This is the story of Wahab Haroun
as I knew him. I wrote this way back in 2004 for PVRTM website but it did not
go into print. So am reproducing it here for those who remember Wahab.
Wahab is among the three
musically inclined brothers to joined Radio Malaya/Malaysia in the 60’s, The
elder being Samad and Abdullah, both have good voice and sang with Orkestra RTM
in its early days. Wahab didnt sing publicly. They hailed from Penang. Their
niece Mahani Ujang rose to be a prominent announcer in the Malay broadcast.
This piece was written in Malay.
WAHAB HAROUN
Wahab
Haroun meninggal pada 11 Mei setelah sekian lama bertarung dengan penyakit buah
pinggang. Dia menempuhi pembedahan tetapi responnya terhadap rawatannya sangat
berkurangan.
Sungguh
ramai saudara mara, sahabat handai, rakan, kawan dan taulan menziarahi
jenazahnya dikediamannya di Taman Tun Dr Ismail. Kami (Haji Azhar Haji Ahmad,
Haji Yusof Awang, Haji Abdullah Hakim, Haji Zulkarnain Hassan, Haji Sidik Shamsuddin dan saya sendiri) telah
berkunjung memberi penghormatan kami kepada rakan sekerja yang sekian lama
dikenali sejak Federal House lagi, iaitu pada tahun 1960-han.
Sejak
bersara pada umur yang lewat ini saya sering bertemu Wahab yang masih gigih
berkhidmat di syarikat penerbitan swasta 59 Communications, iaitu bersama-sama
dengan mereka yang pernah berkhidmat dengannya di Sistem Televisyen Malaysia
Berhad (TV3) dahulu. Kebetulan markas syarikat terletak betul-betul berdepan
dengan kediaman saya. Bila kelapangan selalu juga kami berbual dan mengembalikan
kenangan masa lampau, dizaman gembira semasa masih muda dan baru mula berkerja
dahulu.
Saya
mula mengenali Wahab bila saya mula bertugas di Bahagian Melayu, Radio Malaysia
di Rumah Persekutuan pada tahun 1963. Pada masa itu saya memegang jawatan BA2
menerbit rancangan majalah, rencana dan dokumentari, sementara Wahab berjawatan
BA4 membantu dalam penerbitan. Dia bertugas di Perkhidmatan Jadual dan Urusan
Rancangan sebagai pegawai serbaguna, Dia menyertai Radio Malaysia lebih awal
dari saya. Dia sering memberi petua dan tunjuk ajar dalam gaya penerbitan.
Pendek kata dia tidak kedekut dengan ilmu yang ada padanya, sekaligus membuat
kerja sangat mudah.
Sebenarnya
dia bukan setakat membantu dalam penerbitan, malah diberi kesempatan oleh ‘bos’
untuk menerbit rancangan hiburan piring hitam. Salah satu rancangan mingguan
yang diserahkan kepadanya ialah “Permintaan Polis” (rakaman) boleh dikatakan
popular juga. Pada masa itu rancangan tersebut mendahului berita jam 5.00
petang. Kebetulan saya menjadi pembacanya. Saya kurang minat muzik dan lagu
tetapi lagu yang disiarkan dalam rancangan itu menarik perhatian saya, kerana
pada minggu sebelumnya lagu yang sama berkemundang. Saya terdorong meneliti
senarai pemintanya. Sebagai seorang sahabat dan juga pegawai kanan, saya
berbisik pada Wahab “hang repeat (ulang) rancangan itu kerana tak berubah dari
minggu lalu”. Selamba sahaja dia menafinya. Kemudian kami dimaklumkan bahawa
‘bos’ mendapat kompelen (aduan) dari pendengar dan dia diberi amaran yang
program itu akan diteliti. Itulah antara situasi lucu bersabit dengannya hingga
mendorong saya berjenaka dengannya “hang jangan main-main dengan polis, kena
saman baru tau!”. Sejak itu timbullah kata-kata himat orang-orang Radio: “Sayangkan
program, di repeat-repeatkan” (diulang-ulang siarannya).
Kerana
kepakaran adik beradiknya, abangnya Samad dan adiknya Abdullah, dia berjaya
menyandang jawatan BA3.
Kemudian bila TV
Malaysia mengembangkan khidmat rancangan hiburannya, Wahab telah diambil
sebagai Penolong Penerbitanya pada l970’an. Tak lama lepas itu dia diberi
tanggungjawab Penerbit. Oleh kerana ianya jawatan serbaguna, demi meluaskan
pengalamannya Wahab ditukar ke dua atau tiga bahagian lain jenis penerbitannya.
Ini menyebabkan dia resah bertugas kerana minat utamanya ialah muzik dan
hiburan.
Bila
TV swasta pertama memulakan khidmat siarannya Wahab telah menyertainya dan
terus menjadi Penerbit hiburan yang awal di TV3. Pada masa itu saya putus
hubungan dengannya masing-masing menumpu kerjaya masing-masing di badan
penyiaran TV yang bersaing.
Bila stesen
swata itu menghadapi krisis ekonomi 1990’an ia telah mengadakan restructring
(penyusunan organisasi) ramai kakitangan memilih untuk menceburi bidang swasta
persendirian, samada menerbit dan membekal rancangan kepada RTM atau TV3 atau
menyediakan khidmat penerbitan “imej korporat”syarikat-syarikat ternama,
ataupon menceburi bidang pemasaran dan pengiklanan yang dikatakan membawa
pendapatan yang lumayan. Wallahhulam!
Itulah
bidang yang diceburi olah Wahab hingga ke akhir hayatnya.
Alfatihah
Amin
Subang Jaya
2004
No comments:
Post a Comment