Saturday, February 11, 2012

Fare Thee Well (13) Zamzuri Ariffin


This time I would like to relate the story of a none broadcaster staff of RTM-Radio who has done a lot in term of Standard Operating Procedure for radio broadcasting at RTM.


Zamzuri Ariffin or Zam is always there to guide broadcaster in their work to make sure nothing amiss. He is not a known figure outside RTM-Radio due to none exposure on the air.

This piece was written a long while back and another one of those that miss the boat into the PVRTM website.

 

Zamzuri Ariffin


           Zamzuri Ariffin bertugas di Bahagian Urusan Rancangan Radio. Kepakaranya ialah bidang penjadualan siaran radio yang amat sukar ditandingi oleh sesiapa sekalipon.

           Zamzuri adalah seorang pendiam yang tidak banyak bercakap tetapi banyak memerhati. Pemerhatian dan pandangannya amat tajam dan bijak sekali, menjadikannya seorang pegawai, rakan dan bos yang amat disegani dan dihormati.

           Saya tidak begitu rapat dengannya tetapi bila berjumpa kami seolah-olah mengetahui latar belakng masing-masing. Saya tidak tahu berapa banyak dia mengetahui latar belakng saya tetapi saya tahu juga sedikit sebanyak latar belakngnya dari kenalan dan rakan sekerja.

           “Zam” nama panggilan biasanya ialah seorang yang boleh dianggap “serius”. Dia tidak terikut kawan-kawan lain yang suka “berfoya-foya”. Tak pernah kita melihat dia “merambu”. Zam adalah antara orang RTM yang mempunyai hobi yang istimewa dan luar biasa. Kegemarannya ialah memancing ikan dan memikat burung. Ajaklah dia, kemana sahaja dia akan pergi untuk memenuhi hobinya. Tanyalah dia dua tajuk itu pasti menerima respon yang baik. Biasanya itulah pembuka kata bila saya bertemunya.

           Zam tahu dimana lubuk ikan. Dia lebih pakar lagi tempat dan cara-cara memikat burung. Rumahnya satu ketika dahulu dipenuhi dengan beranika jenis burung.

           Dia sudah merantau keserata negara dan ceruk rantau untuk memenuhi hobi yang istimewa itu. Dia juga sering hilang dihujung minggu kerana gian dengan hobinya. Dia sungguh bernasib baik mempunyai isteri yang sangat faham akan kegemarannya.

           Walaupon pendiam dan tidak banyak berbicara dia mempunyai ramai kenalan terutama di Jabatan Penjara dan ditempat kediamanya. Dia boleh dikatakan “budak” penjara kerana ayahandanya pernah menyandang jawatan tinggi di Jabatan itu diserata negara termasuk di Kelantan dan Johor. Oleh kerana terpikat dengan Jabatan itu dia telah memilih seorang pegawai penjara menjadi isterinya dan terus dia menginap dikuarters penjara di Kajang. Kediamannya juga adalah perumahan yang dibina oleh Koperasi pegawai-pegawai penjara di Keramat.

           Zam menceburi bidang penyiaran sejak 1960’an dan terus menerus berkhidmat di Bahagian Urusan Rancangan (Radio) sehingga dia bersara dipertengahan 1990’an menamatkan perkhidmatan selama lebih 30 tahun.

           Kali terakhir saya menemuinya ialah semasa berlangsung perkahwinan anakandanya. Saya perhatikan susuk badanya merosot dibandingkan ketika bertugas dahulu. Bila ditanya dia menyatakan kesihatannya terganggu. Secara berseloroh saya memberitahunya itu mungkin akibat hobinya yang banyak berembun. Dia tidak menafinya. Asthma adalah antara penyakit yang dialaminya.

Namun dipenghujung hayat Zam tidak lagi mengamal hobinya memancing ikan dan memikat burung. Zam lebih senang beramal ibadah dan menjaga surau berhampiran rumahnya.

Kembalinya kerahmatullah dianggap sebagai kehilangan seorang sahabat yang mudah mesra.

Alfatihah.

Subang Jaya
2003


No comments:

Post a Comment