Tuesday, February 7, 2012

Fare The Well (4) Dato' Salleh Ashkor.


This is a continuation of the series remembering colleagues who has influenced over my carrier in broadcasting. Though they have gone, the memories are still strong. The series were published in the PVRTM website
It is reproduced in its original form in Malay as posted on 23.07.2003. Hopefully it brings back nostalgic memories of the past to those who knew them from afar and near.
I don’t know Dato’ Salleh Ashkor till I was posted to Sarawak to be the Regional Director in 1992. I have heard of this famous name from senior staff, and knew he went to Sarawak to pioneer radio broadcasting even before the formation of Malaysia. He was a respected figure in his field. I was fortunate to be his friend during my short stint in the state.
DATO’ SALLEH ASKOR ialah tokoh veteran yang sinonim dengan zaman awal Radio Sarawak dan kemudian Radio Malaysia Sarawak. Nama Salleh Askor pernah juga saya dengar dibangku sekolah dulu, apatah lagi bila saya mula berkarya di Radio Malaysia. Pada saya dia seperti legenda dan metos.
Bila saya ditukar ke Kuching untuk berkhidmat sebagai Pengarah Penyiaran Kawasan Sarawak pada tahun 1992 dikalangan tokoh pertama yang saya hajat bertemu ialah "Pak Salleh". Dialah orang Malaya yang "dibawa" atau "pergi" meneroka bidang penyiaran dizaman penjajah di Sarawak. Bila saya sampai kesana dia sudah lama pencen.

Dia ada tali kekeluargaan dengan Murtadza kerana isterinya Allahyarham Zaiton adalah adik-beradik dengan Mustadza. Jadi broadcasting is in the Zaaba’s blood. Dia di Sarawak, Murtadza di Malaya dan Allahyarham Zaharah di Singapura.

Saya berkunjung ke rumahnya pada minggu pertama sampai ke Kuching. Saya banyak bertanya tentang pengalamannya dan perkhidmatannya sebagai peneroka dan pengasas penyiaran di Sarawak, berusaha menimbanya sebagai panduan berkarya disana. Dia sungguh senang mengesahkan pengalaman dan pandangannya, disamping memberi nasihat yang sangat berguna saya jadikan panduan ketika berada disana selama dua tahun.
Selang berapa hari selepas itu saya terperanjat bila dia berkunjung kepejabat ditingkat 8 secara senyap-senyap. Kami meneruskan perbualan tempuh hari. Saya difahamkan sejak bersara Allahyarham tidak menjejak kaki kepejabat lamanya yang kini pejabat saya. Saya berasa bertuah kerana kerelaannya meluang masa untuk berbual-bual dengan saya yang tidak dikenalinya sama sekali sebelum itu, tetapi katanya dia macam kenal benar saya kerana sering menatap wajah ketika saya menjadi juruacara TV satu zaman dahulu, khususnya ulasan-selari sukan yang sangat digemarinya.
Saya sering juga kerumahnya selepas itu untuk merapat silaturahim.
Saya ingin mencontohinya dan berhajat menempa nama sebagai sama kelas dengannya dalam bidang pengurusan penyiaran di Negeri Sarawak. Namun diakhir perkhidmatan disana saya anggap amat sukar menandinginya. Sama ada berjaya atau tidak terpulanglah kepada kakitangan menentukannya. Dari perbualan kami saya dapat mengesan bahawa dia masih mengikuti kemajuan bidang penyiaran negara secara am dan di Negeri Sarawak secara khusus.

Saya rasa dia mendapati sukar untuk meninggalkan Sarawak kerana semangat pengembaraannya. Sahabat karibnya, Haji Azmi Limat, seorang lagi Veteran RTM seangkatannya di Sarawak memberitahu selepas persaraan dia selalu dipelawa oleh Allahyarham untuk menemaninya mengembara berkereta keserata tempat di Sarawak dan juga Kalimantan di Indonesia. Sebab itulah agaknya kesihatan mereka terpelihara kerana sentiasa aktif.

Kali terakhir saya bertemu dengan tokoh yang tidak putus-putus memberi nasihat ialah pada tahun 1994 ketika saya kembali ke Sarawak untuk tugas resmi.


No comments:

Post a Comment