This is a continuation of the series remembering colleagues
who has influenced over my carrier in broadcasting. Though they have gone, the
memories are still strong. The series were published in the PVRTM website
It is reproduced in its original form in Malay as posted on
23.07.2003. Hopefully it brings back nostalgic memories of the past to those
who knew them from afar and near.
Although Haji Kamaruddin is not a broadcasting figure he is
one of those knowledgable in the field of purchasing programme for RTM.
HAJI KAMARUDDIN WADUD
saya kenali lebih akrab ketika beralih pejabat dari Wisma Radio ke Wisma TV
pada tahun 1980’an. Ketika itu dialah pegawai kanan dalam Perkhidmatan Bekalan
Filem yang kemudian bertukar nama kepada Bekalan Rancangan.
Kamaruddin ialah anak jati Selayang Lama di
sebelah utara KL dan guru bertauliah yang terlatih. Walaupon kami kerap
bersembang tidak sampai pula kesoalan bagaimana dia boleh beralih karya. Saya
suka berborak dengannya kerana wisdom nya.
Dipenghujung karyanya di RTM dia banyak bercerita tentang berbagai kerenah pembekal-pembekal rancangan apatah lagi apabila program pengsawastaan dilaksanakan. Ini sungguh berguna memberi panduan kepada saya dalam melaksanakan tugas.
Dia juga menghadapi masaalah perjawatan
kerana jawatan Ketua Perkhidmatan itu disandang oleh pegawai-pegawai yang tiada
setanding pengalaman sepertinya dalam bidang berkenaan. Akhirnya berikutan
gangguan kesihatan dia memilih untuk bersara sebelum penyelesaian tercapai
menyebabkan RTM kehilangan seorang pegawai yang luas pengalaman dalam bidang
bekalan rancangan.
Saya tidak pernah bertemu dengannya sejak dia bersara tetapi difahamkan dia bergiat sungguh dalam bidang keagamaan yang memang disenanginya. Kamaruddin berhemah tinggi. Pada hari pengkebumianya ramai yang datang, dari jauh dan dekat, menziarahi jenazahnya hingga berlaku kesesakan lalulintas disekitar kawasan perumahannya di Ampang. Kami terpaksa berjalan kaki begitu jauh untuk memberi penghormatan. Itulah tanda seorang yang disayangi oleh sanak saudara, handai taulan.
No comments:
Post a Comment