Wednesday, February 8, 2012

Fare Thee Well (10) Ustaz Mohd Said M.Saman




This is a continuation of the series remembering colleagues who has influenced over my carrier in broadcasting. Though they have gone, the memories are still strong. The series were published in the PVRTM website
It is reproduced in its original form in Malay as posted on 23.07.2003. Hopefully it brings back nostalgic memories of the past to those who knew them from afar and near.
Mohd. Said M. Saman is a Radio broadcaster in the religious field. He is easy going and I have many pleasant memories widening my knowledge.
USTAZ MOHD SAID M. SAMAN ialah antara tokoh misteri kepada saya. Pada mulanya saya sangka dia adalah antara calon "permanent bachelor" dikalangan rakan-rakan kita. Namun status itu berubah bila "Abang Don" (nama glamornya) mendirikan rumah tangga mengikut peredaran zaman.
Dia dianggap sebagai pakar kaligrafi (khat dalam bahasa Arab) kerana kemampuannya menulis jawi dan ayat-ayat Al-Quran yang indah sehingga kerap dipanggil oleh Penerbit rancangan agama di TV untuk menulis grafik. Jadi adalah wang saku tambahan baginya, dengan kebenaran resmi.

Pada saya dia seorang yang sentiasa tersenyum seolah-olah dunia tiada masaalah. Dia seorang yang popular dikalangan kawan-kawan dan adakalanya Abang Don dijadikan objek usikan kerana membujang. Dia seorang yang cermat dan sangat dipercayai, sehingga "sindiket harta" dikalangan kawan-kawan memilihnya sebagai Bendahari.

Kisah yang sentiasa membuat saya tersenyum mengenang Allahyarham kononnya berlaku disatu hujung minggu. ‘Gang’nya yang berasal dari sebelah utara seperti Allahyarham Wan Ahmad Kamal (orang Kedah), Allahyarham Haji Rashid (orang Tanjung) dan lain yang saya lupa namanya telah pergi lewat satu malam ke fletnya di Jalan Pekeliling menjemputnya bersiar-siar menikmati indah malam. Kononnya Abang Don telah mengikut mereka dengan hanya memakai singlet dan kain pelekat sehelai sepinggang sahaja, tidak lebih. Kerana keletihan dia terlena. Lama juga mereka berkereta hingga menyinsing pagi di Kuala Perlis. Apa lagi kaki-kaki makan itupon bersarapan pagilah dengan senang hati. Selesai sarapan mereka menuju balik ke KL. Ramai menyatakan ia kisah benar! Tak dapat saya ‘confirm’ kerana ‘main actors’ semuanya sudah kembali keRahmatullah.

Saya tidak berjumpa dengannya sejak dia bertugas di Radio "Nahdatul Islam" di Jeddah, Arab Saudi. Yang saya ketahui sekembalinya dari sana dia berada di Negeri Trengganu dan sudah bahagia berumah-tangga.


No comments:

Post a Comment