This is not an archive material as I just wrote the story of
my close friend the late Tuan Haji Azhar bin Haji Ahmad. He passed away a couple
of years back after battling with health problem for some time. I had many
happy moments with this kind man who tested me in the written and voice tests
when I applied for post at Radio Malaysia Malay Service in 1963. He guided me
well. I learn the trick of the trade from him although he was holding a junior
post but he was already there for several years with useful experience. We were
quite close when we retired and kept in touch till the closing chapter of his
life.
I prefer to write in Malay when remembering old friends like
Azhar. I may miss some of the dates. I hope those who remember would kindly inform me through the comment column so that this piece could be corrected.
Azhar Ahmad
Di zaman gemilang Radio (RTM) dulu nama Azhar Haji Ahmad
adalah tidak asing kepada pendengar-pendengar kerana suara dan penyampaiannya
sukar ditandingi ketika membaca berita atau menyampai rancangan selain dari
menjadi pengulas siaran secara langsung peristiwa terkemuka tanah air. Dia juga
terkenal sebagai penerbit Drama Radio.
Saya mengenali tokoh yang berasal dari Air Tawar, Perak ini
semasa menjadi staf Radio Malaytsia pada penghujung 1963. Dia sudah pon
bertugas disitu beberapa tahun sebelumnya dalam jawatan Pembantu Siaran Gred
III (BA3).
Kali pertama saya bertemu dengannya semasa saya menempuhi
ujian tulisan dan ujian suara selepas memohon jawatan “BA2 sementara” pada
tahun 1963. Dia ditugas menjalankan ujian itu oleh Ketuanya. Saya amat
beruntung dia yang menjadi penguji saya kerana dia telah memberi petua dan
tunjuk ajar yang sungguh baik sahingga saya faham barulah ujian dijalankan
(dirakam untuk ujian suara). Saya tidak tahu sama ada ujian ini masih
dijalankan oleh RTM untuk mereka yang berhasrat menjadi penyiar. Pada saya ini
adalah cara yang paling baik.
Bila saya melaporkan diri sekali lagi Azhar adalah antara
pegawai yang membantu saya mendalami tugas penyiar. Walaupon jawatan saya lebih
kanan daripadanya, dia tidak kedekut dengan ilmu yang ada padanya sehingga kami
menjadi kawan rapat. Pada masa itu bilangan staf siaran Bahagian Melayu amat
terhad. Dengan cepat kami mengenali satu sama lain. Saya selalu mengikuti Azhar
dalam tugasnya kerana pada masa itu, itulah caranya belajar sambil kerja. Tiada
latihan formal seperti sekarang dengan Pusat Latihan IPPTAR. Rasanya saya
adalah seorang anak murid yang cepat menimba ilmu.
Pada masa itu kediaman kami (Majid Kayat dan saya) di Blue
Boy Mansion menjadi markas kawan-kawan penyiar Bahagian Melayu kerana banyak kemudahan
termasuk berhampiran tempat hiburan “BB Park” yang terkenal satu zaman dahulu.
Azhar adalah salah seorang pengunjung tetap.
Pada tahun 1966 sebagai seorang baru saya telah
dipertanggungjawab menjadi Pengelola Rancangan Melayu Kawasan Utara di Pulau
Pinang. Terputuslah hubungan saya dengan rakan-rakan sekerja di Kuala Lumpur.
Setahun kemudian Ketua kami arwah Aziz Abu Hassan menguhubungi saya nak
menukarkan saya ke Kota Bharu, Kelantan untuk menerajui siaran Melayu disana.
Sebelum ke Pulau Pinang dulu En Aziz dan saya ada perjanjian jika saya tidak
serasi di Pulau Pinang saya boleh minta tukar. Saya mengingatkan kembali
perjanjian itu kepada En Aziz. Dengan itu Azhar telah ke Kota Bharu.
Pada masa itu siaran kawasan sedang berkembang begitu
pantas. Kami dipertanggungjawab memastikan kejayaannya dengan mengenal berbagai
jenis rancangan baru sesuai untuk kawasan masing-masing. Perkembangan ini
memerlukan kakitangan. Kami di beri “mandate” untuk mengambil pekerja sambilan
sebagai juruhebah dan penulis sekrip.
Selain dari menyiarkan seni dan budaya Pantai Timur, Azhar
telah memperkenalkan rancangan kegemarannya Drama dengan mewujudkan slot khas.
Dia terus mengadakan kursus penulisan sekrip drama dikalangan bakat-bakat
disana, disamping mencari bakat suara yang sesuai sebagai pelakon. Keadaan itu
mengangkat Azhar kepada gelaran “Masta” dikalangan anak buahnya. Dia telah
mengasaskan Persatuan Penulis Kelantan, dan pernah menjadi Setiausahanya untuk
menjamin kejayaan aktibitinya. Ramailah penulis-penulis Kelantan menjadi anak
muridnya. Sekaligus lapangan drama Kelantan menjadi meriah.
Ketika perkembangan pesat rancangan dan siaran radio pada
tahun 70'an Azhar telah kembali ke Kuala Lumpur di tempat baru di Wisma Radio
Angkasapuri. Dia telah naik pangkat “Pembantu Rancangan” dan ditugaskan
Pengelola Drama Radio, bidang yang amat digemarinya. Ketika inilah kami sering
bertemu, sekurang-kurang seminggu sekali dalam Mesyuarat Pengelola-Pengelola
Radio. Sebagai Pengelola Suara Malaysia saya lebih merupakan pemerhati memberi
pandangan dan “input” untuk siaran radio keseluruhannya. Azhar adalah Pengelola
yang aktif dengan pandangan yang bernas.
