengulas-pengulas Malaysia rajin mengguna perkataan “tewas” untuk kalah. Rakan-rakan dari media Indonesia menjadikannya bahan jenaka, kerana di Indonesia perkataan itu membawa makna “mati” atau “bunoh” yang diguna mereka secara meluas.

Satu masa dahulu bidang penyiaran sebuk dengan “sebutan baku” hingga lupa apa yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan 1957 Artikel 152 yang menyebut antaranya Bahasa Kebangsaan adalah mengikut Loghat Johor-Riau. Perkara ini bermula semasa Dato Sri Anwar Ibrahim menjadi Menteri Pelajaran dengan memperkenalkan “sebutan baku” disekolah-sekolah. TV3 yang satu ketika dipimpin oleh orang-orang yang rapat dengan dia telah melaksanakan penggunaaan “sebutan baku” menyebabkan masyarakat Malaysia berbelah bagi kerana RTM terus tidak berganjak dengan sebutan yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Perdana Menteri pada masa itu Tun Dr. Mahathir dalam mesyuarat Kabinet telah menetapkan bahasa penyiaran hendaklah mengikut apa yang termaktub dalam Artikel 152 Perlembagaan Perseketuan. Kini nampaknya TV3 telah melupakan “sebutan baku” dan kembali kepada sebutan asal loghat Johor-Riau. Namun masih ada saki baki yang menyokong “sebutan baku” masih berusaha supaya ia digunakan. Mungkin kerana ada kepentingan, seperti percetakan buku-buku dalam bidang berkenaan yang pasti laris dijual apabila ianya menjadi buku teks.

Yang peliknya Dewan Bahasa dan Pustaka DBP amat cenderong supaya sebutan baku dilaksanakan dengan mengadakan kursus mengenainya. Pada hemat penulis, tugas utama DBP ialah memelihara dan menyuburkan Bahasa Melayu, khususnya dalam tulisan. Biarkanlah sebutan bahasa Melayu dikendali oleh badan penyiaran kebangsaan RTM, yang menggunanya sepanjang siaran. DBP sudah lupa tugas utamanya memelihara kesucian Bahasa Melayu bertulis. Setiap hari terdapat kelucuan pencemaran bahasa seperti di papan-papan tanda dan iklan yang kononnya mendapat kelulusan DBP. 

Penulis teringat peristiwa bekas Menteri Penerangan Malaysia Tan  Sri Muhamad Rahmat (Tok Mat) ditermuramah oleh TVRI dan RRI di Jakarta apabila rakaman dihentikan kerana Tok Mat menggunakan sebutan Bahasa Melayu bukan Bahasa Indonesia. Penemuramah minta beliau menggunakan Bahasa Indonesia seperti dalam perbualan biasanya. Tok Mat ialah lulusan Universitas Indonesia dan pernah menjadi Duta Besar Malaysia disana. Dengan tegas Tok Mat memberitahu temuaramah itu adalah urusan resmi memerlukannya menggunakan Bahasa Malaysia. Begitulah betapa megah seorang tokoh kepada kedaulatan Bahasa resmi negara. Nyata Tan Sri menegaskan jatidirinya.

Dua lagi bidang yang membahaya dan mencemar Bahasa Melayu sekarang ialah apa yang disebut “bahasa rojak” dan “bahasa pesanan ringkas” (SMS).

Bahasa rojak memang tidak asing kepada masyarakat Malaysia yang beraneka etnik, keturunan dan budaya sejak zaman berzaman. Dizaman gemilang Empair Melaka dahulu Bahasa Melayu adalah “lingua franca” ahli-ahli perniagaan dan pedagang berbagai kaum yang petah dengannya dicampur aduk dengan bahasa ibunda sendiri atau bahasa-bahasa lain yang mudah difahami bila berinteraksi. Ini melarat hingga zaman British menguasai negara ini dengan membawa masuk kaum India dan China untuk kepentingan ekonomi mereka. Sekaligus kemasukan mereka ini menimbulkan selanga pertuturan untuk mudah difahami antara satu sama lain. Keadaan ini melarat hingga menjadi budaya orang-orang bercakap dari satu bahasa ka satu bahasa lain untuk mudah difahami dan menyampai objektif. Hal ini melarat kedalam pertuturan dan ucapan. Di Radio dan TV ianya juga ketara. Jika amalan ini tidak dihentikan oleh pengacara dan pengendali rancangan dan siaran nyata ia akan berkekalan mencacat Bahasa Melayu sejati yang tulin.

