Tuesday, February 7, 2012

Fare Thee Well (1) Murtadza Zaaba



This is a series remembering colleagues who has influenced over my carrier in broadcasting. Though they have gone the memories are still strong. The series were published in the PVRTM website

It is reproduced in its original form in Malay. It was posted on 23.07.2003. Hopefully it bring back nostalgic memories of the past



I have decided to start with the late Murtadza Zaaba, one of the leading players in the early era of broadcasting in the country.

Saya kenali suaranya sejak dibangku sekolah lagi pada tahun 1950’an kerana kebijaksanaan ulasan-selari bolasepaknya yang saya anggap setara dengan hasil karya ayahandanya Pendita Zaaba dalam bidang bahasa dan sastera tanah air yang dipakai sebagai buku teks sekolah zaman itu. Sejak itu Murtadza menjadi idola saya dalam bidang penyiaran sukan.
Bila saya menyertai Radio Malaysia pada tahun 1963 dia telah memegang jawatan No. 3 dalam heraki Jabatan Radio. Selepas menempuh temuduga jawatan tetap BA2 saya menghadapi krisis dengan Ketua Perkhidmatan Pertanian ketika itu menyebabkan saya menghantar notis meletak jawatan. Kes ini mendapat perhatian pihak atasan dan Allahyarham telah memanggil saya menasihat supaya menarik balik surat berkenaan. Saya berdegil mengatakan saya akan buat keputusan apabila hasil temudaga diterima. Dalam masa singkat keputusan temuduga keluar; hanya saya dan Aziz Ibrahim sahaja dilantik oleh SPA kejawatan BA2. Saya kembali berjumpa Allahyarham menarik balik notis, dan sukar bagi saya melupakan kata perpisahannya, "Don’t be too stubborn in your profession". Selepas itu saya berjumpanya sekali-sekala dilif Rumah Persekutuan dan sebagainya. Pengalaman dengannya bila berpindah ke Angkasapuri pada tahun 1972 terlepas dari ingatan saya. Bagaimanapon dia banyak memberi tips tentang teknik ulasan-selari sukan.

Kemudian dia bertugas sebagai Ataci Penerangan di Kedutaan Malaysia di Jakarta. Bila kami (Kassim Aris, Zulkarnain Hassan dan saya) membuat liputan Piala Thomas di sana pada tahun 1973 dia telah membawa kami bersiar-siar di waktu lapang hingga melarat ke kota Bandung bersembang hal-hal lama dan semasa.

Kali kedua saya berjumpanya di Jakarta ialah bersama Baharin Tahir sekembali dari liputan Sukan Komonwel ke-X 1974 di Christchurch, New Zealand. Kali ini barulah saya kenal peribadi Murtadza yang sejati. Dia tidak mengizinkan kami menginap di hotel sebaliknya mempelawa kerumahnya. Katanya dia keseorangan dan sangat sunyi di rumah yang begitu besar di Jalan Surabaya serta mahu ‘update’ hal-hal tanah air, kebiasaan bagi mereka yang berkhidmat dalam bidang diplomat. Kami ini seolah-olah orang kesayangannya. Dia telah mengambil cuti untuk melayan kerenah kami berdua.
Perkara yang saya sukar lupa ialah ketika kami hendak pulang. Dia sungguh kelihatan pilu. Di bilik bacaannya dia menyerahkan dua envelope yang dialamatkan kepada kedua-dua isterinya yang masih bertugas di Angkasapuri ketika itu. Katanya kepada saya, "Kamu jangan silap bagi. Hancor nanti!". Jawab saya berseloroh, "Encik Taza dah check ke surat yang mana masuk envelop mana. Itu lagi besar bahayanya!". Kami bertiga berdekah-dekah ketawa sampai ke Lapangan Terbang Antarabangsa Halim Perdanakasuma.

Kali terakhir saya bertemu dengannya ialah di Victoria, Canada semasa Sukan Komonwel 1994. Dia sudahpon menetap di Vancouver (kota indah dipisahkan oleh selat dengan Victoria) tetapi sengaja datang ke Victoria untuk beretemu orang-orang Malaysia dan kawan-kawan RTM yang membuat liputan. Bertambah pula dia berminat sangat dalam lapangan sukan. Panjang juga perbualan kami selama tiga hari yang sempat saya berjumpanya diluar tugas resmi. Saya tidak mudah lupa kisahnya merantau berkereta ke Alaska (wilayah USA yang paling terpencil) dimusim panas. Nyata sekali semangat mengembaranya tetap membara sejak zaman mudanya sebagai antara penunggang handal dalam perlumbaan motosikal tanah air yang pernah disertainya.

Kawan kita Haji Ismail Hashim ada juga berkunjung kerumahnya di Vancouver baru-baru ini. Haji Ismail memberitahu kami dia nampak uzur. Seorang lagi rakan yang sering berhubung dengannya melalui e-mail ialah Datuk Ahmad Merican. Menurut Datuk kebelakangan ini sebelum kembalinya Allahyarham e-mailnya agak terputus. Difahamkan bilik bacaannya terletak ditingkat atas bangunan rumah 3 tingkat sementara dia lebih banyak meluang masa diruang tamu tingkat bawah kerana gangguan kesihatan.


3 comments:

  1. tokcik, menarik kisah ini. salah seorang penyiar veteran yang perlu diketengahkan kisah hidupnya.

    PVRTM sedang mengumpul bahan penulisan tentang tokoh tokoh veteran penyiar untuk di bukukan . Karangkraf sedia menerbitkan dan mempelawa ahli menulis dalam buku yang bermuka surat sebanyak 500 halaman itu. Pada pandangan saya tulisan ini salah satu yang boleh dimuatkan nanti dalam buku tersebut dengan sedikit penambahan biodata Tuan Murtaza Zaaba. Siapa dua orang isterinya di Angkasapuri itu, serta gambar gambar beliau sewaktu bertugas atau sewaktu hidupnya.

    Untuk buku yang bakal terbit ini nanti kita akan memasukkan dua bentuk biographi. #01: yang ditulis sendiri oleh bekas penyiar / celebriti RTM ia itu 'autobiographi'. Kita akan minta mereka menulis sekitar 20 - 30 mukasurat tentang kehidupan mereka sebagai penyiar,(termasuk gambar mereka sewaktu bertugas dan gambar waktu kini) manakala yang #02: biographi ringkas mereka saperti yang Tokcik tulis ini.
    Kami akan bermesyuarat lagi pada 14hb Februari ini untuk membincangkan isi kandungan penulisan, dan siapa yang akan menulis serta beberapa perkara teknikal.

    Tokcik salah seorang yang saya pilih untuk menulis autobiographi sendiri!

    Salam

    ZAINALABAS @ KASAJIZA A.S.

    ReplyDelete
  2. Sata amat menghargai komen Zainal. Saya menulis tentang mereka yang sudah pergi secara "orbituary" (balasungkawa) mengikut pengalaman dengan yang berkenaan. Oleh kerana tidak mempunyai data sejarah saya tidak dapat meletakkan tarikh yang tepat. Saya lakukan ini kerana nyata tiada siapa yang akan mencatatnya sebagai kenangan. Saya bersyukur kerana PVRTM sedar betapa berharganya riwayat personality silam yang boleh menjadi bahan rojokan dan panduan kepada personality terkini khususnya RTM.

    Saya rasa mencatat kisah seseorang lebih dari 10 muka surat mungkin membosankan untuk yang membaca - lebih sesuai dibuat secara ringkas sahaja.

    ReplyDelete
  3. Saya baru sahaja melihat album-album gambar lama saya dan teransang untuk menjalin semula hubungan dengan keluarga Tadza Zaaba. Saya rasa yang masih tinggal diVancouver ialah anak nya Norlian dan dua orang cucu Farouk dan Zahara. MAkcik Jasmin rasanya, jika masih hidup mungkin dah terlalu tua. Saya lah yang bersama-sama Arwah Pakcik Tadza yang mengembara 3 minggu memandu ke Alaska dari Vancouver. Nama saya Idros Mohd dan berharap sangat untuk contact semula keluarga arwah. Harap tuan boleh bantu. 017-2926869

    ReplyDelete