This is the last story in this series that I
found in my archive that I have written years back that never reach its
destination at the PVRTM Website. I may have written more. I have to check on
that.
I stopped writing due to problem affecting my
health over the years, and my PC Desktop was given to Izad and later Diyana
when they were at the university. It came back outdated and I was already out
of the fast expanding IT scene.
This time I am relating on a prominent name in
Radio (RTM) many still remember to this day. Karim Mohd was a well known voice
in the Malay broadcasting scene then.
As usual this piece is produced in its original
form in Malay.
KARIM MOHD
Karim Mohd ialah kawan dan
kenalan kepada ramai. Sifat semula jadi yang peramah, mudah bergaul dan tidak
menyinggung perasaan orang lain adalah nilai yang menyebabkan dia berkeadaan
demikian. Saya melihatnya sebagai seorang sahabat dan rakan sekerja yang petah
bercakap, bijak berbicara, pandai berpantun dan menguasai tutur bahasa yang
luar biasa. Itulah membezanya dari penyiar-penyiar lain tanah air seangkatan
dengannya.
Saya mengenali Karim Mohd.
sejak pertengahan 1960’an ketika mula berkarya dengan Radio Malaysia (Bahagian
Melayu) di Federal House dulu. Pada masa itu dia sering berada dikantin untuk
memperagakan jualan insuaran yang menjadi kerjayanya ketika itu. Dia berasal
dari Melaka. Rasanya kombinasi itulah yang menjadikannya bijak mengambil hati
orang yang mendampinginya. Bakat semula jadi dan keinginan kuatnya kepada
bidang penyiaran mendorongnya kearah itu. Dari seorang pelakun sambilan
dibahagian drama dan juruhebah sambilan dia telah menjawat jawatan BA3 di
Bahagian Melayu.
Karim Mohd. adalah antara
orang-orang Radio yang menjadikan kediaman kami (Majid Kayat dan saya) di Blue
Boy Mansion tempat persinggahan kerana lokasinya yang tidak jauh dari Federal
House dan tempat berhibur di BB Park di Jalan Bukit Bintang. Bila saya bertukar
ke Kawasan Utara berpejabat di Pulau Pinang pada tahun 1966 perhubungan kami
agak terputus buat sementara waktu sehinggalah saya kembali ke Federal House
pada tahun 1972. Namun dalam tempuh itu sering juga kami berjumpa bila membuat
liputan-liputan penting, terutama sukan.
Karim mempunyai banyak
kekuatan peribadi sehingga dia menjadi seorang penyiar “versatile” (serba
boleh), dari juruhebah konti (kini DJ), pelakon drama (radio), juruacara
rancangan dan majlis-majlis keraian, pengulas peristiwa-peristiwa penting tanah
air secara langsung (live) sehingga menjadi pengulas sukan di Radio. Semua
dilaksananya dengan tenang dan cemerlang, dengan penuh kesungguhan.
Saya mengenalinya dengan
lebih rapat apabila dia terlibat dengan siaran secara langsung peristiwa-peristiwa
penting tanah air dan ketika membuat ulasan selari sukan, khususnya bolasepak.
Pengkhususannya di Radio, sementara saya telah berhijrah ka TV. Kami banyak
bertukar maklumat, tetapi kebanyakannya berat sebelah. Karim sentiasa
merendahkan diri dan menanggap dia masih “belajar”, memaksa saya menjadi
“abang”. Saya senang sekali mendampinginya kerana kehadirannya menyebabkan kami
semua tak kering gusi.
Secara peribadi saya dapati
Karim ada dua kelemahan. Pertama, bila membuat ulasan selari bolasepak dia
misti bertanya sama ada TV membuat siaran “live” atau tidak. Sekiranya TV
membuat siaran langsung dia akan menggelabah kerana terpaksa berkerja keras dan
tidak boleh “merapu” sangat bila membuat ulasan di Radio. Dia amat takut jika
orang melihat TV sementara mendengar Radio. Pernah ada komen mengenai perkara
itu ditulis dalam akhbar.
Perkara kedua, dia tidak
berapa yakin penguasaan bahasa Inggeris pada ketika dia naik pangkat ke BA2
pada pertengahan 1970’an. Salah satu tugas utama BA2 pada masa itu ialah
mengolah skrip rancangan semasa “Ulasan Berita” dan beberapa yang lain dari
bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu. Dia menjadikan saya bahan rojokan. Itu tidak
menjadi masaalah kepada saya yang pernah menjalankan tugas yang sama ketika
mula-mula berkarya dulu. Lagipon sebagai Pengelola di Suara Malaysia ketika itu
saya mempunyai masa terluang yang begitu banyak dan suka mengisi masa itu
dengan bahan-bahan semasa. Boleh dikatakan setiap hari Karim akan berada
dipejabat saya di Tingkat 3 Selatan Wisma Radio untuk menjalankan tugasnya.
Selepas itu dia akan membuat rakaman. Bila kerjanya siap dia akan talipon saya
untuk “lunch”. Selalunya dia belanja (upah menolongnya).
Dalam liputan sukan secara
live (langsung) pada ketika itu kerap juga kami berada dilokasi bersama di
beberapa tempat. Karim membuat liputan untuk Radio sementara saya untuk TV.
