Saturday, February 11, 2012

Fare Thee Well (14) Zainuddin Zimbo


This is the story of a “calourful” personality who is not a staff of RTM but whose name is associated with it in the field of Radio and TV Drama as an actor. He was also involved in producing some privatised drama. He used to dabble in film acting at Studio Merdeka in Ulu Klang when P.Ramlee was there but his part was small. He was more of a public relation man and many used his contact to get things done.

 Many were familiar with the name of Zainuddin Zimbo. He has his group of close friends who move around with him. I find him a cheerful and forceful character who normally get whatever he wanted. I have been dealing with him in our younger days and knew how to handle such situation when the need arised.

 

ZAINUDIN ZIMBO


           Zainudin Zimbo bukanlah rakan rapat tetapi saya mengenalinya sejak zaman ‘Federal House’ dipertengahan tahun 1960’an dan kemudian bila Radio Malaysia berpindah ke ‘Wisma Radio’ Angkasapuri pada pertengahan 1972. Ketika itu Radio Malaysia sedang sebuk berkembang memanjangkan siaran dari 5.00 pagi hingga kelarut malam. Kakitangan sambilan sangat diperlukan untuk meringankan beban kerja yang ditanggung oleh pegawai-pegawai yang terhad bilangannya. Itulah masa dan ketika orang-orang seperti Zainudin Zimbo mendapat peluang bertugas di ‘konti’, menjadi juruacara rancangan-rancangan tertentu atau berlakon dalam drama-drama radio yang semakin bertambah bilangan penerbitanya.

           Zainudin Zimbo ialah seorang yang sangat ‘colourful’, sentiasa mewarnai gaya hidup dimana sahaja ia berada. Cerita-ceritanya boleh dikatakan melucukan tetapi adakalanya amat meyakinkan. Ketika dia meninggal awal 2004 umurnya sudah meningkat 60’an tetapi masih aktif dalam berbagai-bagai bidang, seperti berniaga, politik, berpersatuan dsb.

           Dia meninggalkan bidang penyiaran radio kira-kira pertengahan 1970’an kerana sangat sibuk dengan bidang perniagaan dan dunia lakonan. Ketika itu saya telah diberi tanggung-jawab untuk merangka jadual tugas ‘konti’ dan ‘pembaca berita’ untuk Bahagian Melayu. Saya kerap menerima panggilan darinya minta ‘swap’ (ganti) tugas. Kebanyakan juruhebah sambilan lain tak suka ‘swap’ tugas kerana tidak mendapat bayaran bila ‘hutang tugas’ tidak berbayar. Zainudin terpaksa berhenti kerana sukar meluangkan masa untuk bertugas.

Dia adalah kelahiran Rembau, Negeri Sembilan, dan sangat berbangga dengan asal usulnya. Dia sering menceritakan dikampungnya dia mempunyai seorang emak saudara yang sangat minat dalam siaran langsung bolasepak. Emak saudaranya itu sungguh minat bila mendengar ulasan selari yang saya lakukan kerana banyak unsur-unsur yang melucukan bila dibanding dengan pengulas-pengulas lain. Tak sangka pula saya boleh berjenaka ketika membuat ulasan-selari tetapi saya tidak menafikan selalu juga menyelitkan perkataan-perkataan yang ‘anih’ ketika bertugas untuk menyerikannya. Kali terakhir saya mendengar cerita emak saudaranya itu ialah dipenghujung alaf lalu dikala dia memaklumkan ‘orang tua’ tu dah meninggal dunia.

Walaupon dia sudah meninggal bidang kerja sambilan di radio, dia masih berkunjung ke Wisma Radio untuk berlakon dalam rancangan drama. Suaranya parau lunak dan penyampaian nya amat semula jadi serta sesuai untuk siaran. Kerap juga terdengar berita dia berlankon filem di Studio Merdeka, Ulu Klang, tetapi dia hanya memain peranan kecil sahaja. Sesekali sempat juga kami terserempak untuk bertukar-tukar pandangan sementara minum-minum dikantin.

Ketika itulah dia muncul sebagai orang kuat para pelakon dengan pandangannya yang lantang dan bernas sehingga dia dipilih sebagai presiden ‘Persatuan Seniman’. Lama juga dia menerajui persatuan itu sehingga diiktiraf oleh kerajaan dengan memberinya sebuah rumah di Jalan Tun Abdul Razak untuk menjalan aktibiti. Saya tidak pasti hal sebenarnya tetapi ramai yang mengatakan dia dan keluarganya menetap dirumah itu buat beberapa ketika. Rumah itu sudah ditelan arus pembangunan !