Tidak berapa lama kemudian Azhar sekali lagi berpindah ke
Kawasan Pantai Timur. Kali ini destinasinya ialah Kuala Terengganu sebagai
Pengarah Kawasan apabila ibu pejabat berpindah dari Kota Bharu ke Kuala
Terengganu.
Hampir di penghujung karyanya dia berpindah balik ka Kuala
Lumpur tetapi tidak lagi terlibat dengan penerbitan dan siaran. Dia ditempatkan
di Bahagian Penyelidikan sebagai Ketuanya. Disinilah berbagai-bagai maklumat
dikumpul dan dikupas untuk dilaksana oleh semua Jabatan dibawah Kementerian
Penerangan ketika itu.
Sepatutnya Azhar ditempatkan diibu pejabat RTM dimana bakat,
pengalaman dan kepakarannya dalam bidang rancangan, penerbitan dan siaran radio
amat berguna meningkat prestasi Jabatan khususnya dikalangan staf baru.
Jawatan terakhir sebelum bersara disandangnya ialah Pengarah
Kawsan Selatan di Johor Baru. Rasanya dia tidak gembira kesana kerana
meninggalkan keluarganya di Kuala Lumpur.
Bila bersara pada tahun 1993 Azhar menetap dirumahnya di
Kelana Jaya. Dia menumpukan aktiviti beramal ibadah sepenuh masa di Mesjid
berhampiran, selain dari melawat saudara-mara menghubung kembali silatulrahim.
Kami menjalin hubungan setelah saya berasara di penghujung
1995. Hubungan kami kebanyakannya melalui talipon bimbit yang sangat popular
dizaman itu ketika diperingkat permulaan ia di perkenalkan. Azhar rupanya
seorang yang suka berjenaka. Banyak juga jenaka yang saling kami bertukar-tukar
antara satu sama lain dan juga kawan-kawan seangkatan.
Azhar juga suka melawat tempat-tempat menarik. Kami telah
pergi bersiar-siar di Kolam Air Panas Sungai Kelah di Trolak dua kali bersama
isterinya. Dia seronok sekali menemui kolam air panas itu, disamping menjamu
selera dengan makanan yang enak di Slim River dan Tanjung Malim. Dia sendiri
memandu kereta Mercedesnya. Memandu adalah kegemarannya.
Kemudian saya mencadangkan kepadanya untuk bertemu di sarapan
pagi dengan kawan-kawan lain. Kami memulakannya dengan menjemput Sidik
Shamsuddin yang duduk di Subang Jaya berhampiran kediaman saya untuk pergi ke
Gombak bersarapan dengan Haji Azharuddin Hussein dan Mohd. Hassan. Kami
lantikkan Azhar Penghulu kerana usianya yang lebih lanjut dari kami semua.
Restoran pilihan Azharuddin ialah Ros Fatimah. Seronok juga berjumpa dan
berborak-borak dengan kawan-kawan lama. Ia bermula sejak 2004. Oleh kerana
semuanya orang pencen, kami membuat keputusan masing-masing membiayai sarapan
sendiri. Tiada yang membangkang.
Sebulan kemudian kami mengadakan sarapan pagi di Kelana
Jaya. Seterusnya diadakan pula di Gombak. Kali ini kumpulan dibesarkan dengan
menjemput Tengku Mohd. Ali dan Zulkarnain Hassan. Kawan-Kawan dari Gombak juga
turut sama termasuk Samad Haroun dan isterinya Liz yang kebetulan berada disana.
Apabila berita mengenai sarapan pagi ini merebak dikalangan
kawan-kawan ramai yang meminta untuk dijemput. Masaalahnya ialah lojistik. Kami
telah melantik Haji Azharuddin menjadi kordinator dan T.Ali sebagai Setiausaha
kerana Tengku juga pada masa itu Setiusaha Agong Kehormat PVRTM.
Berikutan dengan itu beberapa lokasi telah dipilih di
Bangsar dan Petaling Jaya di restoran-restoran yang bagus makanannya dengan
harga patut. Haji Azhar menghadirinya secara tetap, walaupon bilangan ahli
bertambah besar hingga mencecah 30 orang. Ini adalah aktibiti persendirian
kerana masing-masing mengeluarkan bayaran dari kocek sendiri. Aktibiti ini juga
membantu PVRTM menambah ahli-ahli baru.
Oleh kerana ramai yang mengadu sukar merempuh kesesakan lalu
lintas disebelah pagi, maka untuk keselesaan Breakfast Club itu di tukar kepada
Lunch Club (Jamuan Tengah-hari) diadakan 2 bulan sekali di Restoran Tappers,
The Sphere, Bangsar Selatan dimana terdapat kemudahan letak kereta.
Azhar tetap menhadirinya sehinggalah kesihatannya terganggu
dan terpaksa berulang ke Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk rawatan.
Tiba-tiba diterima berita isterinya meninggal dunia dalam
tahun 2009. Selang dua bulan kemudian Azhar sendiri kembali ke rahmatullah.
Maka kami kehilangan seorang sahabat.
Alfatihah.
Masta aka Azhar Hj Ahmad kpd PC bukan sekadar kawan dan boss ketika di RTM KB tahun 60an tetapi maha guru dlm bidang penyiaran. Banyak ilmu yg diperturunkan kpd saya dan petugas2 lain seperti Mohamad Latiff, Rahim Hj Mohamed, Hussin Ibrahim, Hasnah Mohamed dan lain2. Kehilangan masta tak dapat dicari ganti. Alfatehah buat arwah dan arwah isteri isteri. Terima kasih TC kerana mengkesahkan secebis sejarah hidup arwah itu.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDelete