Wednesday, February 8, 2012

Fare Thee Well (5) Ishak Ubah.



This is a continuation of the series remembering colleagues who has influenced over my carrier in broadcasting. Though they have gone, the memories are still strong. The series were published in the PVRTM website
It is reproduced in its original form in Malay as posted on 23.07.2003. Hopefully it brings back nostalgic memories of the past to those who knew them from afar and near.
Ishak Ubah was a well known name in the early Malay radio broadcasting in the country in the field of drama for his life like performance of the character “Sahak” in the series “Kebun Pak Awang”.

ISHAK UBAH ialah satu nama yang sudah saya kenali sebelum berkarya di Radio Malaysia lagi akibat terlalu terpengaruh oleh rancangan popular "Kebun Pak Awang". Bila masuk RTM terperanjat juga saya bertemu seorang dewasa rupanya tuan punya suara budak Sahak anak Pak Awang. Ketika itu Sahak (nama glamornya) ialah Jurutaip di Bahagian Melayu. Berlakon dalam Kebun Pak Awang membuatnya "lebih mewah", lebih-lebih lagi dibidang populariti.

Sebagai pendatang baru saya tidak berani berjenaka atau mengusiknya seperti kawan-kawan lain kerana saya rasa dia seorang yang serius dan berhemah tinggi. Namun dia kerap melawak dengan saya kerana raut muka saya yang dianggapnya ganjil. Disitulah perselisihan kami. Namun kami tetap berkawan baik dan selalu juga bergebang serta minum teh bersama di kantin diwaktu lapang bertukar pandangan dan idea sementara menunggu giliran membuat rakaman drama radio.

Saya juga turut gembira mendengar yang dia telah bertugas dipejabat Tan Sri Khalil Yaakub (kini Tun, Yang di Pertua Negeri Melaka) ketika menjadi Menteri Tak Berfotlio dan kemudian Menteri Besar Pahang, sebagai Pembantu Khas.
 Ketika itu jarang-jarang kami berkesempatan bertemu, sehinggalah dia membuat keputusan untuk terus bersara.


1 comment:

  1. salam,
    saya pernah dengar nama tuan di rtm, hanya kenal nama dan suara sahaja. kalah tak salah tuan teribat dgn bahagian sukan. ishak ubah(aruah) tu jiran saya dulu. saya berkawan dgn anak2nya semasa kecil dulu. saya ingin berhubung dgn anak2nya, boleh tak tuan tolong..?

    ReplyDelete