Berkaitan “bahasa rojak” ini termasuk kedegilan dan keengganan media Radio dan TV, badan-badan tertentu, mencampur-adukkan bahasa asing, khususnya Inggeris, dengan bahasa Melayu. Contoh yang terbaik ialah nama-nama barang, kempen dan sebagainya yang berakhir dengan “angka”, umpamanya “Boeng 323”, media Radio dan TV enggan menyebut angka itu dalam Bahasa Melayu, mengekalkan sebutan Bahasa Inggeris. Inilah peluang baik bagi memperkasa Bahasa Melayu dalam berita memperkenalkan angka itu dalam Bahasa Melayu bukanya Inggeris.

Ejaan pesanan ringkas SMS sekarang sudah merebak luas sejak perkembangan teknoloji peralatan telekomunikasi. Punca utama ia berlaku ialah peralatan itu mempunyi ruang terhad menyebabkan para penggunanya menjadi kriatif menyingkatkan ejaan mengikut bunyi. Kebanyakan yang melakukankan nya ialah pengguna muda dan remaja yang masih dibangku sekolah atau pusat pengajian. Tindakan ini menyebabkan mereka terpengaruh hingga melarat ke meja pelajaran. Sudah ada aduan menyatakan taraf ejaan kebanyakan murid-murid dan pelajar-pelajar kini sudah menurun. Perkara ini perlu dibendung oleh pihak-pihak yang berkenaan termasuk ibu-bapa dan penjaga mereka yang berkenaan.

Juga yang membimbangkan pencinta Bahasa ialah apa yang disebut “Bahasa Slanga” yang terdapat dalam berbagai-bagai bahasa. Bahasa Melayu jugas tidak ketinggalan. Bahasa slanga ini dipergunakan secara meluas dalam percakapan tidak formal khususnya dikalangan anak-anak muda, golongan tertentu, di daerah-daerah dan sebagainya. Hanya mereka sahaja yang memahami maknanya. Apabila perkataan-perkataan bahasa ini merebak dikalangan orang ramai, kemungkinan besar ia diterima sebagai sebahagian bahasa formal.

Satu masa dulu RTM mempunyai satu bahagian yang di tugas mengesan siaran. Siaran yang dikesan adalah dari luar negara yang membawa berita-berita memperkecil Malaysia dari berbagai bidang, termasuk jugalah siaran radio komunis yang menentang negara ini dahulu. Laporan dari bahagian ini diguna untuk menangkis dakyah yang dianggap anti-Malaysia. Apabila “Perang Dingin” antara kuasa-kuasa besar dan rakan-rakannya serta dakyah menentang Malaysia semakin merosot nampaknya kedudukan bahagian ini tidak diutamakan lagi. Selepas itu satu unit juga ditubuh oleh Kementerian Penerangan untuk mengesan siaran iklan yang dikatakan lebih daripada waktu yang ditetapkan dan adakalanya tidak sesuai. Kedudukan bahagian ini juga sekarang tidak diketahui, mungkin menemui masaalah lojistik hingga terpaksa ditutup.

Perihal “Caption”, “Crawler” dan “Sarikata” telah diperkatakan dalam salah satu “posting” yang lalu. Tidak perlulah dibincangkan disini. Sila lihat link berikut: http://tokciktengok.blogspot.com/2012/03/whats-on-tv-screen.html untuk pandangan penulis.

Satu ketika tidak berapa dulu berlaku perlantikan orang-orang yang memimpin Kemenetrian Penerangan (sekarang KPKK) dan Ketua Pengarah Penyiaran yang mungkin terlupa atau tidak mengerti secara mendalam peranan RTM memperkasa Bahasa Melayu. Salah seorang Menteri Penerangan telah mengubah waktu siaran berita nasional dalam bahasa Melayu dari slot biasanya sejak berzaman 8.00 malam ke 9.00 dan menempatkan berita Mandarin di slot itu di TV1. Riaksi bantahan dari masyarakat memaksa waktu siaran berita berkenaan kembali ke tempat asalnya. Bila diadakan rombakan kabinet beliau diganti oleh tokoh lain. Nampaknya setiap Menteri yang dilantik mempunyai agenda tertentu untuk RTM, yang sudah tentu untuk meningkat imej masing-masing, khususnya dalam berita dan siaran, hingga kepada perlantikan jawatan Ketua Pengarah Penyiaran. Satu ketika dahulu RTM dipimpin oleh orang-orang yang kurang pengalaman dan tidak mendalami kekuatan dan kelemahan anak bauh yang dipimpin mereka. RTM hampir melarat apabila ia dipimpin seorang dari luar dikalangan swasta hingga perisian rancangan dan siaran menjadi celaru. Alhamdulillah keadaan kejahilan itu sudah diatasi dengan tokoh dan Menteri yang memahami cita-rasa dan hala-tuju RTM dalam bidang Bahasa Melayu khusunya.

Sudah tiba masanya badan penyiaran kebangsaan RTM serta badan-badan penyiaran swasta termasuk badan penyiaran satelit Astro bersatu tenaga membendung gejala-gejala tidak sihat dalam pertuturan, sebutan dan tulisan dalam apa bentuk sekalipon demi mempertahankan kesucian Bahasa Melayu, sekaligus menyemaikan semangat jatidiri nasional negara Malaysia. Penubuhan satu Jabatan untuk tujuan itu dibawah panji-panji Kementerian Penerangan, Kebudayaan dan Komunikasi (KPKK) amat dialu-alukan.

Baru diumumkan ialah “Panggung Bahasa” oleh Menteri KPKK Dato Seri Utama Rais, satu projek yang belum jelas hala tujunya. Jika benar ianya bertujuan memperkasa Bahasa Melayu, bagus juga ianya merangkumi perihal salah sebutan dan pembentukan satu “jabatan khusus” untuk menjamin supaya terpelihara kesucian dan gaya sebutan Bahasa Melayu diudara dan ditonton di semua siaran Radio dan TV negara Malaysia.


Friday, April 20, 2012

Remembering Zabri Adil.


[ I received requests from friends who are not familiar with the English language to have a Malay version of this posting. So at the end of the English version will be the Malay, in Perak style, the lingo that Zabri love and enjoy in his conversation with me ]

19 April 2012. I was in shock on receiving an SMS message from Muhammad Rizal Hashim (Blogger Loose Canon of Malaysian Sports), one of my friends on Face Book asking me if I knew about my good friend Zabri Adil being involved in an accident. I was in Klang. When such news arrived my first instinct was to know details. I gave him a call. He didn’t have but was informed by the family that Zabri had passed away and his remain was to be taken home from Hospital Kuala Lumpur HKL for burial after Asar Prayer at the Muslim Cemetery at Taman Ibu Kota.

I made contact with some friends and by 2.30 pm we (Zulkarnain Hassan, Tengku Mohd Ali and Sidik Shamsudin) were making our way to Zabri’s house in Taman Perwira, Gombak. Arriving at about 3.30 we were told his remain was still at KLH and will be on the way. I had the chance to have words with his son Adlan who still remember me when he was a school kid tagging along with his father to see football matches at Stadium Merdeka.

Zabri Adil was a well known name in TV broadcasting in its early days. He was one of the early News Reader on TV Malaysia as RTM was known then. RTM has never had the post of News Reader on its payroll. As a talent post, News Readers are paid on piece meal basis. Zabri was one of them. He was reading once a week normally during weekends which fit into his schedule as “Court Interpreter” in Ipoh. He travelled from Ipoh to fulfil his interest. Those were the days when there was neither Plus North-South Expressway nor the so-called trunk road with the defunct toll in Slim River. He took the winding road all the way from Ipoh to Kuala Lumpur to be at the temporary TV studio in Jalan Ampang beside the Dewan Tuanku Abdul Rahman. That was how much interest he had in being a TV personality. He has a pleasant voice. I rated him as a good news reader.

                            photo: compliment Adlin Z Adil

When TV Malaysia was increasing its air time expanding with a second network, Zabri opted to leave his Court Interpreter post in Ipoh for a more lucrative position of “Coordinating Producer”. The post entails him to make sure that the broadcasts be on the air according to the detailed on the schedule. It must have been at the encouragement of his confidante and good friend Dato Abdul Aziz Wok who was among the early batch of Producers in TV Malaysia. Aziz migrated from being a school teacher to be a broadcaster with interest in Drama.

Zabri and Aziz were classmates at Anderson School, Ipoh in the 50’s. I used to see them in school being my super senior by a good many years. We became good friends in RTM. They stayed at the school hostel for a good many years. Aziz hailed from Chemor to the north of Ipoh, while Zabri was from Gunong Mesah in Gopeng to the south of Ipoh, a place known for its durian orchards.

When the civil service decided to shrink its rank and post in an exercise sometime in the later part of the 70’s the post of Coordinating Producers was bundle together with the post of TV Producers, Programme Assistant in Radio and similar posts in RTM, making way for interchange of posts much easier. Zabri was one of those involved in the exercise later in his career. He became a Producer involved in TV production. In fact he fit in easily to be a sports producer for his keen interest in the field. He enjoyed the job as he is more of an outdoor man than being locked in the office.

                             photo: compliment Adlin Z Adil

However Zabri’s name is more associated with being “Coordinating Producer” taking charge of TV broadcasting schedule to the dot. He rose to be its Head. The schedule was at his finger tip. I found it easier dealing with him in this matter as he didn’t need to refer to the schedule proper. He always told me he has to return to the court all over the country whenever there were cases involving the exact time of happening according to the TV schedule. He would be away from his office as the cases would take days. He seems to enjoy this part of his job at being court witness.

He served in Penang and Ipoh for a short stint but his based was always in KL as his wife was a Senior Nurse at KLH and his growing up children (3 sons and a daughter) were still in school in KL. Zabri is a family man. He doted on his children in his own way and would always mention them in his conversation.

I knew Zabri as a jovial person and never at loss for humour at any time. He would produce anecdotes at the most unexpected time. This part of his character served him well among his many close friends. There was no airs in him. I would rate him as the life of the party. He would never miss any occasion of getting together among friends and colleague. He was a regular at the bimonthly lunch occasion of RTM’s veteran. We will miss him.

Zabri is loyal to his friends. I still remember the days when his close friend Dato’ Aziz Wok was having crisis in career being transferred from being Director of Sabah Region to be Head of Suara Malaysia, the external radio broadcast of RTM. A transfer to Suara Malaysia would equate to be exiled from mainstream RTM. Aziz was sort of an island. I was his deputy then and the only person who visited and talked to Aziz regularly was Zabri. Their friendship and companionship was so closed that Aziz decided to take along Zabri for his by-pass surgery in New Zealand. I was curious and asked Aziz why he chose Zabri and not a member of his family, especially his wife. Aziz told me humorously he would die should his wife tag along because he had to carry the baggage himself. With Zabri around he got a porter and a spokesman with the hospital and other authorities in New Zealand. He said Zabri has to work for his all paid “holiday”.

On his demise at the age of 78 Zabri took with him vast knowledge and experience of broadcasting of this country which was part of his life and career. The broadcasting sphere in this country would miss a point of reference.

Semoga Allah mencucuri rahmat keatas rohnya dan menempatkannya dikalangan mukmin yang soleh.

Alfatihah. 


[ Mengenang Rakan Seperjuangan:



19.04.2010. Terkedu teman menerima pesanan ringkas SMS dari Muhammad Rizal Hashim (Blogger “Loose Cannon of Malaysian Sports”) salah seorang kawan baru teman di FB bertanya samaada teman tahu sahabat karib teman Zabri Adil terlibat dalam kemalangan. Ketika itu teman di Kelang. Berita seperti ini biasanya menggerak teman menalipon balik menanya butiran lanjut. Rizal tiada butiran kecuali dia diberitahu oleh keluarga, Zabri telah kembali kerahmatullah dan jenazahnya akan dibawa pulang kerumah dari Hosptal Kuala Lumpur untuk disemadikan di Tanah Perkuburan Taman Ibu Kota selepas Solat Asar.

Teman menguhubungi beberapa kawan rapat. Pada 2.30 petang kami (Zulkarnain Hassan, Tengku Mohd. Ali dan Sidik Shamsuddin) bergerak kerumah Zabri di Taman Perwira, Gombak. Setibanya disana jam 3.30 kami dimaklum jenazah masih di HKL. Teman sempat bercakap dengan anaknya Adlin yang masih ingat teman semasa dia seorang murid sekolah yang mengekori ayahandanya menonton bolasepak di Stadium Merdeka dahulu.

Zabri Adil ialah nama terkenal dizaman penyiaran TV mula menapak di Semenanjung. Zabri ialah salah seorang Pembaca Berita di TV Malaysia, sebelum wujudnya RTM. RTM tidak pernah ada jawatan Pembaca Berita hakiki dalam senarai perjawatannya. Sebagai jawatan “bakat”, Pembaca Berita dibayar secara runcit (ada kerja ada bayaran). Zabri adalah antaranya. Dia bertugas seminggu sekali biasanya dihujung minggu, sesuai dengan jadual kerja hakikinya sebagai “Jurubahasa” Mahkamah di Ipoh, Perak. Ketika itu mana ada jalan pantas Leburaya Utara-Selatan Plus atau jalan federal yang  bertol di Slim River. Dia terpaksa mengambil jalan sempit yang berbengkak-bengkok seperti ular dari Ipoh ke Kuala Lumpur untuk berada di Studio Sementara TV Malaysia di Jalan Ampang, bersebelahan Dewan Tuanku Abdul Rahman. Begitulah kuat azamnya untuk menjadi personaliti TV. Zabri mempunya suara parau yang menarik. Teman menganggapnya seorang Pembaca Berita yang baik.

Bila TV Malaysia menambahkan waktu siaran dengan mewujudkan Rangkain Kedua, Zabri mengambil keputusan meninggalkan jawatan Jurubahasa di Ipoh kepada jawatan “Penerbit Penyelaras” (CP) TV Malaysia yang lebih lumayan gajinya. Jawatan ini memerlukanya memastikan siaran TV Malaysia adalah mengikut jadual dan masa tepat yang telah dirangka, memerlukan penyelarasan rapi dengan beberapa pihak lain. Rasanya perubahan sinario Zabri mungkin atas galakan sahabat karibnya Dato’Aziz Wok, salah seorang  Penerbit TV dalam kumpulan awal TV Malaysia. Aziz berpindah dari tenaga pengajar sekolah untuk menceburi lapangan penyiaran, dengan minat di bidang Drama.

Zabri dan Aziz adalah rakan sedarjah di Sekolah Anderson, Ipoh ditahun 50an. Teman sering melihat deme berdua disekolah; deme lebih kanan dari teman buat beberapa tahun. Namun kami menjadi rakan karib di RTM. Deme menginap di hostel sekolah buat beberapa tahun. Aziz berasal dari Chemor, sebelah utara Ipoh, sementara Zabri berasal dari Kampong Gunung Mesah, Gopeng, sebelah selatan Ipoh yang amat terkenal dengan dusun-dusun durian.

Bila perkhidmatan awam mengecutkan jawatan dan pangkat dalam satu kajian pada penghujung 70an, jawatan “Penerbit Penyelaras” (CP) telah disatukan dengan jawatan Penerbit TV, Pembantu Rancangan Radio dan seumpamanya di RTM membuka pintu pada banyak pemegang jawatan yang terhad peluang naik pangkat beralih kepada bidang lain di RTM. Zabri adalah antara yang terlibat dalam kerjayanya kemudian hari. Dia berpeluang bertugas dalam Penerbitan TV sebagai Penerbit. Nyata benar Zabri dengan mudah berjaya menyesuaikan dirinya sebagai Penerbit rancangan Sukan TV kerana minatnya dibidang itu. Zabri sungguh seronok dibidang itu, kerana dia lebih merupakan seorang yang minat kerja luar daripada terpengap dalam bilik pejabat.