Satu ketika dulu, ada dia memberitahu dia sedang menceburi bidang pembiakan dan perniagaan kerang di Kuala Selangor. Saya amat gembira mendengar kisah itu kerana salah satu kegemaran saya ialah makan kerang ! Tetapi kemudian dia memberitahu dia tidak lagi terlibat dalam bidang itu kerana ianya sangat ‘competitif’ (saingannya hebat) dan seringkali kena ‘sabotage’ (terpedaya). Maklumlah dia terpaksa bergantung kepada orang lain untuk melaksanakan perniagaannya, sudah tentu terpedaya, bila ada yang main kayu tiga !

Kemudian dia mengambil kesempatan dalam program penerbitan drama swasta TV yang dilaksana oleh RTM demi meluaskan bidang perfileman tanah air pada tahun 1980’an dahulu. Dia datang menemui saya untuk meminta bantuan meminta isteri saya Junaidah mengarahkan dua penerbitannya, satu kisah purba dan satu lagi romantis moden (tak ingat tajuk-tajuknya). Pada mulanya saya enggan memberi kebenaran tetapi akhir sekali pujukannya menyebabkan saya memberinya laluan, dengan amaran supaya dia tidak menggunakan nama saya. Ketika itu saya memegang jawatan Ketua Sukan RTM, tidak kena mengena dengan pembelian atau perolehan rancangan. Akhirnya dia juga tidak lagi menjadi penerbit drama swasta TV akibat resesi dan persaingan hebat.

Sungguhpon begitu dia meneruskan tugas dengan memberi khidmat orang tengah atau perantara, ringkasnya ‘broker’. Dia sentiasa kesana kemari mencari peluang untuk menjaja. Rasanya dia berjaya juga kerana kekuatannya ialah dia seorang yang peramah dan mudah berkawan, serta petah bercakap dan amat ‘convincing’ (mayakinkan). Lagipon namanya memang terkenal, ada sahaja orang mencari dan ada juga yang mahu membantunya.

Dia dikatakan ada terlibat dengan projek ‘jualan langsung’ yang lumayan jika kena gaya dan produknya. Tidak pula dia menceritakan bab tersebut tetapi mengikut kawan-kawan hidupnya mula jadi mewah dan dia tidak lagi perlu bersusah-payah. Dalam bidang politik dan pergaulan dia amat disenangi oleh orang-orang sekitaran tempat kediamannya di Datuk Keramat.

Satu hari ketika mengunjungi rumah YB Dato Zainal Abidin Zain, masa itu Timbalan Menteri Dalam Negeri, sempena hari raya tahun 2002 di Ampang, ramai yang tertarik dengan rombongan seorang yang berpakaian lengkap sebagai Sheikh Arab. Saya tak ambil kisah sangat tentang Sheikh Arab itu kerana Timbalan Menteri sudah tentu mempunyai kenalan yang ramai dikalangan diplomat dan peniaga antarabangsa. Yang mengejutkan saya bila sedang sedap makan tiba-tiba belakang saya ditepuk oleh Sheikh tersebut dengan salam dan bercakap bahasa Melayu. Saya kenal suara itu dan saya tenong wajah orang yang boleh dikatakan sudah berisi juga. Rupa-rupanya orang itu ialah Zainudin Zimbo. Itulah sebabnya saya kata dia adalah orang yang ‘colourful’.

Kali terakhir saya berjumpa dengannya bila PVRTM mengadakan Mesyuarat Agong Dwitahunan di Hotel Singgahsana, Petaling Jaya tahun lalu. Saya tak menduga dia sudah menjadi ahli. Mengikut laporan PVRTM dialah tokoh tunggal tempoh (tahun) itu menjadi ahli ! Seperti biasa suaranya amat lantang mempertahankan projek ‘Radio Wanita’. Rupa-rupanya bila membaca laporan mengenai projek itu dia telah dilantik sebagai Pegawai Perhubungan Awamnya. Bergaji pula ! Mengikut laporan dia telah berjumpa beberapa tokoh untuk memastikan kejayaan projek. Sejauh mana projek itu berada, walahualam !

Seperti rakan-rakan lain yang mengenalinya, saya amat terkejut menerima berita, dia sudah kembali kerahmatullah.

Alfatihah.
Subang Jaya
Mac 2004.


1 comment: