Wednesday, February 8, 2012

Fare Thee Well (8) Asiah Omar Idrus



This is a continuation of the series remembering colleagues who has influenced over my carrier in broadcasting. Though they have gone, the memories are still strong. The series were published in the PVRTM website
It is reproduced in its original form in Malay as posted on 23.07.2003. Hopefully it brings back nostalgic memories of the past to those who knew them from afar and near.
Asiah Omar Idrus was a well known Radio voice in its early days in the 60s. We joined the Department at almost the same time. We had our share of training on the spot, getting experienced while working.

ASIAH OMAR IDRUS ialah antara kenalan sejak saya mula berkarya di Radio Malaysia. Seangkatan. Kami masuk pada waktu yang hampir sama dan menempuhi latihan sambil kerja bersama-sama. Jawatan awalnya ialah BA3.
Sebagai karyawan wanita dia banyak membuat kerja dalam studio atau konti sementara kami yang dianggap Gurkha membuat liputan luar dan sebagainya.
Asiah yang saya kenali adalah seorang yang peramah, murah hati, banyak bertolak-ansur serta enggan meluka hati orang yang disenanginya sehingga sekiranya kami kering poket dia akan belanja makan. Dipejabat ada juga peminatnya.
Bila dia ditukar pulang ke Johor Baru dia dianggap penyiar pertama keudara dari studio baru radio disana. Saya sering mengusiknya fakta itu cacat kerana studio baru itu telah lama kami gunakan untuk membuat laporan Kejohanan Olahraga Malaysia yang berlangsung di Farrer Park, Singapura pada tahun 1965 (diresmikan oleh Yang DiPertuan Agong ketika itu) beberapa hari sebelum Singapura berpisah dari Malaysia. Pasukan kami menghadapi masaalah membuat liputan dari Singapura kerana Radio Singapura enggan membuka pintu kepada kami. Bagi mengatasi masaalah kami menginap di Johor Baru membawa pulang rakaman di Singapura untuk dimuatkan dalam laporan dari studio Johor Baru yang baru siap tapi berfungsi hanya diperingkat ujian. Secara resminya Asiah memang juruhebah pertama keudara disana.

Jarang saya bertemu dengannya sejak dipenghujung karya bila dia memegang jawatan kanan sambil sebuk dengan urusan keluarga. Jawatan terakhirnya ialah Ketua Radio Kuala Lumpur.


No comments:

Post a Comment