Bagaimanapon nama Zabri lebih tersemat sebagai CP mengawal jadual siaran TV. Dia meningkat sebagai Ketua bahagian itu. Jadual siaran TV tidak lekang dari ingatannya, hingga tak perlu merojok kepada jadual yang dirangka. Bagaimanapon Zabri memberitahu ianya adalah kerja berat kerana kerap jadual siaran TV dijadikan rojokan apabila berlaku kes dimahkamah yang memerlukannya memaklumkan waktu tepat sesuatu rancangan TV apabila ia ditimbulkan dimahkamah. Zabri sering tiada dipejabatnya kerana menghadiri mahkamah bila diperlukan sehingga memakan masa berhari-hari. Gaya dia bercerita nampaknya dia seronok kembali kemahkamah sebagai saksi.

Zabri pernah bertugas seketika di RTM Pulau Pinang dan Ipoh, tetapi pengkalan tetapnya ialah Kuala Lumpur kerana isterinya ialah seorang Jururawat Kanan di HKL dan anak-anaknya yang sedang membesar bersekolah di KL. Zabri menyayangi keluarganya, sentiasa memberi tumpuan kepada 4 orang anaknya, 3 putra dan seorang putri. Dia sering menyebut mereka dalam perbualannya.

Teman mengenali Zabri sebagai seorang yang periang dan sentiasa bekelakar, tak kering gusi dibuatnya. Dia sentiasa mengeluarkan kata-kata hikmat yang luar biasa. Perangai ramahnya ini membikin dia sangat popular dan disenangi dikalangan rakan-rakan dan yang mengenalinya. Dia tidak menyombong atau bongkak. Teman menganggapnya sebagai tokoh yang menghidupkan sebarang perjumpaan dan perbualan. Zabri sentiasa hadir di sebarang perjumpaan dengan rakan-rakan seperjuangan. Dia jarang ketinggalan di “Lunch Veteran RTM” setiap 2 bulan. Kawan-kawan semua sudah tentu kesunyian tanpa kehadirannya.

Zabri sangat setia dengan kawan-kawan. Teman masih ingat ketika sahabat karibnya Aziz Wok menempuh krisis dalam karyanya ketika di tukar dari jawatan Pengarah Penyiaran Kawasan Sabah kepada Ketua Suara Malaysia, siaran luar negeri RTM. Ketika itu pertukaran ke Suara Malaysia adalah dianggap sebagai “buang negeri” dari arus perdana RTM. Aziz semacam terpulau. Teman ialah timbalannya. Orang yang sentiasa melawat dan berbual mesra dengan Aziz ialah Zabri. Rasanya pertukaran itu menyebabkan kesihatan Aziz terganggu. Persahabatan deme berdua yang begitu rapat sekali membikin Aziz mengambil keputusan membawa Zabri dan bukan keluarga atau isterinya menemaninya ke New Zealand ketika dia menjalani pembedahan pintas jantung disana. Pada teman ini luar biasa. Secara berseloroh Aziz memberitahu teman dia akan “tumpo” cepat sekira isterinya menemaninya kerana dia sendiri terpaksa “mengendong” semua barang-barangnya. Dengan adanya Zabri semua kerja itu akan menjadi tanggung jawabnya sebagai “porter”, setiausaha dan jurucakap dengan hospital dan pihak berkuasa lain New Zealand. Katanya Zabri kenalah berkerja untuk “cuti” percuma itu.

Dengan pemergiannya pada usia78 tahun, Zabri membawa bersamanya sejarah, pengalaman dan pengetahuan bidang penyiaran negara ini yang tiada ternilai harganya sebagai legasi hidup dan karyanya. Bidang penyiaran negara ini kehilangan sebutir permata rujukan.

Semoga Allah mencucuri rahmat keatas rohnya dan menempatkannya dikalangan mukmin yang soleh.

Alfatihah. ]