Wednesday, February 8, 2012

Fare Thee Well (9) Datin Rohani Jais



This is a continuation of the series remembering colleagues who has influenced over my carrier in broadcasting. Though they have gone, the memories are still strong. The series were published in the PVRTM website
It is reproduced in its original form in Malay as posted on 23.07.2003. Hopefully it brings back nostalgic memories of the past to those who knew them from afar and near.
Datin Rohani Jais is not a broadcaster but she is a well known name among RTM broadcasters being the Personal Assistant PA to the Director-General. I find it easier to get to the DG on broadcasting and policy matter by leaving the written facts and figures in her hand without hassle.

DATIN ROHANI JAIS ialah Pembantu Khas kepada Ketua Pengarah Penyiaran sebelum memilih untuk bersara awal. Suaminya ialah bekas Naib-Canselor Universiti Malaya Profesor Dato Dr Zaini yang dikenalinya sejak zaman penuntut suaminya. Sebagai pegawai gunasama, lama juga dia berkhidmat dengan Jabatan Penyiaran. Saya dapati dia seorang yang sangat senang bergaul dan tidak lekang dengan senyuman bila kita berkunjung kepejabat "bos" atau dimana juga. Kualiti yang berharga pada dirinya, dia tidak suka berandaian. Pada hemat saya padanya tiada masaalah yang tidak dapat diselesaikan.
Saya juga mendapati dia sangat popular dikalangan rakan sekerja dan sentiasa dikelilingi mereka diluar waktu bertugas. Difahamkan dia juga adalah tempat mengadu dan mendapat nasihat dikalangan mereka. Maklumlah dikalangan yang mengenalinya dia dipanggil "Kak Ani Besar" bukan kerana saiz (saiznya normal) tetapi kerana dia dilahirkan lebih dulu dan memegang jawatan yang lebih kanan dari "Ani Kecik" yang bertugas ditempat yang sama. Panggilan glamour itu membeza mereka berdua.


No comments:

Post a Comment