Tuesday, February 7, 2012

Fare Thee Well (3) Haji Dol Baharim



This is a continuation of the series remembering colleagues who has influenced over my carrier in broadcasting. Though they have gone, the memories are still strong. The series were published in the PVRTM website

It is reproduced in its original form in Malay as posted on 23.07.2003. Hopefully it brings back nostalgic memories of the past to those who knew them from afar and near.
Haji Dol Baharim was an experienced and knowledgable veteran broadcaster who has been a teacher and guidance to those who came under his charge at the Radio Programme Operation Department, the hub of Radio Operation. I was fortunate to be his staff when he was acting Head of the Malay Broadcast way back in the 60s. He gave valuable tips how to be a good manager which I cherished to this day.


HAJI DOL BAHARIM ialah antara Veteran RTM yang tertua dan sangat disegani. Dia adalah bekas kelasi berasal dari Melaka pernah mengembara keserata dunia. Seorang yang tegas dan berdisiplin tinggi. Saya tidak berapa mengenalinya kerana sebahagian besar kerjayanya di RTM adalah dalam bidang Urusan Rancangan Radio, membikin kita jarang mempunyai "direct contact".

Pertemuan kami pertama kali secara langsung, dia sebagai bos, dalam tahun 1966 banyak mempengaruhi cara saya mengendalikan pengurusan ditempat kerja. Ketika itu saya baru sahaja ditukar ke Pulau Pinang sebagai Pengelola Rancangan Melayu; Pengelola yang paling "junior", mentah dan termuda disana. Tanpa pengalaman sebagai pengurus, tugas saya dirumitkan lagi oleh pertelingkahan masa lalu antara Pengarah dengan bekas pegawai yang saya ganti. 


Saya mengambil langkah mencari jalan tengah untuk berdamai demi kepentingan Jabatan. Saya mencari "soft-spot" Pengarah, Zainal Alam yang terkenal dengan lagu "Susu" dan juruacara rancangan Inggeris terhandal. Saya mempelawanya (bodeklah!) mengacarakan rakaman rancangan Hari Raya Aidilfitri dalam Bahasa Melayu (pada masa itu negara sibuk dengan kempen "Bahasa Jiwa Bangsa") yang diterimanya dengan penuh gembira (termakan juga pancing). 

Demi protokol saya telah menjemput Ketua Bahagian Melayu ketika itu untuk bersama-sama menyaksikan rakaman. Yang tiba ialah Haji Dol Baharim yang memangku jawatan kerana Aziz Abu Hassan (Allahyarham) berada diluar negara. Saya tidak tahu Haji Dol Baharim pernah berkhidmat di Pulau Pinang satu masa sebelum itu dan tidak begitu "sebulu" dengan Pengarah. Namun hasilnya sungguh membanggakan kerana Pemangku Ketua dengan Pengarah berbaik-baik dan Pengarah memberi pujian tak terhingga kepada Bahagian Melayu. Bak kata orang kami berjaya "to kill two birds with one stone". Jangan tanya yang mana kena dulu.

Sejak itu hubungan saya dengan Allahyarham boleh dikatakan intim juga. Setiap kali bersua dengannya selepas persaraan banyaklah yang hendak diperkatakannya dan banyak juga soalan yang perlu saya jawab. Malangnya saya mendapati sukar sedikit untuk berkomunikasi dengannya kerana pendengaranya semakin merosot, mungkin kerana umur yang sudah lanjut, wallahualam. Namun dia adalah tokoh veteran yang saya sanjung tinggi perwatakan dan kewibawaannya. 


Dihari pengkebumiannya sebilangan orang-orang veteran dan bekas anak-buahnya pergi berkunjung. Saya telah pergi dengan Aziz Ibrahim yang banyak menerima wasiat berkarya dari Allahyarham semasa mula berjinak dengan penyiaran di Pulau Pinang dulu. 


Aziz pasti akan mengisahkan perihal pengalaman manisnya dengan Haji Dol Baharim dalam autobiografinya yang akan diterbitkan tidak lama lagi.


No comments:

Post a Comment