Kami mengambil kesempatan dalam masa lapang berbual-bual dan berttukar-tukar
pandangan mengenai perlawanan atau kejohanan yang diliputi. Salah satu
daripadanya ialah di Stadium Nasional Singapura yang baru di buka untuk Kejohanan
Bolasepak Pra Piala Dunia pada penghujung tahun 70’an. Pasukan Kebangsaan
Malaysia yang dianggap handal menyertainya telah menunjukkan prestasi yang baik
dan dijangka antara yang akan melanjut perjuangan diperingkat seterusnya. Semua
itu tidak menjadi. Kesemua perlawanan berlangsung di sebelah petang dan malam,
memberikan kami masa lapang disebelah pagi untuk meninjau tempat menarik
Republik itu.
Sejak itu perhubungan kami
agak rapat juga, kesana kemari bersama, hinggalah dia bertukar ke Melaka
dipenghujung 1970’an. Rasanya dia tidak begitu gembira berada dinegeri asalnya
kerana dia sering menghubungi saya mengadu ada sahaja yang tidak kena. Saya
hanya mampu menasihatnya supaya banyak bersabar kerana bidang tugas BA3 dan BA2
adalah berlainan, tambah pula tanggungjawab disetesyen tempatan dengan KL
adalah berbeza. Mungkin “kejutan budaya” dan “suasana” kerja yang bertentangan
dari apa yang dialaminya membikin dia kurang selesa. Lagipon dia terpaksa
meninggalkan isteri dan dua anak kesayangannya di KL.
Pada ketika itu bidang
tugas baru saya di Wisma TV di Bahagian Hal Ehwal Awam membikin saya bertambah
sebuk dan jarang sekali menghubungi Karim yang berada jauh di Melaka. Dia hanya
memaklum saya dia akan berhenti dari RTM untuk mencebur diri dalam bidang
perniagaan. Perniagaan yang dipilihnya ialah mengimpot kulit untuk diperoses
membikin kasut, beg, “purse” dsb. Sebuk juga dia tu, ke Sumatra, ke Indonesia,
ke Thailand dan kesana-sini. Jarang sekali kami bersua dan perhubungan semakin
renggang. Kemudian saya mendapat berita perniagaanya bertembah merosot.
Maklumlah dia seorang yang kurang faham selok-belok perniagaan kerana hanya
bijak dibidang “pemasaran” semata-mata.
Selepas itu dia mencebur diri dalam
bidang perniagaan yang lebih sesuai dengan dirinya selain dari menjadi
juruacara majlis-majlis keraian dan “event management” (pengurusan acara) yang
boleh dikatakan lumayan juga jika rajin dan berminat.
Kemudian bila TV3 wujud
pada tahun 1984 Karim Mohd menyertainya sebagai “penerbit”, pengulas dan
juruacara. Saya tidak mengetahui prestasinya disana. Namun apa yang saya
ketahui dia masih popular dikalangan rakan-rakan sekerjanya kerana kewibawaan
semula jadinya. Kali terakhir saya melihatnya dikaca TV ialah ketika dia
membuat laporan hari kebangsaan Ghana, negara benua Afrika, dimana dia bertugas
sebagai wakil TV3 dalam projek kerjasama dengan stesen TV swasta di sana. Saya
kira orang yang dipilih TV3 untuk mewakilinya di Ghana kena pada tempatnya
kerana Karim mempunyai PR yang cukup baik. Namun berita terakhir yang diterima,
projek itu tidak dapat diteruskan, mungkin kerana resesi ekonomi dunia yang
meredum. Karim kembali ketanah air dan mengakhiri tugasnya dibidang penyiaraan
bila mencapai usia persaraan. Namun anak lelakinya yang saya kenali sebagai
“Boy” meneruskan penglibatan keluarganya dalam bidang siaran di TV3 tetapi
diperkhidmatan teknikal.
Satu hari saya mendapat
panggilan talipon dari “Boy” menyatakan ayahnya berada di HUKM menerima
rawatan. Terperanjat juga saya menerima berita itu kerana Karim Mohd. yang saya
ketahui tidak pernah mengadu sakit hingga membawanya menginap di hospital. Dia
amat terkenal memperagakan suaranya untuk “Pil Chi Kit Teik Onn” di Radio; jika
sakit perut itulah ubatnya. Lagipon dia tak lekang dari “penadol” bila pening
kepala. Sayapon bergegas ke HUKM. Pertemuan kami amat menyayat hati kerana kami
tidak bersua muka kira-kira satu dekad. Lama juga kami bertukar-tukar cerita
bersama rakan-rakan lama Haji Azhar Ahmad, Haji Sidik Shamsudin, Hajah Norhashimah
Ismail, dan Siti Hawa Majid. Bising juga satu wad penuh dengan gelak ketawa
orang-orang “veteran”.
Kerap juga saya mengunjunginya. Dia
terpaksa menempuh terapi untuk penyakit barah.
Tidak lama kemudian saya
menerima berita Karim Mohd telah kembali kerahmatullah. Ketika memberi
penghormatan terakhir nyata Allahyarham seorang yang sangat disayangi dan
disenangi kerana jalan kekediamannya di Taman Tenaga, Jalan Puchong penuh sesak
dengan kenderaan. Mereka yang menziarahnya begitu ramai sekali datang
beduyun-duyun, dari RTM, TV3, orang-orang setempat, sanak-saudara, handai
taulan, kawan-kawan dari jauh dan dekat. Semuanya hadir untuk memberi
penghormatan.
“Harimau mati meninggalkan
belang, manusia pergi meninggalkan nama”
Semoga Allah mencucuri
rohnya.
ALFATIHAH
Subang Jaya
2003.
Salam...saya tasha(wife kepada boy)..Boy kirim salam..kalau bleh boy mintak tokcik hubungi boy..ni no hp boy 0123056353
ReplyDelete